#alwaystravelicious EAT TRAVEL LOVE

Rabu, 13 Jun 2012

MCM 2:Syarat Master Chef Malaysia musim ke-2 **untuk dipatuhi**




TERMA DAN SYARAT

1. BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS

2. WARGANEGARA MALAYSIA ATAU SINGAPURA

3. FASIH DALAM BAHASA MALAYSIA

4. PESERTA MESTILAH MERUPAKAN TUKANG MASAK AMATUR

5. TIDAK MEMPUNYAI PENGALAMAN ATAU PENCAPAIAN PROFESSIONAL DALAM  BIDANG KULINARI ATAU KATERING


HARI PERTAMA (SABTU) : PERINGKAT PERTAMA


Pendaftaran : 9.00 pagi – 2.00 petang

    • Anda diminta membawa hidangan dari rumah dengan gaya persembahan yang hebat untuk dinilai juri professional

    • Jangan lupa untuk membawa gambar berukuran 4R yang akan dikepilkan bersama borang pendaftaran.

PENTING: Sila rujuk syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan untuk menyertai MasterChef Malaysia musim ke 2.

Penerangan Uji bakat:
Di peringkat pertama, anda perlu membawa hidangan menarik disediakan dari rumah yang mencerminkan kebolehan anda dalam bidang memasak. Dan anda perlu mempersembahkan hidangan kepada juri yang menilai sebelum sesi temubual dari aspek personaliti dijalankan.

Jika hidangan anda menjadi pilihan dan memenuhi piawaian pihak produksi, anda akan akan dipanggil kembali untuk berhadapan dengan peringkat kedua pada hari berikutnya.

Jika hidangan anda menjadi pilihan dan memenuhi piawaian pihak produksi, anda akan akan dipanggil kembali untuk berhadapan dengan peringkat kedua pada hari berikutnya.

HARI KEDUA (AHAD) : PERINGKAT KEDUA

Peserta uji bakat yang mara ke peringkat kedua perlu menunjukkan kebolehan dalam memasak. Pihak produksi memberikan masa selama satu jam untuk peserta menyediakan satu hidangan yang menarik dan akan dinilai juri professional.

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN

Pendaftaran : 9.00 pagi – 2.00 petang

    1. Anda mestilah warganegara Malaysia atau Singapura, berumur 18 tahun ke atas.

    2. Fasih dalam Bahasa Malaysia.

    3. Tidak mempunyai pengalaman atau pencapaian professional dalam bidang kulinari (dan juga katering);

    a) Termasuklah bekas pelajar atau graduan dalam kursus kulinari,

    b) ATAU mendapat latihan praktikal dalam penyediaan makanan

    4. Semua peserta uji bakat mestilah merupakan tukang masak amatur. Jika anda mempunyai pengalaman professional atau semi professional dalam dunia kulinari, pihak produksi beranggapan ianya tidak adil buat peserta lain dan anda tidak layak menyertainya.

    5. Panduan bagi aktiviti professional yang tidak diterima untuk anda dipilih menjadi peserta MasterChef Malaysia musim ke 2:

    a. Anda tidak pernah berkerja sepenuh masa di dapur sebagai jurumasak, atau pekerjaan yang melibatkan penyediaan makanan.

    b. Anda tidak pernah mendapat upah/gaji kerana menyediakan makanan/memasak di dapur professional seperti; restoran, kedai makanan segera, kantin selama 6 bulan atau lebih dalam tempoh 15 tahun yang lalu.

    c.Anda tidak pernah mengadakan kelas masakan atau demonstarsi masakan yang melibatkan majlis rasmi dengan kapasiti yang ramai, sama ada kontrak, separuh masa atau sepenuh masa dalam tempoh 15 tahun yang lalu.

    5. Anda mestilah dapat memberikan komitmen sepenuh masa sepanjang tempoh pengambaran, sekiranya anda berjaya dipilih sebagai peserta rancangan ini. Produksi untuk MasterChef Malaysia musim ke 2 memperuntukkan masa dari Julai 2012 sehingga November 2012.

    6. Tidak terlibat dengan jenayah yang serius.

    7. Pihak produksi mungkin tidak akan memilih anda sebagai peserta MasterChef atas sebab-sebab tertentu. Antara kriteria yang dicari dalam pemilihan kali ini adalah bakat, inovasi, cintakan dunia masakan dan semangat untuk mengubah hidup anda.

    8. Keputusan produksi dalam memilih peserta adalah muktamad.


...pada mereka yg punya impian seperti huBee sy, selamat berjaya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan