Monday, May 30, 2011

Wayang 4 | NKTM


Semalam...Ahad adalah hari lunjur2 kaki sedunia...
Aktiviti terbaik kami adalah menonton wayang...
Citer yg diperkatakan org....Iklan besar2an...
Maka dgn itu, saya + En Hubby sgt tergoda utk
menonton Nur Kasih The Movie (NKTM)
**movie yg ke 4 kami tonton dlm tahun 2011**
Dialog yg sering terngiyang-ngiyang di telinga:
"Selagi abang masih hidup, abang akan sentiasa ada di sisi Nur" - Aidil

Tgk wayang di TGV Jusco Cheras Selatan
Pagi2 kul 10.30 dah beratur...tu pOn sgt ramai...
ke belakang juga la di buatnye..namun tabahkan hati.

Sampai kaunter beli tiket dlm kul 11 pagi masa tu...
Nasib baik waktu taygan kul 11.20pagi. sempat lagi tu
Beli 2 tiket dewasa dgn harga RM9 setiap satu..


  • Nur Kasih The Movie telah ditayangkan di pawagam pada 19hb Mei lalu
  • Lanjutan dari drama Nur Kasih yang ditonton 4.3 juta orang dengan durasi 40 tahun cerita kisah cinta Nur Amanina dan Adam.  
  • Trailer yang sungguh hebat dengan pemandangan di Timur Tengah
  •  Filem Nur Kasih dikatakan lebih meruntun jiwa dan mampu membuatkan penonton mengalirkan air mata. **bagi saya TIDAK**
  • Sentuhan pengarah yang cukup hebat , kalau bukan Khabir Batia. Walaupun pengarah cuba merahsiakan jalan ceritanya, ramai yang makin tak sabar sabar nak tau sinopsis dan jalan cerita Nur Kasih The Movie ni.
Jom kita ikuti jalan cerita serba sedikit Nur Kasih The Movie
Jalan cerita Nur Kasih the movie dimulakan dengan pemandangan di padang pasir di Jordan, kelihatan dua orang arab Badwi sedang berjalan jalan, dan tiba tiba dikejutkan dengan kemalangan ngeri sebuah keretapi berlanggar dengan sebuah kenderaan. Kemudian penonton dibiarkan suspen dengan scene tadi.


Jalan cerita diteruskan di kampung tempat Nur Amanina dan Adam dengan kenangan kenangan nostalgia mereka masa dulu.
Isteri Aidil iaitu Aliya telah meninggal dunia disebabkan kemalangan dan dia meninggalkan dua anak iaitu Ilyas, 7 tahun dan Maryam 5 tahun . Aidil yang kematian isteri dilanda kesedihan dan kemurungan dan dia jadi bapa tunggal terpaksa membesarkan anak sendirian

Jalan cerita diteruskan lagi, Ilyas semakin dewasa dan dia memahami kesedihan dan kesunyian yang ditanggung ayahnya. Maryam masih kurang matang dan belum memahami kerana masih kecil semasa kematian ibunya.



Diteruskan lagi, Nur Amanina disahkan mengandung dan ini berita paling gembira buat Adam sebab mereka rupa rupanya sudah agak lama menanti berita gembira tu. Boleh tengok dalam kereta Nur Amanina sangat teruja semasa bagitau kat Adam yg dia mengandung.


 
Adam dan Nur melibatkan diri membimbing anak anak di rumah perlindungan, di situ ada watak Sara Ali sebagai remaja liar yang menaruh hati kepada Adam. Shafie Naswip sebagai kekasih kepada Sara Ali yang jugak seorang remaja liar.

 
Boleh tengok dia sedih dan tertekan masa scene atas tangga dengan Aidil, dia kata dia dah penat sangat… Aidil cuba pujuk adiknya tu dan cuba mengembalikan iman Adam.

Akhirnya dugaan datang menimpa dia lagi, suspen kat sini, ada scene kubur. Siapa yang mati? Anak Adam dan Nur agaknya sebab tu Adam terlalu sedih sangat. Mungkin Nur keguguran. Kalau kita ingat, dia pernah kematian anak kerana kemalangan di luar negara semasa isteri dia yang pertama dulu. Adam terlalu sedih dan hampir hampir hilang iman kepada Allah kerana dugaan tu.



Nur Kasih the movie review (tekaan tepat lagi, Nur keguguran anak, mereka sangat sedih)

Adam dan Nur Amanina telah berazam untuk ke Mekah bagi mencari keredhaan dan mendekatkan diri dengan Allah, mereka berdua nak sambung pelajaran jugak di Jordan. Aidil menggantikan tugas Adam dan Nur bagi membimbing anak anak liar di rumah perlindungan.
 
Adam dan Amanina sangat bahagia kat sana, tapi Adam telah dilanda mimpi yang berulang ulang tentang sesuatu yang buruk bakal berlaku. Adam telah bermimpi yg Nur Amanina telah mati di pangkuannya, dan dia sangat risau jika sesuatu tragedi berlaku.
 
Adam dan Nur telah terlibat dalam satu kemalangan yang dasyat di Jordan, siapakah yang meninggal dunia…Adam atau Nur Amanina? Last sekali scene keretapi berlanggar tu mungkin akan merungkai siapa yang terkorban..jeng…jeng..jeng.. 

Kalau tengok pada watak hari tua, watak Aidil masa usia 70 tahun dipegang oleh Rahim Razali dan Amanina ialah Afida Es, so watak Adam tua tak dak kan..Watak Maryam masa 5 tahun dilakonkan oleh Mia Sara , watak Ilyas ialah Ilyas Suhaimi.
Jamal watak budak liar dipegang Shafie Naswip. Sara Ali remaja liar yang ada hati dengan Adam.

Antara barisan pelakon yg menjayakan NKTM

Rating:

3.0/5.0

No comments:

Post a Comment