Salam bersua kembali
Hai reader yg masih setia dan tertunggu entry sy selama ni
Dan anda mungkin antara yg sedang menggoogle pasal Krabi
Sbb tu terjumpa entry sy kan...
Biasala...sebelum nak gi jalan kemana2
mesti study tentang tempat berkenaan dulu kan..
Supaya dapat gambaran sebelum ke sana
Bagus..bagus..bagusss...
Timeline vacation kitorg....its the time |
Baru2 ni kami, asben & wife berRoadtrip ke Krabi-Hatyai
Roadtrip ni sebenarnya dibuat pada cuti Merdeka Day yg lalu
Namun atas kesibukan rutin harian dan kekangan masa
Tak sempat nak update terus roadtrip ni bila balik2 dari bercuti
Nampaknya kena peram masak ranum dulu lah
Seperti biasa, macam sebelum2 ni juga
Budget adalah perkara utama dan kemestian
Sebab kami ni bukan la golongan yg ada2 sgt pOn
Tak semestinya nak tunggu kaya baru leh smp negara org
Kalo betOL caranya, insyaAllah sampai la negara org
WalaupOn dgn bajet yg minima. Kan!
Kami mmg ada deal dgn satu Travel Agent utk ambik pakej
Tapi pakej ni start dari Alor Setar
Memandangkan tarikh yg kami pergi cuti Merdeka day (super duper peak season)
Jadinya, harga pakej pOn super duper, tu jadi RM500
Pakej RM500 termasuk:
1- Perkhidmatan pemandu pelancong selama 3 hari. **make sure pandai cakap melayu, jgn tak tahu lgsg sbb nnt masalah mcm ayam dgn itik ckp**
2- Insurans Perjalanan Thailand
3- Pengurusan Sempadan
4- Penginapan 3 hari 2 malam di Aonang Phutawan Resort (Hotel 2 bintang)
5- Makan selama 3 hari 2 malam (B/L/D)
6-Pengangkutan start dari Perhentian Bas Alor Setar - Krabi - Hatyai - Perhentian Bas Alor Setar
7- Island Hoping utk 4 Island (Tup Island, Chicken Island, Poda Island,Phranang Cave)
8- Tiket masuk ke Emerald Pool
9- Tiket masuk Elephant Treaking
Pada sy pakej yg sy ambik ni berbaloi. Mari kita buat anggaran kasarnya. Katakanlah.......
1-Penginapan di Aonang Phutawan Resort, bila sy survey kt Booking.com harga utk 1 malam RM84. Kalo 2 malam (RM84 x 2) : RM168.00
2- Makan selama 3 hari 2 malam . Kita anggarkan sehari RM25 (sarapan :RM5/Lunch:RM10/Dinner:RM10). Kalau utk 3 hari (RM25 x 3) : RM75.00
3- Pengangkutan start dari Perhentian Bas Alor Setar - Krabi - Hatyai - Perhentian Bas Alor Setar. Kita anggarkan RM100.00
4-Tiket masuk ke Emerald Pool : RM20.00
5-Island Hoping utk 4 Island : RM50.00
6-Elephant Trecking : RM50.00
Jumlah Anggaran Kasar : RM463.00 seorang
Harga Sebenar Pakej : RM500.00 seorang
Daripada pemerhatian sy...
Rata2 yg sy google percutian ke Krabi
Kebanyakannya pergi sendiri then naik flight
Yang naik keter gamble gi sendiri pOn ramai
Untuk entry sy ni khas bg korg yg sedang google search
percutian ke Krabi secara roadtrip plus berpakej
Macam kami asben & wife mmg spesis yg tak nak leceh2
Tahu2 je dah ada org arrange kan ke mana nak gi?apa patut buat?
Lg satu utk elakan dari ditipu oleh Agent Thailand **perkara ni dah byk sy dgr**
Senarai semak yg boleh digunapakai oleh korg kalau nak gi bercuti
1-Passport
Make sure passport korg adalah 6 bulan sebelum expired. Kat belakang passport pOn ada tulis.Sila baca dengan sefaham..fahamnya.
Please be reminded yang passport korang mestilah 6 bulan before tarikh expired |
2- Semak status kawalan Imigresen
Penting bg korg ya..supaya nnt nak masuk border tak da prob. atau kena tahan. nanti panjang citer. Semakan boleh di buat di laman web ini http://sspi2.imi.gov.my/
Rajin2 la semak status korg ya sebelum berlepas |
3- Bagi yg kerja gomen mcm sy, sila isi Borang Permohonan Ke Luar Negara dan Kemudahan Insurans Kesihatan Di Luar Negara Atas Urusan Persendirian..
4- Tukar duit RM to Baht
Kami tukar di Money Changer Forex, Midvalley terletak di tingkat LG. Money Changer ni mmg HOT
Memadai buat kitorg.Duit buat shopping |
Tukar kat Midvalley. Punya ramai. |
5-Sparekan juga duit RM
Penting ya...boleh guna jika berlaku kecemasan.
6.Bag pack jenis waterproof
Kami beli kat Bookstore Popular dengan harga RM35.97 after rebate (70%). Beli yg murah2 je. Malas la nak beli jenama Deuter bagai kan.. Yg tak berapa nak jenama ni pOn okay kualitinya. Korg yg punya pilihan seperti sy, boleh la beli brand icon ni.
Kalo tak da idea nak beli bagpack mcm mana boleh beli mcm ni. Yg penting murah.After less jadi RM35.97 |
Back pack kitorg..yg penting waterproof. |
7-Dry bag
Sy beli online di Makcik Zalora.com.my brand Hypergear, 5L dgn harga Rm25.50 after less 15% . Kegunaannye utk simpan baju basah. Sgt2 berguna utk simpan swimsuit kami yg basah.Kalau nak guna plastik boleh je..cuma tak kemas je la..takot bocor,habis basah sana sini. Lagi2 yg berRoadtrip ni.
Dry Bag 5L, Beli kat Zalora |
8-Pouch merangkap wallet
Pilih pouch yg boleh sumbat segala bagai, passport,duit, kad bank, kad insurans,hp dll. Pouch ni sy beli kat Bookstore Popular dengan harga RM15.90. Tak perlu la kot bawak handbag & purse korg yg cantik tu yg penuh dgn segala bagai member card shopping. Tu simpan rumah je la.Bawak benda yg perlu dan mustahak je.
Banyak partition. Macam2 boleh letak dengan tersusuan dan rapi |
Suka designnya yg kemas. dan kualiti kain yg bagus,nmpk tahan lasak. |
9-Picnic Mat
Puas mencari..akhirnya jumpa gak. Korang boleh la beli kat Pakcik Daiso. Yg ni sy beli kat Daiso Midvalley dgn harga RM5.00. Sedia maklum semua barang kat Daiso ni RM5. Boleh je kalo nak beli kat Krabi tp harga mahal le..120Baht = RM12
Picnik Mat yg di jual di Aonang Beach |
10-Selipar Getah
Better beli selipar yg waterproof. Memandangkan di Krabi kebanyakan masa kita dihabiskan dgn aktiviti bermain air dan basah2, eloklah pakai sandal atau selipar jenis getah atau berwaterproof. Macam kitorg beli jenama Asadi. Malas la nak beli yg mahal2..hebat2 punya brand. Elok je Asadi yg kitorg beli ni. cantik pOn cantik. See..sy punya picky lagi tu.
11-Swimsuit
Pilihan swimsuit sy tentulah yg berkonsep muslimah. Kita kan wanita bertudung. Sy beli secara online di House Of Muslimah Swimsuit. Pelbagai saiz ada, mmg bagus!! Size sy tentu2 le susah nak cari kat pasaran luar. Syukurlah House Of Muslimah Swimsuit ada jual saiz2 org comel ni. Okay bagi yg bersaiz comel yg ingin berenang sambil menggayakan swimsuit, boleh la contact admin House Of Muslimah Swimsuit ni. Nak dtg sendiri ke kedai pOn boleh area Klang Sentral.
Tadaaarrr....Inilah rupa secara overallnya. corak swimsuit ni asben yg pilih. Suka dgn designnye, di bahagian punggung kembang mcm pakai skirt. |
12.Cassing hp waterproof
Cara ni bajet murah sikit. Bagi yg gemar bergambar ketika aktiviti bermain air dilaut boleh la beli siap2 cassing hp waterproof ni. Sy beli online kat Pakcik Lelong.com.my jenama Adventure dgn harga RM55.00 termasuk pos. Nak beli kat Krabi pOn ada, cuma tak da jenama je la..dlm 35 Baht (RM35). Yg berjenama ni tak pasti kesahihannya datau jaminannya. Sayanggg oiiii nangis tak sudah in case tiba2 hp still masuk air. Kalo ada jenama dan jaminan tu rasa confident la kit kan.
Kalo ada bajet lebih boleh terus guna Gopro, hasilnye lagi manTOP lg memberangsang.
13. Ubat-ubatan
Bawak ubat yg asas spt panadol,minyak angin, ubt cirit-birit, ubat tahan mabuk,plaster supaya kalo in case pe2 jd boleh la makan seblm dpt rawatan susulan di klinik jika sakit berlarutan.
Macam sy ni spesis tak tahan mabuk laut, seblm naik boat mesti telan 2 biji. Kalo sape tak tahu nak beli mana, boleh la beli di farmasi Guardin atau Watson.
Ubat2 asas seperti Panadol, Ubat sakit tekak, Ubat cirit birit, ubat selsema, plaster, koyok, minyak angin |
Ubat yg disimpan dalam organizer |
14.Sweater
Terlalu lama dlm kereta/bas/van lagi2 yg roadtrip ni. Kesejukan air cond pasti melanda. So, korg dinasihatkan bwklah sweater. Boleh pakai..tidor pon lena.
Jgn jd mcm sy, action x nak bawak.aleh2 sweater asben sy rembat. Sian asben kesejukan tp dia kata tak apa.
15.Bantal leher
Berguna sungguh..terutama sekali bila berada dlm bas. Lena tido dari KL - Alor Setar, pastu balik pon lena dari Alor Setar ke KL.
16. Sunblock
Pakai bagi memastikan kulit korg tak sunburn. Stock sunblock ni sy mmg ada. balance masa gi Redang dulu.
17.Travel adapter
Mesti bawak!!! Plug yg terdpt di lain2 negara adalah berbeza dgn di Malaysia. Sgt penting lg2 yg travel ke luar negara. Nak beli kt sana pOn boleh tp take time nk mencari. Better korg beli je dr Malaysia ni. Kalo sape taktahu leh dpt dr mana, boleh dptkan di Bookstore Popular dgn harga time sy beli tu RM29.90. Jenis yg sy beli ni bagus sbb kat semua negara gunapakai.
18.Wet tissue
Memandangkan cuaca di Krabi sama je panasnye dgn Malaysia. Dah tentu2 akan berpeluh. Boleh la segarkan muka dgn guna wet tissue. Kegunaan lain, boleh lap2 tangan, boleh guna incase kalo kat tandas tak da air.
19.Toileties
Sy ni jenis spesis yg kena guna sabun, shampoo, ubt gigi,, berus gigi sendiri walaupOn hotel ada sediakan. Set toiletries travel sgt sesuai digunakan utk bwk dlm kuantiti yg sikit. Bg yg tak biasa tgk , set toiletries travel boleh dpt kt Watson dan Guardian yg berhampiran ye. Sy beli brand Tupperwear sbb favourite sy
20. Pakaian
Bawa pakain berpada-pada. Jgn terlalu banyak. Kalo tak cukup leh beli kat Krabi. T shirt I LOVE KRABI banyak...Macam kami stay 3 hari 2 malam (saya - 3 shirt ; 3 seluar , 3 tudung , 1 baju tido, 1 swimsuit) (asben - 3 short pant, 1 singlet, 2 shirt, 1 kain pelekat). pakaian dalam punya sendiri pikir.
Bawak tudung yg jenis tak perlu di Iron. Yg ni sy beli dari Sugarscarf. |
Teknik melipat baju style gulung2 |
Gulong2 dapat menjimatkan space bag |
21.Lain-lain keperluan
Mon0pod dan powerbank pOn banyak kegunaannye bila travel begini. Sila la bawak.
Day 1 |29 Ogos 2014 (Jumaat)
6.00 pagi sampai di Stesyen Bas Alor Star. Siap2 solat subuh sementara tunggu travel agent jemput. Kul 7 pagi driver dtg jemput. Then seblm memulakan perjalanan ke Krabi, sarapan dulu di Alor Setar. Kami masuk ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam. Then urusakan kemasukan ke sempadan. Selesai tiada apa2 masalah. Confident sebab awal2 dah semak nama status kawalan imigresen.
Beratur utk urusan masuk ke Thailand |
Sistem komputer gini haaa.... |
Inilah van kitorg sepanjang travel ke Krabi. Selesa..dah mcm artis Kpop naik tu |
10.00 pagi Memulakan perjalanan ke Krabi. Perjalanan ke Krabi ambil masa selama 5 jam. Dalam perjalanan , van kami berhenti 2 kali je..utk isi minyak dan untuk lumch di R & R Trang.
Perhentian R & R di Trang. Tempat lunch tour guide bawak |
Ada jua makanan lite2 mcm ni |
KAwasan parking di R & R Trang. Luas.. |
Tempat cuci tangan seblm masuk ke tandas. Bersih |
Hah!~ ni tandas awam kat Thailand. Tak da flush. Tapi bersih , tak da bau pOn. Korg cangkung je atas tu.Kemudahan lain yg disedikan dlm tandas awam ni papaer lama utk bungkus pad pon ada. Bagus kan!~ |
Disediakan tempat mengurut kaki |
Ini kawasan surau di sana |
Antasa lanskap di sana yg sy tangkap dari cafe |
Perut lapar...Jemput makan. Sedap sgt mee celup diorg ni. Kalo korg gi try la.. |
Teringat2 kesedapan Mee Celup di Trang ni harga 40Baht (RM4) |
Tengok muka asben yg tak berapa nak lalu sgt nasi campur taste Thailand ni. Pedas katanya plus berempah |
Macam2 lauk..harga 40Baht (RM4) |
Ada juga jual makanan IKS diorg. Kat sini agak mahal menurut tour guide |
Beli jugak utuk kudapan dalam van di kala boring2. 50Baht (RM5) |
3.00 petang check-in di Hotel Aonang Phutawan Resort. Sy akan buat review tentang Hotel Aonang Phutawan Resort yg sungguh mendamaikan dan menawan ni. Hotel ini terletak jauh sikit dari Aonang Beach dalam 5km mcm tu. So, kalo nak ke Aonang Beach tu kena la sewa scoopy. Okay, korg boleh layan gamabr romantika de amor kitorg dlm bilik hotle ni. Agak2 meluat nak scroll laju2 pOn x per...Tapi rugi, korg xdpt la tgk betapa cantiknye patel ros merah yg cantik nih..hikhikhik...
Wahhh..simple tapi cantik |
Suasana romantik utk kitorg berdua. |
Yeaahhh...feeling honeymoon lagi |
Setakat macam ni jela pic romantika de amor kitorg utk tontonan umum. Sopan je.. |
Kalo ikut jadual hari pertama ni aktiviti bebas.Bersiar2 di sekitar hotel yg mendamaikan. Petang2 tu kitorg mandi pool kat hotel je..sampai lewat petang. Puas betol berendam kat pool. Pool besar then kami berdua je.
View dari bilik. Bukak je pintu menghijau je suasana. Tenang & damai |
Laluan ke swimming pool. Ada shower |
Tangga nak ke swimming pool |
Swimming pool ni ada 3 side. Paling kiri utk kanak atau tempat berjakuzi, tengah kedalaman sederhana, paling kanan dalam. |
side yg kiri tu 2 in 1. Boleh jadi pool kanak2 & tempat berjakuzi |
Ini laluan masuk ke hotel. Bangunan kayu yg depan tu tempat receptionist |
shuttle turut disediakan utk kemana2. Tapi ada harga bayarannya yg tersendiri |
Dinner kami di bawa makan di kedai seafood tomyam. Pilih je la nak makan apa pOn.
Sedap makanan yg dihidangkan. Sy tak makan nasi, so add on order Pad Tahi.Sedap. Rupa dia macam kew teow goreng versi kurus.
Tempat dinner hari pertama di Lemon Restorant di Pekan Aonang |
Tergoda tgk seafood ni semua |
Tom Yam Kaw...Makan tersedak. Itu tandanya sedap la tu. Tom Yam kalo tak tersedak bukan tom yam nama nya |
Kailan ikan masin style Krabi |
Kerang bakar terbaek sbb tak terlalu kering.Terasa bakar2 dia tu |
Biasa je..telor dadar taste macam goreng sendiri kat rumah |
Pad Thai goreng. Sgt sedap!~ Korg jgn lupa order ya kalo dah sampai Krabi |
Loving couple tangkap gambar dulu sebelum belasah makanan ni semua |
Lepas dinner kami di bawa ke kedai2 souvenir di Aonang Street. Disinilah, tempat jualan souvenir, tp kami tak beli pon. Menurut tour guide kami, dia kata harga souvenir di aonang Beach ni mahal. Yg murah kat Krabi Night Market, hari ke2 nnt kami ke sana. Tidak lupa juga misi sy adalah memburu pancake di sini. Ramai yg canang pancake di Krabi sgt sedap. Tak percaya sila la cubatrytest ya. Then, jalan2 di Aonang Beach sambil menghirup udara malam di tepi pantai. Memang best...
Pancake di Aonang Street. Antara taste yg ada. |
Tadaaarr....Pancake Choc. Banana, harga 50Baht (RM5) |
Memandangkan siangnya..seharian di dalam van. Balik hotel tidor utk recharge tenaga. Esk pagi nak berisland hopping lak. Boleh teruskan scroll ke bawah utk citer hari kedua kitorg di Krabi.
Day 2 |30 Ogos 2014 (Sabtu)
Bersiap2 utk aktiviti hari kedua iaitu...Island Hopping. Yabeddaaabeddooo...Aktiviti yg ditunggu2. Pagi2 tour guide kami dah whatsapp kata kita akan breakfast di area Noppharat Thara Beach Krabi sebelum aktiviti island hopping.
Suasana sekitar kedai2 makan di Noppharat Thara Beach Krabi |
Kedai makan di Noppharat Thara Beach Krabi. Tapi tak da pOn org masuk. Nampak mahal agaknya |
Sebelum naik boat boleh la beli topi. Kalo pakai topi gini mesti feeling2 Ramona Rahman kan. |
Baju2 pOn ada jual di sini. Ada sehelai sy beli |
Menyelerakan sungguh makanan goreng2 ni |
Tadaarr....ini dia breakfast sy |
Nom..nom..nom..pagi2 dah makan seafood |
Salah satu pengangkutan di Krabi |
Punya ramai org nak ke Island Hoping |
Suasana org nak ke Island Hoping |
Suasana pagi di Noppharat Thara Beach Krabi |
Tangkap gambar dulu sebelum naik boat |
Dalam pakej kitorg ni, island hopping kami adalah 4 Island. Kami difahamkan akan ke Tup Island, Chicken Island, Poda Island dan Pranang Cave Island dan menaiki longtails boat.
Destinasi Pertama kami adalah Tup Island. Perjalanan ambil masa setengah jam dari jeti Aonang Beach. Aktiviti yg boleh di buat di Tup Island, bermandi manda, bersnorkeling , bergambar2. Masa pagi2 kami dtg Tup Island org punya ramai. Ikan pOn lari. Harap umpan kulit ayam baki breakfast td je la nak bg ikan dtg. Sempat la main2 dgn ikan bergambar bagai. Kitorg di beri masa 1 jam di sini. Then teruskan perjalanan ke next island
Tup Island..punya ramai umat manusia. |
Jernihka air kat sini..nampak ikan |
Tenangnye sekali sekala dapat berendam mcm ni |
Bergambar pulak..dah penat main air |
Longtail banyak kat sini..make sure korg kenal longtail masing2 masa mula2 naik.No. longtail kitorg A24 |
Tangkap gambar supaya ingat |
Destinasi Kedua adalah Chicken Island. Aktiviti bersnorkeling di laut dalam. Sedih...sy tak dapat snorkeling sbb trauma lemas ketika di Pulau Redang tempoh hari masih terasa. Sorg2 le asben snorkeling.
Bersiap2 nak bersnorkeling |
Asben snorkeling, sy makan atas boat. |
Pulut ayam yg sedap. Kulit aya, boleh campa laut, bagi ikan makan. Tak payah beli roti.Hahahahha |
Snorkeling time kata asben. Ni kali pertama dia bersnorkeling. |
Comel je kan nama island ni...Chicken Island. Nampak tak bentuk kepale ayam.
Sy duk je ats long tail sambil menikmati bekal pulut ayam yg sy beli. Kulit ayam sy campak ke laut, kemain banyak ikan kerumun. Kitorg di beri masa 1 jam di sini.
Destinasi ke 3 adalah Poda Island. Disini kami di beri makan tengahari dan berehat2 selama 2 jam. Mandi manda memang tak larat dah. Kitorg siap tidor..mujur bawak picnic mat yg di bawa dari KL. Poda Island salah satu tempat yg pernah di landa tsunami. Kawasan ni mcm tak terjaga sangat, nampak bekas org buat party liar. Nampak botol arak.
Our lunch di Poda Island. Disinilah bergunanya picnik mat. Rehat2..duduk2..sambil tertido. Lama tu 2 jam kat Poda Island |
Lepas bangun tidor tangkap gambar. |
Lepas tu feeling romantik macam ni tepi laut...Boleh?? jgn marah ya...ini Halal punya |
Destinasi 4 adalah destinasi terakhir iaitu Pranang Cave Island. Kami diberi masa selama 2 jam di Pranang Cave Island. Aktiviti yg boleh di buat di sini adalah seperti picnik, mandi manda, masuk gua tgk stalactic, rock climbing.
Ini suasana di Pranang Cave Island |
Menikmati keindahan di dalam Pranang Cave. Sumpah cantik |
Keindahan yg memukau. Kalo tak percaya sila la datang |
Jauh juga nak masuk cave ni. Kalo penat boleh la duduk relax dulu. Pelan2 je jalan. |
Motif?? tak tahu la...katanya tempat pemujaan. |
Disini juga ada akyiviti rock climbing. Nampak tak lubang gua sebelah kanan tu..jgn la dekati situ. Situ tempat pemujaan. Takot kena sampuk pulak. |
Cayokk..cayokk...hebat bro ni |
Nampak kecik-besar-kecik-besar je kan.. |
Masa kitorg dtg ni dah petang mcm kul 3. Air dah pasang. Pulau batu ni dah nmpk tak cantik. nampak tumpul gitu |
Bergambar la jugak utk kenangan walaupon pulau batu kt belakang tu kelihatan tak begitu cantik. Sebab air dah pasang |
Aktiviti yg boleh buat di Pranang Cave Island...berkelah dan mandi manda |
Peace2 dulu sebelum terjuan laut |
Antara resort yg ada di Pranang Cave Island. Resort yg sgt exclusive. Utk makluman..utk .1 malam 17,000Baht (RM1.700) |
Ini baru sikit..cantik kan kawasan Resort Rayava Dee. |
Disini juga ada kemudahan tandas awam. kalo nak melepas hajat di tandas awam sini sila sediakan duit syiling ya..sbb nak masuk tandas di sini agak kelakar..macam nk masuk zoo. See..
Mahal nak masuk tandas. 10 Baht (RM1). Nak tak nak kalo dah tak tahan nk melepas mesti masuk punya. Sila sediakan duit syiling ya. |
Selesai Island Hopping utk 4 Island dalam jam 4.30petang. Meneruskan aktiviti seterusnya, Elephant Trekking. Meredah bukit bukau, air sungai, masuk kampung. Harga termasuk dalam pakej.
Bergambar sebelum bersafari. Comelkan anak gajah ni.. |
Ni la tempat nak naik gajah. |
Lepas bersafari terasa energy yg power ni dah weak. Rasa nak balik hotel cepat nak tidor je..terbayang katil dan bantal yg empuk di hotel.
Malamnya...kami di bawa makan di restorant terapong. Jauh kit dari hotel kami perjalanan 30 minit mcm tu, Sy masih dgn Pad Thai nye, asben dengan nasi goreng nanas bergajus.
Antara menu yg lazat2 hendaknya |
Suasana di Ruantalay Restorant. Samar2 je.. |
Gambar bersama. Sementara tgg makanan sampai kita bergambar dulu |
Minuman dah sampai.Air sitrus masam dah sampai. Possing mcm ni bole?? |
Asben dgn air tomato nye...Sedap gak rupanya air tomato ni |
Hari ke2.Sy masih dgn Pad Thai. |
Menu asben, sedap katanya...ada gajus, sotong,nanas. Nama menu nasi goreng bakar nenas |
possing mcm ni bole tak?? abaikan je org kat belakang tu sibuk jer nak join sama. Siap melirik pulak matanye.. |
Aktiviti seterusnya malam tu gi Krabi Night Market (KNM). Macam2 ada jual kat sini. Kitorg just cari souvenir fridge magnet utk sayang2 ku di Malaysia. Kat KNM souvenir lagi murah kalo nak banding kat Aonang Street. Per2 pOn kena pandai tawar menawar gak. Peniaga kt KNM pandai gak cakap english walaupoN broken. Kat Aonang Street tak leh nak tawar menawar, biasa la tempat pelancongan. Ker sy yg tak pandai tawar menawar? Lagi...pantang nampak makanan yg pelik sikit, mesti beli. Nampak makanan yg murah, beli. Alih2..kanan-kiri tangan penuh makanan. Baju tshirt I LOVE KRABI pelbagai saiz pon ada dari standard saiz sampai plus size.
Ini antara tarikan jgk di Krabi Night Market |
Selipar..Kasut..Sandal....bagai kan.. |
Alas kaki. Comel yeah! TAk beli pOn |
Baju i LOVE Krabi. Dari saiz standard sampai plus size. Paling mahal 150Baht (RM15) |
Cantik..Suka!~ 3 D punya ni. Harga 1900Baht (RM190) |
Fridge magnet yg boleh di borong |
Cantiknye..arrgghhh..banyak gak beli |
Shaking hand pulak. Antara aksesori yg di jual |
Fancy nye topi ni. Rugi tak beli 1 |
Yeahhh...Fridge Magnet beli sikit kat kedai ni..cantik!~ |
Macam ni la rupa mini pancake yg manis tu |
Mini pankace yg sedap plus manis. Perisa kelapa manis. |
Pulut mangga agai. Sepanjang kat Krabi ni la pulut mangga yg paling sedap kitorg try. Korg kalo gi Krabi Night Market beli la...sedap sgt2. |
NAsi goreng ulam kot. Asben kata sedao terangkat weihh... |
Ketam hidup antara yg di jual di sini |
Ayam pulut..nyum..nyum..nyumm.. |
Shacking hand again.. Sushi versi Thai pOn ada. |
Aktiviti seterusnya... Kalo datang Thailand tak lengkap kalo tak gi massage. Kedai massage yg menjadi pilihan kitorang adalah kedai Dara Massage. Pada sy rate di sini agak murah, nak compare dgn Thai Oddeysea yg kitorg gi kat Malaysia. Sy ambik full oil body massage 250Baht (RM25), asben lak ambik Foot massage 200Baht(RM20)..total dua org baru 550Baht (RM55). Alahai..sgt murah!~
Macam ni la harga bayaran ikut jam di Dara Massage |
Selesai mengurut. Puashati. |
Sebelum balik hotel, kitorg singgah makan di kedai berhampiran. Lapar kott...Tour guide kami ikut je. Addicted sgt pd pulut pauh dan pancake. Siang-malam-pagi-petang mencari pancake.
Pulut mangga again. Memanjang makan pulut mangga je kitorg. |
Nikmatnye rasa...badan dah penat,perut dah kenyang, badan dah siap massage..Balik hotel tidor dengan lena.
Day 3 |31 Ogos 2014 (Ahad)
Hari ke 3 di Krabi. Buat Malaysia negara tercintaku tumpah darah airku tidak ku lupa..Selamat Hari Merdeka MalaysiaKu. WalaupOn jauh tidak dilupa. Sempat wish di facebook je.
Hari terakhir di Krabi.Ini bermakna dah nak balik dahhhh...Ikut tentatif hari terakhir kami akan di bawa ke Emerald Pool dan seterusnya ke Hatyai. Perjalanan dr Krabi ke Emerald Pool agak jauh dlm 1 jam mcm tu.Sebelum ke Emerald Pool sarapan dulu ala2 omputeh. American Style konon!~ puiii...layan je la... dah tour guide kitorg bawak di situ.
Fresh oren tu..Feeling omputeh |
American breakfast konon. |
Jemput makan dulu. Bismillah |
Asben menikmati telor telor cicah telor half cooked |
Emerald Pool ni antara tempat yg femes di Krabi. Tiket masuk ke Emerad Pool berharga 200Baht (RM20), kanak2 100Baht (RM10). Makanan, sabun, shampoo tak benarkan dibawa masuk. Nak sampai ke Emerald Pool ni ada 2 jalan.
Menuruni bukit utk ke pintu masuk Emerlad Pool |
Area parking..masuk ke kawasan lapang..kat parking ada tandas awam disediakan |
Gerai2 yg menjual makanan |
Keunikan makanan yg dijual. Telor bakar |
Tadaarr....tak paham pe dia cakap ni.Semua bahasa thai |
Ni map kawasan Emerald Pool |
Selamat Datang ke Emerald Pool. Bergambar semlm mula perjalanan |
Disana laluan ke Emeral Pool nya...Jom!~ |
Nak jalan dekat 800 meter kena ikut jalan yg tak berapa
nak best..kiri-kanan pemandangan yg membosankan. Nak jalan jauh dalam
1400 meter, laluan agak selesa. susur laluan kayu. Pemandangan pOn ok
cantik dan mempersonakan. Untuk pergi kitorg guna laluan dekat..punya
penat giler...Dinasihatkan tak perlukan pakai kasut heel, pakai le
selipar yg selesa. Untuk balik kitorg lalu jalan jauh. Dua2 jalan dah
rasa...ternyata laluan jauh lagi okay. WalaupOn jauh tp tak rasa penat
nak banding dgn laluan dekat tp penatnye kemain berpeluh oOoooo...plus
kaki melecet.
Ini laluan ke Emerald Pool yg jauh,sejauh 1400meter |
Yang ni laluan ke emerald Pool yg dekat ..sejauh 800 meter. Pilih la nak lalu mana??Yg dekat sgt mencabar dan membosankan. |
Kalo nampak gajah batu ni, tu tandanya korg hampir sampai ke Emerald Pool |
Mari layan wajah2 gembira kami setelah sampai ke destinasi....Happy sgt2. punya semput gak laluan denai yg berbatu2.
Teruskan perjalanan sikit lagi...nak sampai dah. Anak sungai dah nampak |
Bila dah smp di Emerald Pool terkesima di buatnye dgn
keindahan pemandangan di situ Ya Allah..cantiknye dengan pool yg
berwarna emerald green. Tp hati2 ya..laluan di situ agak licin.
Berlumut. Tanah di situ pOn lembik. Bila pijak tu..eeeee..geli mcm
taik!~ yaaakkss..
See..cantik kan air di kolam ni |
Balik kitorg ikut jalan jauh..sejauh 1400meter. Jalan selesa tak terasa boring |
Sempat lagi bergambar2 mcm ni |
sambil nikmati keindahan alam |
Teruskan perjalanan yg jauh |
bye bye..lain kali datang lagi nak mandi. Seronok sgt kat Emerald Pool ni |
Kitorg tak mandi pOn. Terasa rugi sgt2. Just rendam2 kaki
je, tangkap gambar layan perasaan romatik si suami. Hahahhaha.....2 jam
juga kitorg kt Emerald Pool. Kalo korg larat..korg boleh teruskan
perjalanan naik ke Blue Pool. Tp kat Blue Pool tu tak da apa pOn cuma
pool dia cantik warna biru, tp tak boleh mandi. Tak pelah, next time
kalo repeat Krabi mesti nak mandi di Emerald Pool ni.
Sebelum balik jgn lupa singgah kat satu kedai ni...Kat kedai tu ada jual gambar candid korg. Depa tangkap masa kita mula2 nak masuk. Punya la tak perasan masa nak masuk awl2 td ada org tangkap gambar. Kalo tak nak beli pOn tak per. Harga murah dalam 100 Baht (RM10). Kalo korg tak berkenan dgn gambar korg tu, korg boleh tangkap semula. Minta tokey kedai tangkapkan gambar ko sekeluarga ker..berdua dgn suami ker...Mcm kitorg, tangkap gambar semula. HArga tetap sama 100 Baht (RM10) gak.
Tak beli pon..tangkap jer gambnar candidi ni |
Macam2 gambar org candid. Alamaakkk..abaikan je la..tokey kedai tu |
Perjalanan diteruskan ke Hatyai. Dalam perjalanan kitorg tido je...lena. Mana tak lena, van kitorg naik tu selesa gile, seat dia dah mcm naik flight, air cond kuat. Terjage pOn masa kat Trang. Berhenti untuk lunch. Tempat yg sama kitorg berhenti makan masa first day tu. Yahhooo..dapat makan mee celup lagi. Mee celop yg sedap gile sampai nak berpusing kepala. Akhirnye,asben pon tergoda utk order yg sama. Kalo tidak di nak makan nasi campur je..
Selesai makan dan solat di R & R Trang,
perjalanan diteruskan ke Hatyai. Dari Trang ke Hatyai ambil masa dalam 2
jam mcm tu. Sampai di Hatyai dalam kul 5.00petang gitu le..Kitorg di
bawa ke Floating Market yg sgt femes. Antara tarikan pelancong juga
tempat ni dgn keunikan pasar terapong ni. Kat Floating Market ni
peniaganye jual makanan. Makanan yg depa jual pOn unik2 dan sedap2.
Kebanyakannya yg jual org Muslim. Dah siap order & bayar, korg
boleh makan di situ. Ada tempat makan yg disediakan. Cuma keadaaan yg
tak selesa bila ada anjin berkeliaran kacau org tgh makan.
Sumpah tak paham signboard ni cakap |
Suasana di pasar. Ni pasar atas beratap nipah |
Bagus ada kemudahan ini. Kalo korg nak pecah duit boleh ke sini. Urusan jual-beli di floating market hanya menggunakan duit kecik saje. Kalo kita yg pencong ni jgn ler byr duit besar mcm 1000Baht, tp nak beli kuih 20Baht je pOn. Sian makcik-pakcik tu kena pulang baki 980Baht(RM98) |
Kemudahan tandas pon ada. Bilik tandas banyak dan juga bersih |
Ini di Floating Market....
Yang ditunggu2. Mula2 tak dapat bayang mcm mana cara jual-beli disini. Inilah pengalaman pertama sy ke Floating Market Hatyai
Suasana di Floating Market |
Nampak tak pasu yg di jual tu..tu pasu air. Beli air dapat pasu. Byk karekter kartun bole pilih |
Huurrmmm...sedapnyee air longan ni |
Antara makanan yang di ual di floating market yg menarik minat kitorg....
Suasana floating market dari atas jambatan. Nampak view yg sgt cantik..ramai lagi kelihatan org sedang jual-beli
Di pasar atas pulak, pasar yg beratap nipah..Di situ ada jual jajan yg boleh di beli dan di bawa pulang buat sayang2ku di Malaysia utk family dan kawan2. Nak beli jajan tu tgk2 ler tanda Halal Thailand nye. Kitorg beli kat org Muslim. Yakin sikit. Kitorg berada di Floating Market sampai kul 8.00malam. Puas makan dan bershopping di Floating Market Hatyai yg peniaganya sgt friendly.
Teruskan perjalanan pulang menuju ke Sempadan Thailand-Malaysia Danok. Semakin hampir dengan Malaysia. Urusan imigresen baik2 saje. Tiada masalah. Perjalanan diteruskan ke Stesyen Bas Alor Setar. Bas kami balik ke KL jam 11.45 malam. Dalam perjalanan tidor tak terjaga langsung. Tahu2 je dah sampai Puduraya dalam jam 6.00pagi.
Relax2 dulu kat Puduraya... perjalanan balik perlu diteruskan dgn menaiki tren STAR turun di Badar Tasik Selatan kemudian ambik komuter terus ke Serdang then naik bas terus ke rumah. Happynye travel ala2 backpackers gini. Syukur alhamdulillah selamat perjalanan pergi-pulang.
Korang? Bila lagi nak sampai Krabi, tgk tempat org? Tak payah tunggu kaya baru nak jalan2. Travel style kitorg gini pon dah sampai negara org. Dan buat pengetahuan korg, percutian di Krabi ni juga adalah salah satu impian sy. Impian tercapai!~
plz baca entry sy seterusnya di sini
KESELURUHAN PERBELANJAAN UNTUK 2 ORG :
1. Pakej all in - rm500 x 2 = RM1,000
2. Bas dari KL- Alor Star - KL = RM88 x 2 = RM175
3. Ole2 souvenir = RM200
---------------------------------------------------------------------------
JUMLAH KESELURUHAN : RM1,376.00
alahaii tengok entry krabii ni tetiba je rindu krabi! heeeeeeeeeee~
BalasPadamBlh bg no fon tourst guide x?
BalasPadamKak bleh bg no fon agent tu x..?
BalasPadamSeronok baca blog awak dahlia. rupa2 nyer awak wife izani kan kawan sekolah saya.. insyallah saya ngan family akan ke sana. tq 4 ur info menarik..
BalasPadamSalam
BalasPadamKalau ada yg berminat nak ke Krabi 1-4may nnt sy ada sediakan pakej budget dr Kl. RM690 siap dgn pengangkutan, hotel, tour, makan , islands hoping dan snorkeling serta emerald pool. Kalau berminat boleh hubungi sy Aini 0162178290. Terima kasih.
Salam bole tak berikan no telefon agensi mana yg awk ambik. Sebab saya nak guna transport dan pemandu bawak jalan2 family saya ke Krabi bln 9 nie. Tp ambik kami dari airport krabi dan bawa jalan2 di krabi. Email saya yuzliana@selangor.gov.my. terima kasih
BalasPadambole bagi no. tel agensi tu tak . yuzliana@yahoo.com
BalasPadamKomplet sume cerita...gud info....best bace...InsyaAllah sy nk gi mggu depan sesape nk ikut jom..
BalasPadamsalam.. boleh bagi detail ejen kat sana x.. akan pergi cuti sekolah jun tapi lum ade pakej.. emelkan ye mizwan7@yahoo.com.. Tq
BalasPadamSalam..boleh x bagi no tel agensi yg awk ambik tue perg krabi. Email saya dayah.ujang@yahoo.com. Terima Kasih
BalasPadamsalam mohon agar dapat emailkan no telefon agensi yang boleh bawa saya jln2 di krabi memandangkan saya membawa ibubapa saya yang dah berumur. email saya di yuzliana@yahoo.com. terima kasih.
BalasPadamsalam,mohon share no agensi yg puan ambil,sy tringin nk g krabi ni.��
BalasPadamslam.. bole bg no agen tu x.. email sy nursuriyani90@yahoo.com
BalasPadam