Isnin, 3 Januari 2011

Tahukah Anda ?? | Kosmetik |

Sekadar ingin share dgn blogger...
Info diperoleh melalui maklumat daripada 
Rancangan Nasi Lemak Kopi 'O 
pd 1 Jan 2011

Bercakap mengenai  
Jangka Hayat Produk Kosmatik
Berapa lamakah anda menyimpan atau menggunakan sesuatu produk kosmetik?
Setahun?6 bulan?3 bulan?
................................................................

Bedak Asas / Foundation

Terdapat dua jenis bedak asas iaitu berasaskan air dan minyak. 
Kedua-dua mampu bertahan sehingga 12-18 bulan 
selepas pertama kali ia dibuka.
Jika terdapat perubahan dari segi warna 
dan mula mengeluarkan bau,
maka tibalah masanya untuk anda
menggantikannya dengan yang baru.
................................................................

Concealer

Ia mampu bertahan sehingga 12 bulan 
tapi ia perlu digantikan jika teksturnya mula padat 
dan menempel apabila disapukan di kawasan bawah mata.
................................................................

 Bedak Debu / Loose Powder
Bedak debu biasanya boleh bertahan sehingga dua tahun. 
Manakala bedak padat pula hanya bertahan lebih kurang setahun
kerana minyak yang terserap pada span akan merosakkan produk tersebut
jika ia tidak dibersihkan dengan kerap.
................................................................

Pembayang Mata / Eyeshadow
Ia boleh bertahan sehingga tiga tahun 
tetapi sekiranya ia mulai merekah,
maka bertukarlah kepada yang baru.
................................................................

Maskara

Biasanya maskara akan bertahan sehingga empat bulan.
Jika menyimpannya terlalu lama ia akan kering dan merekah.
................................................................
Gincu / Lipstick
 Ada pendapat mengatakan bahawa gincu  bibir 
mampu bertahan antara satu hingga dua tahun.
Cara terbaik untuk memastikan sama ada ia selamat 
digunakan adalah melalui baunya.
Jika ia berbau tengik atau berbeza dengan bau asalnya,
janganlah menyimpan dan menggunakannya lagi. 
 ................................................................
Set Penjagaan Muka
Ada pendapat mengatakan bahawa biasanya 
set penjagaan muka mampu bertahan antara 
dua hingga tiga tahun
daripada tarikh pembuatannya.
Jika terdapat perubahan dari segi warna 
dan mula mengeluarkan bau,
maka tibalah masanya untuk anda
menggantikannya dengan yang baru.
 ................................................................
  
Selepas ini sila check set makeup korang..
Jika terdapat ciri-ciri yg dikatakan diatas
sila gantikan dengan yang baru. 
Sayangi kulit muka kita,
kerana ianya begitu berharga..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Capri by Fraser, Kuala Lumpur

Kebisingan jentera berhampiran dgn pembangunan yg sdg berjln di sekitar Jalan Kerinchi seolah2 hilang bila selangkah kaki masuk ke lobi ...