Jumaat, 16 November 2012

Resepi Swedish Meatball Ikea **rasa sama 80%-90%**

November is so meaningful month  to me..yayayaya
Tahun ni saya celebrate weding anniversary yg ke 3 kat rumah
tak sambut kat luar, nanti tak dapat nak kiss-kiss
masak special2 utk beloved hubby
Swedish Meatball Ikea **kitorg mmg gile**
ok ni ade resepi utk disharekan bersama **ats permintaan**
actually kalo rajin menggoogle mmg jumpa resepi ni
sediakan bahan2 seperti di atas

Sediakan siap2

  • Meatball brand AZMY atau Marina **digoreng tanpa minyak**
  • Potato fries atau baby potato**direbus**
  • Jem rasberry

Bahan-Bahan Untuk Gravy

  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • 1 biji bawang holand **potong dadu**
  • 10 biji tomato cherry **dipotong dadu**
  • 1 1/2 cawan air sejuk
  • 100 ml susu segar
  • 3 sudu sos tomato
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap manis
  • 2 sudu sos lada hitam
  • 1 kiub pati ayam
  • 4 sudu serbuk beef gravy segera
  • 1 sudu gula

 Cara-cara 

  1. Cairkan 2 sudu butter
  2. Tumis bawang holand  hingga layu
  3. Masukkan tepung gandum **bancuh dulu**
  4. Masukan tomato cherry  masak hingga layu
  5. Masukan air sejuk, susu segar dan kacau
  6. Kemudian, masukan sos tiram, sos tomato, sos lada hitam, kicap manis dan kacau
  7. Masukan kiub ayam, beef gravy segera dan gula dan kacau
  8. Diingatkan, sentiasa kacau utk elak  hangus dan berketul
  9. Tutup api
  10. Masukan campuran tadi ke dalam blender
  11. Blended bawang dan tomato hingga hancur
  12. Kemudian, tuang semula ke dalam periuk/kuali
  13. Didihkan buat seketika dan kacau
  14. Siap! tutup api dan curah di atas meatball
Sukatan sudu yg sy gunakan adalah  sudu besar
Rasa mungkin berbeza dari segi jenama sos yg digunakan
Tapi,  80%-90% tak lari taste nye..
Comfirm pasni saya dah tak order Swedish Meatball @Ikea
Order menu lain pulak kalo ke foodcourt Ikea

Prepared by me with LoVe
 

5 ulasan:

  1. aduh, salah tmpat comment plak... hehehe
    mana nak dapat beef gravy tu?

    BalasPadam
  2. Ade jual kt supermarket kt bahagian ajinomoto..

    BalasPadam
  3. wahhh sedap ni...nanti saya cuba..pastu saya linkkan awak yer...
    salam kenal ;)

    b1tt.blogspot.com

    BalasPadam
  4. sedapnya. nti boleh cuba.. thanks for the resipi. =)

    http://myartcrafting.blogspot.com

    BalasPadam

Capri by Fraser, Kuala Lumpur

Kebisingan jentera berhampiran dgn pembangunan yg sdg berjln di sekitar Jalan Kerinchi seolah2 hilang bila selangkah kaki masuk ke lobi ...