#alwaystravelicious EAT TRAVEL LOVE

Isnin, 17 Jun 2013

Larian JOM Kitar Semula 2013 Fun Run @ Padang Merbok Kuala Lumpur




Sabtu lepas bersamaan dengan 15hb Jun 2013 me + pren join Larian JOM Kitar Semula 2013 anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA) **opisku** di Padang Merbok Kuala Lumpur. Larian yg diadakan serentak di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia. Penyertaan seramai 7 ribu peserta hanya di Kuala Lumpur sahaja. 

Maskot  pada hari Larian tersebut adalah Semut. Sekor jantan..sekor betina.
 
Sepatutnya pada hari tersebut sy adalah ditugaskan utk menjadi urusetia.Disebabkan semangat yg lain mcm entah mcm mane leh pulak nak join sekaki Larian JOM Kitar Semula 2013. Almaklumlah, tahun2 sudah sy tak dapat join time tu diadakan di Putrajaya. Lama gak tak berlari, jadi bile nak mula balik terasa kepancitannya…BadanpOn dah berat **sila percaya**

Perasmian oleh YB. Dato' Abdul Rahman Dahlan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Peserta larian yg awesome
Lagi peserta yg awesome
Larian sejauh 3.5 km dalam kategori FunRun telah dirasmikan dan dilepaskan oleh Menteri di Kementerian Kesejahteraan Bandar dan Perumahan Kerajaan Tempatan tepat jam 7.30 pagi.  Jam 8.30 pagi me + pren sampai digarisan penamat. Waaahhh..bangganyeee mu Hubee tahu…**sempat la masa lari td berMMS dgn dia, sbg bukti** 
Me and pren
Ramai gak yg menyertai. Korang mmg awesome!~
Berpeluh2 tak usah cakap… Nasib ada lori 100 Plus…Yahooooo…dapat minum air free!~ Kalo free mmg sedap. Pihak pengajur ada bekalkan roti gardenia dan air mineral gak..tp rasa mcm tak cukup. 

FBI yg kecoh + glamour + kelakar
EmCee jemputan di Larian JOM Kitar Semula 2013  yg kecoh + glamour + kelakar dan disukai ramai is Faizal Ismail . Rasanya dah 3 tahun berturut2 kot!~ Bayaran pd Faizal Ismail ni boley tahan gak ye.. Tak sampai 5 jam bayaranya  bersamaan dgn RMX,XXX.XX **sorry beb P&C** Tahu info pon sbb me kerja di Bahagian Kewangan,PPSPPA.
No. BiB sy yg tak bertuah langsung
Mereka yg bertuah
Sebahagian daripada hadiah
Beskal
Aktiviti paling best…iaitu cabutan bertuah. Hadiah utama adalah sijil premium BSN berjumlah RM 5,000.00 . Hadiah2 lain seperti S4, Sumsung Note, TV plasma, beskal dan barang elektrik yg lain. Mmg best la sape yg bertuah.me? tak bertuah langsung lorhh...

Bukan kemenangan yg di cari tp kepuasan setelah berjaya menghabiskan larian sejauh 3,5km.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan