#alwaystravelicious EAT TRAVEL LOVE

Isnin, 9 September 2013

Berkelah di Pangsun, Hulu Langat


Hujung minggu baru2 ni sempat bersantai dgn kawan2 opis huBee
WalaupOn pada belah petangnya ada jemputan kawin di Ampang
Seboleh2nya, sy akan tunaikan permintaan dari kedua2 belah

Bermula dengan....
Perjalanan yg mengambil masa  selama 45minit dari tol Batu 9 ke Pangsun
Planning asal nak gi berkelah adalah idea dari huBee
Sy pOn mencadangkan ke Sg. Congkak **sibuk nak masuk campur pulak**
Tp, semua mcm nak tempat privacy sikit
Paham2 jer la Sg. Congkat yg sememangnya tempat tumpuan ramai
Jadinya, hala ke Pangsun la jawabnya **ats sikit dari Sg. Congkak**
Kedudukan secara geografinya Sg. Congkak  dan Pangsun ini
berada di Hulu Langat
Terdpt Empangan Syabas di Hulu Langat yg berada di Gunung Nuang
Sempat juga kitorg ke sana walaupOn kawasan larangan yg diwartakan
Bukan saje2 ke empangan tapi atas dasar dah tersesat
Bg yg ingin privacy utk berkelah dan bermandi manda dgn family
Boleh la menuju ke area2 Pangsun kay
Di area Pangsu banyak terdapat resort dan chalet di tepi sungai
Bila kata dah private tu tentulah ada bayaran yg dikenakan
Ada juga tempat mandi manda di tepi2 sepanjang jalan
yg tak berbayar senang atau kata lainnya percuma
Kalo free tu byklah kekurangannya
Korang tak kan dapat bilik persalinan, tandas
dan paling penting adalah privasi


Google | Signboard Impian Rimba Resort tepi jalan besar

Setelah walk-in akhirnya kitorg memilih Impian Rimba Resort
Bayaran masuk yg dikenakan bagi sekepala adalah RM3 saje
Dengan RM3 tu boley la guna kemudahan yg ada
seperti bilik persalinan dan tandas
Kalau nak sewa pangkin pOn boley dgn harga RM30
Google | Cantik kan!~ Boley sewa pangkin ini dgn harga RM30
Google | Nyaman dan tenang
Google

Tapi kitorg bawak khemah dan juga tikar
Tepi sungai boley buat BBQ
Kemudahan utk BBQ pOn turut disediakan
Tempat BBQ simple yg disediakan. Kami tak guna tempat BBQ ini. Kitorg bawak sendiri dari rumah

Air sungai di Pangsun sgt sejuk okay
Semakin korg berada di atas semakin sejuk air sungai tu
Kedudukan pangsun ni atas sikit selepas Sg. Congkak

Seronok bile dapat santai hujung minggu ramai2 mcm ni
Kumpul duit sorg RM5
Sy ditugaskan utk menyediakan makanan utama iaitu nasi lemak
Masak 13 pots beras...Banyakkk
Sambal sekuali penuh...Nak makan ramai2
puashati tgk org makan nasi lemak kita bertambah2
Org lain ada gak bawak nasi putih,lauk2 kampong
bawak ayam utk BBQ
Sakan berkelah ni
Kawan2 opis hubee
Sesi berBBQ
Dengan kawan2
Itik pOn ada
My huBee and myKaki
Saya!~

Impian Rimba Resort selain tempat berkelah
Juga sesuai untuk diadakan tempat teambuilding dan berkursus
Ketenangan di Impian Rimba resort membuatkan korg tak leh lupa
Untuk keterangan lanjut mengenai Impian Rimba Resort
boley la hallo..hallo..admin di sana ya...
Alamat:
Lot 8944, batu 22,Jalan Pangsun
Hulu Langat,43100 Selangir
Tel : 03 41087952
Fax : 03 41054184
Tokei : Hj Ishak 019 2235304
Website : http://www.impianrimba.com/main.htm

Sebelum balik rumah hadiri dulu kenduri kawin kak kawan di Ampang
Tak suka Ampang yg sgt sesak! Mencikkk...
Bila dah sampai terubat sebab dapat makan lauk kenduri yg sedap
Sampai lewat hampir kul 4.00petang
Bila org tak ramai boley la bergambar sakan di pelamin
Pengantin baru jgk ni
feeling2 kejap
Anak kawan! Naufal yg gebusss
Sy dan kawan


4 ulasan:

  1. Pangsun air lagi jernih ..kalau compare songkak or tekala. minggu ni kami baru plan nak berkelah sana. search dalam google keluar link awk. tq 4 info

    BalasPadam
  2. kat lata kemensah pun ok gak dahlia.. tapi nampak beshla pangkin yg siap langsir2 tu... heee

    BalasPadam
  3. nak baju peplum ittuuuuu
    chantekkkk

    BalasPadam