Rabu, 12 Januari 2011

Dumb Cooking | Ikan Siakap Masak Cili Segar

En. Hubby baru jer balik dari pasar...
Yeyeeahhh...Mlm ni korban Siakap...
Cayalahhh...Ni semangat nak masak.

Ikan siakap ni mmg disukai ramai....
Lagi2 kalo masak 3 rasa..
Rasanye, cam bosan la pulak
masak 3 rasa...try resepi lain la pulak!

Okay....hari ini saya akan
mempelbagaikan resepi utk dishare
bersama blogger2
iaitu...

Ikan Siakap Masak Cili Segar

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

  • 1 ekor ikan siakap -siap digoreng
  • 10 cili kering - dikisar
  • 10 cili padi merah - dikisar
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu kecil oster sos
  • 2 sudu kecil sos ikan
  • 2 biji limau kasturi - diperah
  • 2 helai daun limau - dihiris
  • 10 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 100 ml air
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Panaskan kuali bersama-sama sedikit minyak. Tumiskan bawang putih yg diketuk td.
  2. Masukkan cili yg telah dikisar.Masak cili hingga masak.
  3. Kemudian, masukkan sos cili, oster sos dan sos ikan.Kacau hinnga rasa. Balancekan rasa dgn gula dan garam.
  4. Masukkan air dan perahan limau.Kemudian, masukkan hirisan daun limau.
  5. Curahkan kuah cili segar tadi ke atas ikan siakap yg telah digoreng garing.
  6. Selamat mencuba.

Tangkap gambar dulu sebelum ikan siakap ni lenyap kat muka bumi~







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Capri by Fraser, Kuala Lumpur

Kebisingan jentera berhampiran dgn pembangunan yg sdg berjln di sekitar Jalan Kerinchi seolah2 hilang bila selangkah kaki masuk ke lobi ...