Khamis, 1 Ogos 2013

iftar @ Hotel Prescott Inn, Kajang

Di Ramadan ke DuaPuluhSatu

**Hubby belanja buffet ramadan kat hotel**

Bila tiba bulan puasa, ramai pasang impian nak berbuka kat hotel
Betolkan..jgn tipu lah!~
Mula la google harga buffet ramadan sana-sini
Nak2 bila hotel yg menjd impian kita tu buffetnya mahal
Terencat kejap ! Giler ko...sekepala sampai 100 above
Automatik terus reject
Kalo dpt jemputan tu pantang tolak **pasti hadir**

Ramadan ke 21
Tak sangka hubby ajak berbuka puasa kat hotel
Senyap2 di booked
Hahahaha..tercapai gak impian sy
Hubby ajak berbuka buffet ramadan di Prescott Inn,Kajang
Dekat je dgn rumah 15minit dah sampai **Balakong - Kajang**
Otw nak gi pOn tak jammed
Harga pOn kategori mampu lg **38MYR**
Juadah yg disediakan sgt ok dgn harganya
Parking pOn senang
Surau disediakan, surau lelaki kat tingkat 1 dan 2, perempuan level 2
Majlis berbuka puasa di buat kat Grand Ballroom, besar & selesa
Cuma pengcahayaannya sgt la..romantik **tak nampak tulang ikan**
Pengudaraan kurang memuaskan bila tiba chef tu bakar ikan **asap**

Korang boley layan gambar2 kami sekitar sebelum majlis berbuka
Datang la cepat sikit nanti boley snap gambar mcm sy ni
Ni pOn sebahagian je juadah yg sempat snap

Tip Ketika Berbuka Puasa Buffet Ramadan Di Hotel Atau Restaurant

  1. Sila buat survey2 dalam internet baca pendapat dan pengalaman dari blogger2 atau merekayg pernah gi ke hotel tersebut supaya dapat gambaran. Kalo ada gambar lagi bagus. Boley atur percaturan tempat2 yg nak di aim.
  2. Datang awal bagi yg first time datang ke hotel atau tempat tersebut supaya anda dtg tepat pada masanye. LagipOn nak rebut tempat parking yg mungkin terhad.
  3. Jgn makan  nasi dan juga minum air dgn banyak. Kalo boley tak payah la makan nasi langsung. Beras kt rmh korg pon seguni.Nasi putih je pOn. Kalo selain nasi putih, boley la kot jamah sikit.
  4. Ambil lauk yg jarang jumpa atau tinggi nilainya.Lauk2 yg biasa jumpa tu tak payah la ambik...Kalo nak sgt sekadar rasa je.Ambik juadah yg bg korg itu adalah dikategorikan jakun nye bila jumpa.Tak pon nilainye jika dibeli sepinggan 30 above.
  5. Makan slow and steady.Kalo dah kenyang tu, jgn mengalah.Bagi ruang pd perut anda. Rehat dahulu, sbb time berbuka td korg makan agak gelojoh sbb tak sabar kan..silap2 pinggan pon korang makan.hah!yg itu bahaya.
  6. Datang awal ke surau.Dah nama pOn puasakan...Kalo puasa jgn lupa solat maghrib. Sy suka perhati mereka yg sedang asyik berbuka puasa sampai langgar waktu maghribnya.Itu adalah tidak nice bro dan cik kak!;-p Alamatnyeee...mmg tak solat lah kan. Sila punya sifat berebut2 dtg ke surau sepertimana korg berebut2 ketika ambik juadah. Mcm sy...jamah sikit makanan, pastu gi surau.Time tu kt surau pOn x da org. Selesai solat maghrib sambung makan sampai tertonggeng pOn x pe.
Signboard di lobby Hotel Prescott Inn
Promotion Buffet Ramadan 2013. Tahun depan..depan..tak tahu ler berapa harga sekepala?? Mari kita bezakan harga2 akan datang nanti
Soulmate~myHubby
Reserved by myHubby . Actually spell nama pOn salah.Ignore it~
Kemudahan surau terus disediakan.selesa dan wangi tak da bau kepam or what??Di surau wanita, telekong wangi n bersih disedikan juga.
Juadah dessert. Suka tgk..warna-warni di Aidilfitri
Dessert~ Fruits main dgn choc Fountain
Syok main dgn choc. Fountain.Last main dgn choc. fountain time wedding sy
Pudding, Agar2 pelbagai rasa fruity . Nampak simple tp sedap
Sedap! cepat2 la ambik.cepat je habisnya
Kek Lapis Sarawak. Boley tahan rasanya.
Mula2 pandang sebelah mata, tp rasa sikit nak tambah lagi
Buah manis2 n sejuk2
Pelbagai kordial air. Yg saya mengharapkan air jus.
Glasses
Nampak tak kasut ballet sy? **comel tak**
ABC yg menyegarkan
me + Hubby
Dalam cermin. Tak da sape nak tangkap gambar kami. Gini lah tekniknya
Me
Me + Hubby again
Comel je tgk rusa santa ni. Agak tak sesuai sbb tak kena tema dgn Ramadan. Layan la..sbb nampak cantik
Kebab
Kebab on Grill
Ikan bakar simple tp cicah kuah asam mmg sedap. Kenalah rasa dia!
Student UiTM rupanya. Sbb perasan baju yg dak ni pakai
Masa sy gi ni hari Selasa. So menu noodle of the day time tu adalah soup. Hari Isnin Kari.
Ulam-Ulaman
Sauce dressing of Ulam
Pelbagai jeruk
Kerabu mangga
Kerabu chicken ham
Sotong Ball
salad buah
Bubur of the day
Decoration
Turn sy bile lagi..puas tawaf
The other side
Nasi arab
Dory
Meatball
Ketam

Hasilnya

Sape2 yg mencari tempat berbuka puasa di kajang
Inilah tempatnye
HOTEL PRESCOTT INN
Jalan Semenyih, 43000 Kajang , Selsngor

Sebelum dtg better booking dahulu
Tel : 03 8737 555

)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Capri by Fraser, Kuala Lumpur

Kebisingan jentera berhampiran dgn pembangunan yg sdg berjln di sekitar Jalan Kerinchi seolah2 hilang bila selangkah kaki masuk ke lobi ...