Sabtu, 31 Oktober 2009

Help Me | Jiwa Kacau~


Mood : Tension = Stress
 
Kenapa nihhh?? Gelisah!~ 
memang super duper stresss..
Byk lagi benda nak buat b4
menjelang BIG-Day

Ada je menda tak kena....
sejak 2-3 hari ni jiwa sy kacau sgt nih kenapa??
Asyik nak marah2 jer!!!

Rabu, 21 Oktober 2009

Q & A | Hukum Bersanding

Motif??~ Gambar sekadar hiasan

Utusan Malaysia : Hukum bersanding
Persandingan bertujuan memperkenalkan pengantin kepada masyarakat hukumnya adalah harus tetapi ia perlu memelihara batas syariat.
SOALAN:
Berikutan penerangan ustaz di dalam akhbar Utusan Malaysia pada Jumaat 28 Ogos 2009 mengenai hal-hal adat Melayu yang boleh membawa kepada syirik kepada keesaan Allah, saya amat berharap agar ustaz dapat menjelaskan tentang hukum upacara bersanding dan merenjis semasa adat majlis perkahwinan orang Melayu.
Jawapan:
Hukum Bersanding
Jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup (di hadapan keluarga terdekat/mahram), ia diharuskan. Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.
Tujuan asal majlis bersanding ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai.
Memang seharusnya mereka diperkenalkan sebagai pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yang datang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajah pasangan raja sehari.
Namun di dalam majlis yang penuh kemeriahan dan bersejarah perlu di pastikan agar syariat Islam tidak tenggelam dalam lautan kegembiraan.
Persoalan yang sangat penting dalam bersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding; adakah ia budaya masyarakat melayu atau budaya masyarakat lain.
Sepanjang pemerhatian, saya dapati budaya bersanding di Malaysia asal usulnya adalah dari budaya masyarakat India. Sekiranya masyarakat Melayu masih mahu berpegang kepada adat maka perlu pastikan adat itu tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Justeru, apa jua bentuk upacara majlis persandingan boleh diadakan tetapi dengan syarat persandingan itu hanya dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja.
Tiada percampuran iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Tiada pembaziran dan tiada aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Apatah lagi jika mengabaikan perintah Allah SWT dengan meninggalkan solat atas alasan sibuk melayan para tamu yang hadir.
Disebabkan manusia tidak mengambil berat terhadap syariat maka hilangnya keberkatan dalam sebuah perkahwinan. Ini kerana manusia lebih ghairah menggembirakan orang ramai dan tidak menggembirakan Allah SWT.
Itulah masalahnya; manusia hanya akan mencari Allah SWT ketika ditimpa duka dan dalam keadaan terhimpit; dan melupai-Nya sewaktu dia senang dan gembira.
Hukum Adat Merenjis
Adat merenjis jika ia dilakukan dengan kepercayaan untuk menghindarkan pasangan pengantin daripada nasib buruk atau gangguan makhluk halus, ia tidak ubah seperti mengikuti adat masyarakat Hindu. Ia adalah diharamkan.
Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka”. (Hadis sahih riwayat Abu Dawud).
Dalam hadis lain yang dikeluarkan oleh al-Imam Ahmad, Ibn Umar r.a juga berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku diutus dengan pedang menjelang hari kiamat, sehingga (orang-orang bukan Islam) menyembah Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, dijadikan rezeki dibawah bayangan tombakku, dan dijadikan hina dan rendah bagi sesiapa saja yang berselisihan dengan urusanku. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka”. (Musnad Ahmad)
Dua hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita mengenai larangan Islam kepada umat Islam supaya tidak mencontohi atau meniru adat dan amalan masyarakat yang lain selain dari Islam.
Namun begitu, jika ia dilakukan dengan niat semata-mata untuk meriah dan menyerikan lagi majlis perkahwinan tersebut tanpa disertai oleh sebarang niat yang lain, maka ia diharuskan.
Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang melarang mengamalkan adat tersebut dengan alasan ia bukan dari budaya Islam.
Memang benar, panel turut mengakuinya. Namun, Islam tidak melarang sebarang adat tempatan dan budaya sesuatu tempat selagi mana adat dan budaya tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan di dalam Islam.
Wallahu ‘Alam.
 Source | here

B2B | DIY Paper Bag Nikah





MooD : Rajin
Inspirasi : Merisik Galleri 

Mane tak rajin nyer..
200 keping paper bag yg berjaya di DIY
Bikin sendiri...buat sorg2
Sakit pinggan di buatnye...
Camner la...org yg berbiz ni...

Ahad, 18 Oktober 2009

B2B | Inspirasi Bilik Pengantin



Hallo bride-to-be and all
Ibu sy beria nak mendeco bilik pengantin sy nnt
Gambar kt atas ni telah menjadi SATU inspirasi kami

Ok...maybe 20% jer yg saya cedOk..
Pening pale gak yer nak membeli barang2 hiasan ni..

Tggu dan lihat yer kawan2 sekalian...

Jumaat, 16 Oktober 2009

B2B | My Bunga Pahar

 My Bunga Pahar
**Sorry gambar yg disnap kurang kualiti**

Beli @ | Yen Reben, Semua House
Price | $ 3.80 per one
..............................................................

Dear Blogger + B2B,
Sy sgt2 tak rajin nak DIY bunga pahar...
Sbb tahu tangan tak da seni lgsg
Nak harap ibu sy, takut tak menang tangan..
Kalo ibu sy nk buat gak tak tahu la nak ckp
Paling byk pOn 200 pcs...

Better..jalan yg mudah beli aje..
Beli pOn dapat gak taste sy..
Cuma kuar duit lebih kit la..
Tak kisah la...
lgpOn masa semakin suntuk utk smua itu

B2B | My DoorGIFT 4 Wedding

Blogger...
Still remember entry sy yg lepas (here)
Misi pencarian doorgift hampir berjaya tau..
Hehehehehe....

Lastly,
Tertunai gak yek...
Tak da la rasa terkilan..
Iyer la..kawin ni sekali jer kan..
Bile lagi nak bertaste kan benda begini

Doorgift | Sangkar Burung
Tetamu | Merenjis
Qty | 20 pcs
Deco by | Ibu saya
..............................................................

Doorgift | Red Glass yg SeXY
Tetamu | VIP + Meja Beradab
Qty | 50 pcs
Deco by | Ibu saya
 ..............................................................

Doorgift | Glass comel
Tetamu | Nikah time
Qty | 200 pcs
Deco by | KuGeeKu

B2B | Corsage 4 Wedding


Last weekend misi mencari corsage...
Misi tercapai...
Dapat plk Merah-Putih
Senang je cari nye
For Your Info (FYI):
Vanue | Yen Reben, Semua House
Price | RM 1 per pcs
**meminimum kan bajet seminimum mungkin**
Cukuplah dalam 20pcs jer..

Komen ler...Ok ker??

Ahad, 11 Oktober 2009

B2B | My Dress Wedd

Dear Blogger...

Review semula entry sy yg lepas (here)
Sy sedang tersenyum gembira ni....
My Dress Bride dah siap....!~
Mari kita lihat sama2 brp % persamaan pada dress
yg sy tergile2 kan itu..

70% sama kot~

 WalaupOn bukan 100% tak sama tapi
dah cukup buat saya happy
Mane mungkin sesuatu benda itu serupa 100% kan..?

B2B | Invitation Card Izzanii~Dahlia

Fuh....
Sangat lega bile kad dah siap....

Excited
sangat puas hati | my taste | memenuhi citarasa

Take time gak ni nak
lipat | tulis address | tampal setem


Kawan2..Mari kita
Zooming
Komen ler...okay kah??

  Still remember  entry sy sebelum ini...(here)
Sy sgt mengimpikan kad yg bermotifkan petal ros merah
**sgt taksub dgn MERAH**
Tercapai jua selepas memberikan 
idea utk custom kad pd designer

Kalo pasni kawan2 da nmpk or terima kad serupa design kad saya
itu adalah idea + inspirasi asal dari saya

For Your Info (FYI):
Custom kad @ | Gedung Kad Kahwin , Puchong
Price | RM 1.35 per kad

 1 perkara yg perlu anda semua tahu:
**sy telah timbulkan suatu kelainan tersendiri**
 Saya telah mengilhamkan kad kawin dgn 
letakkan lagu fav~ Sempurna

B2B | DIY Kad Nikah

Hallo Blogger,
Mood  | mood excited nak kawin + nervous
Dalam nervous2 ni pOn tgh da hati nak
DIY kad nikah..Fuhhh!~

YES!~ berjaya juga DIY kad nikah

B2B | Pulut Kuning Pengganti Kek

Dear Blogger,

Majlis bertandang di Teluk Intan, Perak...
Sy dan En Tunang memilih tema tradisional
Bukan 100% tradisional...Maybe 70%

Sentuh sesi potong memotong kek...
akan kami gantikan dgn potong pulut kuning...
nampak lebih ketradisionalannye

Org Melayu terkenal dgn Pulut Kuning nye~

B2B | Chocolate Fountain...Tak Tahan!~


FuYoooooo...memang gempak sgt la...
kalo time wedding buat cam gini...
Suka..suka...suka....

Sesi potong memotong kek 
gantikan dgn Chocalate Fountain
**berangan memang best sbb free**

Kat mane yer nak cari Choc. Fountain ni...
Ada kat Malaysia ker...
Sy akan berusaha utk mencarinye..

Dapat yg kecik pOn jadi ler...
Brp ringget yeaahh??

oooOoooOoo....Tak tahan nyer!~
Doakan la sy..moga2 jumpa la mesin choc. fountain..
supaya angan2 sy jd kenyataan spt ini


B2B | Queen Anne

Blogger2 sekalian...
Percaya atau tidak...saya prefer untuk
menyediakan meja makan beradab
sesimple yg boleyyy...

Ingin mahukan kelainan citer rasa sendiri
Sy akan menggunakan queen anne koleksi ibu sy
**untung sy sbb ibu miliki koleksi Queen Anne**

 **Google**

Time my sis kawin.

Sape2 yg tak pernah kenal Queen Anne..
Inilah dia...
Class kan..

Khamis, 8 Oktober 2009

B2B | Catering


Misi sudah mula....
Cari catering yg sediakan mkan yg sedap2....sbb nak bagi org makan
Cari pakej pada harga yg sederhana...tak mahal tak murah...

Gambar sekadar hiasan

B2B | Bangle + Ring

Kedai Emas pilihan adalah Habib...
Suka dgn design Habib Jewel
Sangat terkini, moden dan meyakinkan...

Untuk sesi batal air sembahyang nnt
sy memilih gelang
Cuma tak tahu lagi samada gelang jenis
Bangle atau Rantai


Bangle by Habib


................................................................
Suka la Diamond itu...
makin byk diamond makin santek.
Ring untuk En Tunang~

Isnin, 5 Oktober 2009

B2B | Sepatu


Sememangnye Sepatu ku nanti sarung begini saja...

Heel tapi tak berape nak heel sangat....hehehehehe...
Tak payah susah2 cari Sepatu, 
saya akan serahkan kepada Butik Pengantin 
pilihan saya yg uruskan... 

................................................................

Cool nye kalo En Tunang pkai kasut putih time kawin~
ala ala zaman P.Ramlee

Khamis, 1 Oktober 2009

B2B | Dais

Suka sgt tgk wedding bertemakan Garden
Untuk bajet saya????
Ohhhh.....agak berat utk memikirkan...

Angan2 tu mmg memuncak...

Kalo dapat buat 60-70%
berkonsepkan Garden utk majlis saya..
kira better la drpd lgsg tak dapat...

Mengimpikan Dais berkonsepkan Pagola....
Fuhhh!~ Keinginan...Keinginan...
Sila la turunkan sikit level keinginanku ini.

Pagola..Ohhh..Pagola...Like!~

Capri by Fraser, Kuala Lumpur

Kebisingan jentera berhampiran dgn pembangunan yg sdg berjln di sekitar Jalan Kerinchi seolah2 hilang bila selangkah kaki masuk ke lobi ...