Thursday, January 6, 2011

Dumb Cooking | Asam Pedas Ikan + Terung

Kat rumah ada terung
Nak senang masak asam pedas
jer leh masukkan ikan sekali.
Resepi tak sempat google
Cuma ingat2 jer time bujang dulu
pnh tolong ibu masak asam pedas di dapur

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

  • 4 ekor ikan – siap disiang **ikut suka**
  • 6 biji terung panjang - siap di potong
  • 6 sudu cili boh - dikisar
  • 5 cawan air
  • 2 ulas bawang besar  merah – ditumbuk
  • 6 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 sudu kecil jintan halus - ditumbuk
  • 1 batang serai – diketuk
  • 1 batang bunga kantan - diketuk
  • 2 sudu asam jawa - pes Adabi
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk (bawang dan jintan) sehingga naik bau sedap.
  2. Setelah bahan tumis td naik bau, masukkan cili boh. Masak hingga pecah minyak
  3. Kemudian, masukkan serai dan bunga kantan yg telah diketuk td.
  4. Masukkan air + asam jawa setelah masakan td naik bau wangi serai dan bunga kantan
  5. Masukkan ikan..masak dalam 3-4minit dgn api yg besar
  6. Setelah itu masukkan terung...masak dalam 3-4minit dgn api yg sederhana.
  7. Sedia utk dihidangkan.
................................................................

 Hasilnyer






2 comments:

  1. Akk...mangkuk tu mcm kenei jer?? adekah?? hehehe...kalo btul la kan..

    ReplyDelete