Isnin, 7 Mac 2016

My Dream Carnival | Movie Animation Park Studios , Ipoh Perak


Meh..Aku nak review sikit pasal kota keriangan yang bakal di buka
Di mana??
Hah!! ~
Kat Ipoh Perak, Malaysia jer weihhh
Maju oiiii Perak kita ni
Siapa sangka tahun 2016 ni Perak makin maju
Tu tandanya banyak la pemaju akan melabur
berjuta..juta lemon..hihhihihihihii

Baru2 ni pada 27 Feb 2016 aku gi sebab ada karnival
Ramai kawai2 tanya mcm mana aku tahu tentang karnival ni?
for the first tu aku tahu pon dari instagram, pastu aku pon follow la ig MAPS
Karnival ni diberi nama MY DREAM CARNIVAL
Masa aku gi tu dah tengahari, org tak ramai mana pon
Maybe ramai tak tahu kan...bila aku up dlm fb pon ramai tertanya2
Ada member kat Perak pon tak tahu kewujudan MAPS

Tujuan aku ke My DREAM  CARNIVAL  atas tujuan
Untuk dapatkan tiket Pass Perak
My asben dapat harga RM180 setahun
So brp byk kali masuk dalam setahun tu pon boleh
Kalo golongan kita2 yg biasa2 ni (public ticket) harga tiketnya adalah RM155 per entry ya
Haaaa..kan byk bezanya tu. Begitu istimewa yeah org Perak.
Uolsss sgt berhuntOng..

MAPS ni belum siap lagi
adalah dalam 80% siap
Dijangka Julai ini akan buka pada public
Jangan ketinggalan uolss
Hotel yg berhampiran dgn MAPS ni yg aku nmpk Casuarina je setakat ni
Tp dont worry, kat belah2 area Casuarina Hotel tu ada rumah shop lot
Mesti byk la nnt bajet2 hotel akan buka

Serba sedikit tentang MAPS yg boleh aku kongsikan
MAPS terbahagi kepada 6 zon
Zon yg pertama, ada pintu masuk dan Lake Zone.
Zon yg kedua, ada  Animation Square
Zon yang ketiga, Blast Off Zone
Zon keempat, Fantasy Forest
Zon kelima, ada Libe Action Zone
Zone keenam, merupakan zon terbesar di MAPS, dipanggil Dreamwork Zone

Dalam zon-zon yg tertentu, iaitu 6 zon di MAPS
ada lebih kurang 40 tarikan
termasuk 23 permainan
dan selebihnya adalah tarikan
Banyakkan..menabjubkan sangat!!!

Di MAPS juga ada program untuk pertunjukan dan persembahan di keseluruan zon
Aku tahu...macam di USS
Sapa pernah gi USS mmg dapat bayang  MAPS tu seakan2 USS juga kan

Actually projek pembunaannya bermula sejak 2014 lagi
Cehhh...macam mana la aku tak leh perasan projek ni
Eh..korg pon tak perasan kan...Org Perak pon baru tahu akan kewujudan MAPS ni
..dan dijangka mula beroperasi sepenuhnya sekitar pertengahan 2016
InsyaAllah Julai nanti

MAPS bekerjasama dgn Dreamworks dan juga Animonsta Studio pemilik Boboiboy
Byk teknologi digunakan di MAPS utk memjadikan satu satu tarikan itu
Untuk kepuasan pengunjung yang akan datang nnt
Teknologi yg digunakan, berdasarkan kepada filem animasi yg telah ditayangkan di wayang
Terutamamya sepertu Dreamworks, berkaitan dengan filem animasi seperti
Croods, Casper, Peabody dan Sherman dan juga Megamind

Pengunjung yg datang di MAPS akan dapat merasa seolah-olahberada di dalam
situasi telah ditayangkan di wayang
Kalau korang nak tahu taman tema MAPS ini macam mana,
ia seperti Uiversal Studio di Singapura tu la..
Tapi MAPS lepbih kepada konsep filem animasi
yg lbh dkt dgn hati ibu bapa dan ank2 yg dtg berkunjumg

Bangunan2 yg ada dlm MAPS berlatar belakangkan animasi
dan juga konsep2 yg telah ditayangkan
seperti filem2 yg ditayangkan oleh Dreamwork spt Smurf.
MAPS memberikan satu kelainan daripada  apa yg berada di luar sana
Selain meggunakan teknologi 4D sebagai tarikan
MAPS juga menggunakan 'state of the art Q Smart Mobile queuing system'
tujuan nya adalah bagi memudahkan pengunjung untuk tidak
beratur panjang dan menjimatkan masa

MAPS berkeluasan 52 ekar
terbahagi kepada 2 bahagian
Bahagian pertama, ada entrance building ataupun
pintu masuk utama dan juga tempat letak kereta
Bahagian kedua, ada keseluruhan taman tema
Kemudahan asas yg ada di MAPS, selain daripada permainan dan tarikan
MAPS ada perkhidmtan seperti restoran yg mengikut konsep tema
dan juga kedai2  untuk membeli cenderhati jenama2 tertentu,
berkaitan dgn produk yg akan ada di MAPS nnt.

MAPS adalah gabungan idea anak tempatan dan juga luar negara iaitu
En Ramelle Ramli dan Darren McLean
ternyata membuahkan hasil apabila daripada impian,menjadi kenyataan
Aku pasti MAPS adalah produk yg mmg akan menjdi
tarikan pelancomg dlm dan luar negara
MAPS bukan sahaja memberikan peluang kepada keluarga
utk mengamalami pengalaman yg menyeronokan,
malah mampu membuka peluang pekerjaan kpd ank2 tempatan

Okay serba sedikit gambaran ttg MAPS yg boleh aku kongsi

Korg layan la gambar2 kt bawah ni..
Sekitar My Dream Carnival yg baru2 ni aku gi




























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Capri by Fraser, Kuala Lumpur

Kebisingan jentera berhampiran dgn pembangunan yg sdg berjln di sekitar Jalan Kerinchi seolah2 hilang bila selangkah kaki masuk ke lobi ...