Sabtu, 2 April 2011

MESTI TONTON | Hikayat Merong Mahawangsa



Hikayat Merong Mahawangsa
adalah filem kedua yg saya tonton dlm tahun 2011 selepas Khurafat

Ohhhh man...!~
Mmg giler la....saya hampir2 terlepas
tonton wayang citer terbitan KRU Studio
apa lagi jika bukan
Hikayat Merong Mahawangsa (HMM)
citer yg dibualkan di tv, radio dan mulut2 kawan

Jika sebelum ini KRU Studio pernah
bikin citer filem Magika, 
sudah pasti kami husband + wife harus katam.
Nampak gaya kami sgt berminat terbitan KRU Studio.
Filem KRU Studio coming soon adalah KARAK.

Berbalik kepada HMM,
Filem ini telah mengambil masa lebih dua bulan
bagi sesi penggambaran (bermula pada 9hb Jun 2009).

Lokasi pengambaran adalah...
 dijalankan di beberapa buah negeri di Malaysia 
dan lebih 90% di Terengganu.
Lokasi-lokasi lain termasuk Kuala Lumpur dan Kuantan, Pahang.

Pelakon dalam + luar negeri yg terlibat adalah...
Stephen Rahman Hudges (M'sia/UK), Jing Lu (UK), Gavin Stenhouse (UK), 
Hendrik Norman (Sweden), Dato Rahim Razali (Malaysia), 
Wan Hanafi Su (Malaysia), Ummi Nazeera (Malaysia), 
Khir Rahman (Malaysia), Craig Fong (Australia). 
Pelakon-pelakon tempatan yang lain termasuk 
Nell Ng, Keith Chong, Jehan Miskin, Deborah Henry,
Ravi Sunderlingam, Kuswadinata, Mano Maniam 
dan Faiz Aizuddin Azmi (pemenang Drama Pendek ERA).
Hebat bukan!~

Sinopsis HMM..

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

Info menarik HMM,
  • Filem ini menelan belanja RM8juta yang sekaligus menobatkannya sebagai filem termahal dalam tempoh 5 tahun selepas Puteri Gunung Ledang
  • penjimatan kos dapat dibuat melalui penggunaan teknologi CGI.
  • Hanya prop dan set utama dibina seperti empat (4) buah kapal, perkampungan Melayu pada kurun ke-2, pelabuhan kapal, set gambaran Istana di Rom, China dan juga pelabuhan Goa di India.
  • dilaksanakan dengan kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) melalui dana “e-content”
  • pengedaran filem ini ke peringkat antarabangsa dengan menandatangani MOU dengan salah sebuah studio gergasi iaitu Universal Pictures International Entertainment Ltd..

Rating:
4.99/5.0



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Capri by Fraser, Kuala Lumpur

Kebisingan jentera berhampiran dgn pembangunan yg sdg berjln di sekitar Jalan Kerinchi seolah2 hilang bila selangkah kaki masuk ke lobi ...