#alwaystravelicious EAT TRAVEL LOVE

Isnin, 28 Februari 2011

Dumb CooKing | Ayam Coca Cola

 Ayam Coca Cola~

Khas utk disharekan bersama-sama blogger
Resepi Ayam Coca Cola adalah
masakan Org Filipina

Ada juga kawan2 yg rasa pelik
dgn resepi ini...
Antara komen2 kawan di fb

Masa kecik2 ibu sy biasa hidangkan masakan ini
Dah besar2 ni terasa rindu sgt pd masakan ni

Tu try google..
Dapat pulak resepi di sini

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

  • 6 isi ayam (isi ayam akan serap rasa cola)
  • 1 tin coca cola
  • 4 inci halia (diketuk)
  • 3 batang serai (diketuk) 

Cara-cara

  1. Ayam dibersihkan kemudian lumurkan sedikit garam dan susun dalam pan yang ada penutup. 
  2. Aturkan halia dan serai yang telah diketuk di atas ayam. 
  3. Tuangkan setin coca cola ke atas ayam tadi. Nyalakan api gas sederhana kecil. Sekali sekala kautkan air cola dan simbah ke atas ayam. Masak sehingga air cola hampir kering. Hidangkan bersama nasi.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan