#alwaystravelicious EAT TRAVEL LOVE

Selasa, 4 Januari 2011

Dumb Cooking | Kerabu Sotong Versi Dahlia

 Tekak ni dah terasa nak makan kerabu sotong...
Dah terkecur2 air liur nih..
Nak buat tak da resepi...terus je google
 Memang menjadi..sedap!~
 

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

  • 300 gm sotong – potong cincin
  • 1 ulas bawang besar merah – dihiris nipis
  • 5 urat kacang panjang – dipotong anggaran 1-2 cm
  • 1 biji tomato – dipotong kecil
  • 1 batang serai – dihiris halus
  • 2 biji cili merah – dicincang kasar
  • 5 biji cili api – diketuk dan cincang kasar
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 1 ½ biji limau nipis
  • Segenggam daun ketumbar (tak letak pOn)
  • Gula nira (Kelantan) @ gula Melaka @ gula merah yg telah dicairkan dgn air – secukup rasa (tak letak pOn)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Sotong direbus dahulu hingga masak. Ketepikan.
  2. Bancuh gula, sos ikan dan garam terlebih dahulu. Kemudian masuk semua bahan lain termasuk sotong. Perah limau nipis. Gaul rata dan rasa supaya dapat balance masam, manis dan masin mengikut selera.
  3. Kerabu ini enak dihidang sejuk.
  4. NOTA : Semua sukatan adalah anggaran, boleh adjust ikut citarasa masing-masing. Elok dimasinkan sedikit supaya sesuai rasanya bila dimakan dengan nasi putih. Secret ingredient untuk kerabu ini ialah gulanya, jangan pakai gula putih
................................................................

Hasilnyer

**Kerabu sotong versi Dahlia**


Tiada ulasan:

Catat Ulasan