#alwaystravelicious EAT TRAVEL LOVE

Selasa, 19 Oktober 2010

Dumb Cooking | Sambal Ikan Tumbuk

Saya nak share resepi dgn blogger2
Lunch semalam saya goreng ikan banyak sgt
Tak termampu nak habiskan , kami berdua
Ikan goreng yg x habis tu jgn la di buang2 kat blkg rumah
**sekali sekala boley la kalo niat nak bagi kucing makan**

Sebenarnye...., resepi ini adalah dari ibu saya
Dulu time bujang2 selalu gak makan Sambal Ikan Tumbuk ni
Since dah kawin tak pernah buat
Sampai la malam td baru terasa nak buat

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

  • 6 ekor ikan sardin – (ikan yg sesuai ikan sardin, kembung, mabung, sela)
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili api 
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 1 ½ biji limau nipis 
  • Garam dan Gula secukupnya

Cara-cara 

  1. Ikan dibuang tulangnya.Ketepikan.
  2. Tumbuk cili merah dan cili padi terlebih dahulu.
  3. Masukkan ikan tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama-sama dgn cili yg telah ditumbuk. Tumbuk hingga halus.
  4. Keluarkan ikan td dan masukkan ke dalam mangkuk. Tambahkan sos ikan dan perahkan limau dan garam-gula secukup rasa. Gaul hingga mesra.

 ............................................................

Hasilnyer

 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan