Khamis, 5 Februari 2015

Family Gathering @ Danau Daun Janda Baik, Pahang


Ketibaaan kami di Danau Daun buat pertama kalinye 

Woww…speechless. Giler tenang tempat ni. Inilah yang dinamakan keindahan ketenagan hutan.

Sapa yg pertama kali jejak kaki ke sini pasti akan jatuh cinta pada tempat ni

Tak sangka ya di Janda Baik ni ada tempat secantik ini. Fengsan kejap!~

Melangkah masuk ke sekitar Danau Daun membuatkan terasa seperti berada di Bali **ayat typical seorg  pengacara**puiii..

Danau Daun ni masih baru lagi kalau nak dibandingkan dengan chalet  dan hotel2 mewah di Janda Baik

Macam mana yeah kitorg boleh ke sini?

Utk dijadikan cerita…kitorg adik beradik pakat nak bawak ibubapak gi tempat zaman nostalgia mereka
Zaman dulu..Janda Baik adalah salah satu tempat yg menarik utk bercuti dan beriadah. Bukan mcm zaman sekarang, mcm2 tempat boleh bercuti. Dulu mana ada Sunway Lagoon..mana ada Gambang… 

Dalam adk beradik,  aku ditugaskan utk mencari tempat penginapan utk majlis family gathering kali ni. Dan aku ditugaskan juga utk mencari tempat yg boleh dikatakan perfect!! Diulang sekali lagi..PERFECT Tugas ni mcm senang, tapi ya rabbiiii…giler byk cengkadak dan byk perkara yang perlu di ambil kira. Byk org byk ragam… First sekali, tempat yg aku nak pilih harus la tempat tu lebih selesa dari rumah sendiri…tempat tu harus cantik dari rumah sendiri. Giler aku nak titik beratkan high taste ibu, along dan ank buah aku dan tidak terkecuali aku. Pemilihan tersebut  di ukur bedasarkan tahap high taste aku.   So, senang citer kan kalo mcm tu…

Sebelum aku finalize Danau Daun ni, ada la beberapa tempat yg aku telah short listed kan..antaranya TanaRimba dan Wadi Samrah. TanaRimba aku rejected sbb seram ada patung buddah dalam rumah tp dari segi harga boleh tahan murah. Wadi Samrah aku rejected sbb overmahal nak mammppsss. Akhirnya, Danau Daun telah menambat hati aku dengan harga dan keunikan suasananya yang tersendiri dengan keindahan ketenangan hutan plus konsep keBALIannya.

Serba sedikit tentang Danau Daun yang aku tahu dan boleh share info bersama dgn korg. Danau Daun masih baru lagi, first opened nya iaitu pada tahun 2012. Now, 2015…belum sampai 5 tahun lagi kan! Perabot pon masih bau kedai..Dinding pon masih bau cat syelek lagi. Danau Dauan juga membiayaai kewangan Badan Amal  Nur Zaharah dimana badan amal ini dihuni oleh lebih kurang 50 org anak yatim dan ianya terletak hanya diseberang jalan sahaja. Adalah menjadi bonus akhirat buat kita secara tindak langsung dimana sambil bercuti di Danau Daun, kita dapat berbakti kpd Badan Amal  Zaharah ini.  Kalo korang nak tahu..dalam Malaysia ni hanya ada 1 je Danau Daun dan ia satu2nya terletak di Janda Baik. Maka dengan itu, tempatnya amatlah eksklusif.

Lagi info pasal Danau Daun…buat masa ni dan sehingga ke percutian kitorg..Danau Daun Chalet terdiri daripada 4 buah chalet yang di buka kepada orang ramai. Danau Daun I dan Danau Daun II terletak bersebelahan antara satu sama lain. Danau Daun III pula, terletak atas bukit sikit dari Danau Daun I dan II. Danau Cottage pulak, agak jauh dari Danau Daun I,II dan III dan memang tidak kelihatan, dan teletak jauh di atas bukit kira-kira 500 meter dari kawasan Danau Daun Chalet. Dalam kawasan yang sama jugak, terdapat café di bawah pengurusan Danau Daun Chalet iaitu Kopi N Kraf Kafe. Kalo korg saje2 nak datang utk makan2 di Kopi N Kraf Kafe ni pon boleh sambil menikmati suasana keBALIan. Makanan yg ada di Kopi N Kraf Kafe terdiri daripada hidangan khususnya Asia Tenggara . Mmg OhsemMm u!

Teaser...


Atas envelope nama aku... PERFECT!
Okay ni bukti aku telah uruskan penginapan dari A to Z dgn Perfect nya! Nama ats envelope pon nama aku kan...
Antara sudut yg betul2 membuatkan mata aku nmpk tenang.Walaupon bunga fresh ni adalah kategori  pokoki hutan tp still tetap cantik & nyaman je. Sila lihat di luar jendala...pokok tinggi2.  Bermakna aku berada di tempat yg tinggi ketika ini.
Pic ramai2 yang 1st kitorg tangkap...happy giler sbb teruja sangat dgn swimming pool diaaaa...OMGiee rasa nak terjun terus. Semua ceria dan happy









Okay di bawah ni ada sedikit teaser dan link ke entry seterusnya berkaitan Danau Daun Chalet
 
Ok jom tengak mignificient view from inside and outside Danau Daun II dan II dan aktiviti  yang kitorang buat sepanjang 2 hari 1 malam di Danau Daun Chalet . Pasti korang teruja taww!! ok tekan saje ja kat tajuk di bawah ni untuk ke entry seterusnya








3 ulasan:

  1. salam kak..
    cepat la citer.. gtau bajet skali eh
    cantik sangat tempat neh
    fanis tengok kat fb

    BalasPadam
  2. slm sis...aah..cpt lah buat entry tuk bajet tu..excited nih...

    BalasPadam
  3. Salam sis. ..nk tnye berapa hrga bilik untk 1fmly besar ..lbih kurang dlm 10 org ?kt danau daun nie ad rumah x?mcm homestay tu ..

    BalasPadam

Capri by Fraser, Kuala Lumpur

Kebisingan jentera berhampiran dgn pembangunan yg sdg berjln di sekitar Jalan Kerinchi seolah2 hilang bila selangkah kaki masuk ke lobi ...