Khamis, 30 Mei 2013

Dari KL - Ke Alor Star - Terus ke Langkawi

Last week cuti agak panjang ya
Semperna Hari Wesak
Highway Utara Selatan sudah pasti jammed
Ada jemputan kawin kawan opis kat Alor Star
Gi bertiga dengan kawan opis
mmg plan nak tidor sana utk beberapa malam
Maunye tidak..jauh2 datang tak kan tak explore tempat org

Bertolak dari KL hari Jumaat pagi
Melalui Jalan Duta tembus ke Highway Utara-Selatan
Sgt jammed!~ Nampak signboard Highway LATAR
Terus masuk..Ambik keputusan utk lalu jalan lama
Memang adventure sungguh
Biasa la jalan kampong
Beralun2..terlompat2...dah mcm kuda sarkas! hahahahaha

KL - Alor Setar melalui jalan kampong
10 jam termasuk masa kecederaan ya
makan...solat..isi minyak...tandas..
Selamat sampai di Alor Star kul 7.30 malam
Sgt letih...tp yg pastinya bukan sy yg drive


Check-in kat Hotel T, Alor Star
Hotel bertaraf 2 bintang
berlokasi di dertan rumah2 kedai
Dah siap2 booking @ Booking.com
Harga utk 3D 2N is 210MYR
Jauh lebih murah banding dengan walk-in
masa check-in dah boley terus bayar fullpayment
pastu nanti hotel minta deposit 50MYR

Apabila di bahagikan seorang 70MYR je utk 2 malam
okay tak??

Lepas rehat2 dan membersihkan diri
dalam kul 10 malam keluar round2 bandar alor star
biasa2 jer suasan di waktu malamnya
maybe sy dah biasa dgn KL
bile tgk alor star lite2 aje tak da menda sgt
Perut mulai berdangdut
itu tanda baik utk mencari makan..hihihi
Sebelum tu google dalam blog org
ramai yg suggest makan Nasi Lemak Royale
lokasi di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Star


Sedap gila Nasi Lemak Royale diaaa...
Bile lagi nak repeat ni??
Harga pon lebih murah kalo nak banding tempat lain
Lauk pilihan sy adalah ayam berempah, sotong dan telor masin, bendi
Harga sepinggan baru RM9.50

Pagi hari Sabtu berikutnya
pagi2 kuar ke Pekan Rabu nk beli ole2 utk family n kawan
membeli ikan pekasam favourite HuBee
selain tu rojak Mak Bee, belacan, asam jawa penumbuk

Selesai shopping kat Pekan Rabu terus menuju ke Menara Alor Star
Tiket masuk cuma RM 8 jerk. Murah kan!~
Kat atas tu leh la tinjau Bandar Alor Star
Tiket masuk | 8MYR jer..Murah!
Masing2 nak bergambar
Percuma je kalo nak guna teropong ni. Dulu kena bayar menurut Pak Guard di situ
Luas terbentang Bandar Alor Star
Ole2 yg boley dijadikan kenangan
My favourite collection. Semestinya FM. Wajib beli. Harga pOn murah walaupon jual kat atas
Struktur senibinanya
Lanskap | Ada playground
Ada kios | tp kenape tak bukak??
segar2 tgk ikan2 ni semua.
Menara Alor Star

Its Me...Tata Alor Star

myPren..Bubye Alor Star

Selepas puas berjalan2 kat Menara Alor Star
Berbalik pada fokus utama kita gi Alor Star
Menghadiri majlis kawin kawan opis
Masa tu perut pon dah lapar, jam pon kul 3 petang
Mmg cari nasi lah!~
Tahniah
Selesai je masjlis kawin member opis..
dan selesai berphotoshoot outdoor di Marina Habour

Next destination kami adalah...Pulau Langkawi 
Bertolak dari Marina Habour kul 6.35 petang
Nasib jeti Kuala Kedah tak jauh
Tapi masa tu jalan agak jammed juga
Ngam..ngam..sampai kul 6.55 petang

Yaaaabeeedddaaabeeedddooo....
Kitorg naik feri dari Kuala Kedah - Langkawi, tambang 23MYR
Mahal banding kalo naik di Kuala Perlis, baru 18MYR
Perjalanan pon jauh lebih kurang 1 jam 45 minit
Last feri kul 7.00 malam kitorg naik
Mahunya tak terkejar2..macam lipas kudung oOoooo..
Kitorg gi Langkawi pon rancang last minit **kerja giler**
Gi pon sehelai sepinggang
Dalam feri booking kereta sewa..pastu google hotel
Sampai2 di Langkawi dah malam
Shopping2 di Kompleks Haji Ismail Group (HiG)
Borong baju, borong coklat...semuanya murah2!~
Comel gak baju tdo ni.. : )
Coklat yg tgh famous
Almond gold
Puas dah pusing2 semua hotel budget kat Pekan Kuah
Bila musim cuti sekolah, kena paham2 la hotel budget semua fullhouse
Syukur dapat gak hotel yg rate nye mampu milik lagi area Pekan Kuah
Bermalam di Hotel Bahagia Langkawi
Hotel bertaraf 3 bintang
Berlokasi di deretan rumah2 kedai
Berapa bintang mau bagi pada hotel ni??
Hotel Bahagia bertaraf 3 bintang jer ya..
Antara bilik yg ditawarkan
Laluan ke bilik2. Lif disediakan
Bilik utk 3 org. sgt sesuai utk kitorg yg bertiga ni
Better bawak toiletries sendiri. Lagi puashati
Rain Shower dia mmg klasss...
Washbasin
Tamat sudah percutian kitorg...
Ahad tu gak kitorg balik bertolak ke KL
Terpaksa tempuh jammed di highway utara-selatan
Kecian lagi pada kawan sy yg terpaksa drive tanpa henti
Sampai di rumah dgn selamtnya kul 8.30 malam
Esknya kehidupan seperti biasa, gi kerja-balik kerja
Alhamdulillah...


Selasa, 21 Mei 2013

Seharian berseminar bersama Bryan Gan & AbangAbu @ De Palma Hotel Shah Alam



Baru sekarang rasa nak ambik tahu pasal Seminar yg di anjurkan Richwork
Biasa terbaca kat fb tp langsung tak pernah klik
Richwork ni Dr Azizan nya kalo tak silap sy
Kalo nak keterangan lanjut leh google sendiri
Kesedaran timbul bile sy dah mula tgk my sis sedang bangkit berjaya
Now, my sis n husband dia sedang
berkecimpung dalam bidang hartanah**sangat hebat**

Baru2 ni Seminar Revolusi Fesbuk Power dan Wang Power
Berlangsung di Hotel De Palma Shah Alam
 
Sebahagian daripada mereka yg tak dapat masuk dewan.Sebab terlalu ramai yg nak dengar seminar yg awesome ni. Mereka yg ingin berjaya.

Ya Allah...org punya ramai mcm taik ulat
Biasalah masuk percuma mmg gini
Syabaassss....la kawan2 yg hadir
Kalian semua antara golongan yg mahu berjaya
Kira ok what kan!~
Majority yg hadir leh dikatakan malay
Chiness , Indian...leh kira dengan telunjuk jari
Nasihat sy kalo sape2 nak join pasni, pastikan datang awal
Start pendaftaran jam 8.00 - 8.30 pagi
Sebelum masuk dewan pastikan perut berisi dulu
Seminar ni non-stop,kalo nak kuar gi tandas pon sayang
Setiap ape yg disampaikan semua bermakna
Best tauuu!
Kesian giler tgk peserta yg lain ada yg tak dapat tempat duduk
Terpaksa berdiri...Jangan terkejut kalo ada yg duk bawah bersila
Terpaksa tau...tak kisah la..asalkan dapat dengar ilmu yg disampaikan


Dalam seminar Revolusi Fesbuk Power oleh Bryan Gan
Sangat kagum atas perkongsian kejayaan beliau
Seriuusss!~ Kagum okay.Walaupon bangsa Cina, tp dia nak share
Dia ada bagi 5 tips macam mana nak niaga dlm fb dgn income 4-5 angka
Tak perlu nak tunggu modal yg besar...
Tak perlu nak buka kedai yg besar..
Dlm fb pon boleh
Bukan main syok sendiri hokey
Bila kita dah hadir ke seminar ni
Kita boley dapat bezakan samada
Biz yg diorg buat  dlm fb tu syok sendiri atau berada dilandasan yg betul
Kalo syok sendiri tu...ke akhirnye nanti jd mcm hangat2 tahi ayam
Actually, byk lagi rahsia kejayaan graduan Dr Azizan Osman ni
Kalo kita betol2 serius dlm perniagaan ni ,
korang leh ambik pakej lanjutan daripada seminar tersebut
Mahal..belakang kira...Yg penting semangat korg tu..
Dalam pakej lanjutan tu nanti, meraka akan couching smp berjaya
Yang penting..tanya diri..Kena bertindak!~


Dalam seminar Wang Power pula
Dikendalikan oleh  Abang Abu
Panggilan lain adalah makenik wang
Personality AbangAbu ni pon ada identity tersendiri dia
Kagum dgr citer dia
Dia dahulunya org susah kematian mak-ayah
Tiada sape hirau saudara mara
Lalu bangkit dengan semangat dan azam
Ternyata..bila kita positif hidup akan berubah
Still ingat dengan kata2 dia...
Nikmat Allah itu banyak
Bersabar dan usaha pasti kita akan merasai nikmatNYA
Subhanallah...

Sumber inspirasi saya

Kata2 Dr Azizan yg paling sy tak dapat lupakan:
 Semakin lama kita tunggu, semakin jauh landasan kejayaan
Oleh itu, orang yg pantas bertindak biasanya berjaya mencapai impian mereka

Khamis, 16 Mei 2013

PPSPPA **buat calon interview**


PPSPPA is Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
Waahhhh..panjang gitukan!~ We are gomen servent
PPSPPA yang telah ditubuhkan pada tahun 2008
Di bawah Akta 672 & 673
PPSPPA adalah di bawah Kementerian Perumahan  Kerajaan Tempatan
Lokasi di Wisma UOA Pantai, Jalan Pantai Jaya **depan Menara TM**

Sy adalah staff pengambilan tahun 2008 **1st Batch**
Mula2 menjejakan kaki ke PPSPPA pd 3 Mac 2008
umur saya time tu pun 23 tahun **now 28++**
Masa tu apa pun takda! **seriusly**
Bekerja di bawah bidang Kewangan adalah sgt mencabar
Biarpun hanya dari kumpulan Sokongan saje
Time tu tak tahu nak mulakan kerja sbb PPSPPA baru ditubuhkan
Kami yg 1st batch ni la adalah pemula dan peneraju
Staff semua muda2 tak banyak pengalaman lagi **kini telah berubah**
Our CEO yg banyak memberi tunjuk ajar


Now, today is 2013
PPSPPA semakin maju dan dikenali
bukan pada namanya tetapi dikenali akan pencapaiannya **cemerlang**
Sesungguhnya sy berbangga sbb menjadi warga PPSPPA
sbb dikenali oleh rakan2 di JPA, JPM, MOF dan Kementerian2 lain di ats kecemerlangan organisasi kami, biarpun baru bertapak 5 tahun

Jawatan kosong di PPSPPA adalah pengambilan sendiri **bukan SPA**
Tahniah pada kalian yg dipanggil ke temuduga

Sebelum di panggil temuduga cuba study & fahami dulu apa skop kerja PPSPPA
Pembersihan awam...kitar semula...kawal selia konsesi..dll
Nak masuk kerja di PPSPPA ni bukan senang
Banyak tapisannya sebab our CEO mmg nak org yg berkualiti je
Otak mesti cergas, tangkas, inovatif, kreatif **no lembik2 yah!~**
Bagi jawatan kumpulan Pengurusan & Profesional pulak
Presentation kena power!~ english..english...
Tapi nasib la..macam saya dulu pun interview dlm english
walaupon gred jawatan saya adalah dari kumpulan sokongan je..
Apa pun persiapkan diri awal2 okay!~

Jawatan kosong di PPSPPA **apply online @ E-jawatan**
Pengambilan tahun 2013, Pelbagai jawatan telah dibuka
Mmg ramai gila org apply menurut Bahagian Sumber Manusia
Good luck buat calon semua

Panggilan temuduga pertama
Temuduga ke 2 , susulan dari temuduga pertama .



Isnin, 13 Mei 2013

Selamat Hari Ibu **2013**

Selamat Hari Ibu kepada mereka yg bergelar ibu
Biarpun panggilan mu berbagai2
Namun jasamu tetap di kenang oleh anak2

Tak dapatku bayangkan 
Andai dikau tiada lagi di dunia ni suatu hari nanti...

Anakmu ni terlalu menyayangi..Wahai Ibu....

Rabu, 8 Mei 2013

Wordless Wednesday | Kit-Kat

Akibat cepat terpengaruh
Masa tgk Raja Lawak musim ke 7
terus beli coklat kit-kat
Tak da la sedap sangat kalo nak compare dgn coklat lain
Yer takk??

Selasa, 7 Mei 2013

Bila kita dah faham maksud apa itu mengundi

Assalamualaikum

Akhirnya dapat gak curik masa nak buat entry ni..tu pon rasa termengah2 sebab dari pagi tadi mmg bz yg amat...Yer la Isnin semalam cuti PRU13, tu yg mcm lipas kudung. Partner lak MC,  kene cover dua kerja.Petang2 mcm ni terasa baru dapat bernafas. Fuh!~leeeggaaa...

Haruskah saya buat kronologi di PRU13 yg lepas yeahh..??
Untuk kenangan sebagai pengundi ni ok jer kalo nak citer kan...

Husband-wife bawa haluan masing2 . sy balik kepong, suami balik teluk intan bertolak pas habis kerja kul 5.00petang petang Jumaat 3hb Mei tu.
Bila balik kampung halaman mmg syok sbb dapat makan masakan ibu tercinta pastu dapat main dengan Lilo.**kucing yg comel** Lagi best sbb dapat berkumpul adik beradik. Sy rasa dah macam hari raya.

Bila tiba masa PRU13 pada 5 Mei 2013...ramai2 adik beradik gi mengundi jalan kaki Semangat sgt!~ Diusiaku 28tahun++ buat pertama kalinya mengundi . baru terbuka hati nak manjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Sebab kita dah mengerti dan paham 'segalanya' . Ambil masa sejam untuk selesai mengundi start beratur kul 9.15, selesai 10.15 pagi.

 Pusat mengundi | Sekolah Rendah Jenis (C) Desa Jaya Kepong.
Dun | Bukit Lanjan
Parlimen | Subang
Sokong Parti | BN ? KEadilan? BEBAS? **rahsia..rahsia...kalo tgk muka sy ni sokong mane?**


Semangat mengundi
 Malam pengumuman PRU13...
mmg ada depan tv sejak kul 7.30 malam lagi..
Bergelempangan depan tv
Nervous...mcm tunggu result exam **arrgghh gedik**
Sampai kul 3 pagi pon result tak kuar sepenuhnya
Akhirnya sy tertdo depan tv
Tahu2 esk pagi result dah kuar sepenuhnya

say hai to LILO **kucing yg comel**
Baru la sy tahu, mcm mana perasaan mak-ayah kita
sebelum ni gi mengundi & tunggu result PRU

Capri by Fraser, Kuala Lumpur

Kebisingan jentera berhampiran dgn pembangunan yg sdg berjln di sekitar Jalan Kerinchi seolah2 hilang bila selangkah kaki masuk ke lobi ...