Khamis, 30 Januari 2014

Bercuti di Gold Coast Morib **familyday geng**

Salam buat reader akutopsecret
Dah terlalu lama tak bercerita pasal makan2 dan jalan2 kan??
Baru2 ni kitorg ada bercuti di Gold Coast australia Morib saje
Lokasinya terletak di Banting, Selangor **hujung2 selangor**
Percutian pertama di awal tahun 2014
Percutian bersama geng n family
lebih kurang macam family day gak ler
Segala tempahan hotel telah di buat melalui Booking.com
Senang dan cepat..macam biasa payment di buat semasa check-in


Percutian yg singkat selama 2 hari 1 malam
Bertolak dari rumah di Seri Kembangan melalui jalan lama
Ikut jalan UKM -Teras Jernang - Jenderam Hulu - Sepang- Morib
Jln yang sama kami gunakan semasa vacation di Golden Palm Tree
Sepanjang perjalanan melalui jalan kampung sgt mendamaikan
mengambil masa selama 1 jam setengah
dalam jam 1.30 petang mcm tu dah sampai
Day 1
Check-in 25 Jan
Sampai awal di Gold Coast Morib Resort (GCM)
Nasib baik dapat check in awal, kalo ikut time yg sebenar kul 3ptg
Pada awalnya, kami dapat bilik yg katilnya single
Owhhh...tak leh jadi..tak memenuhi citarasa
kami husband and wife kalo boleh nak feeling2 honeymoon
Tak mau ler tolak2 katil...dah byr mahal2 tak kan tolak katil kan

So, atas kecerewetan yg ada pd diri sbg tetamu
Kami minta tukar bilik yg katilnya queen size **lebih selesa**
Mujurlah receptionist nak melayan kehendak kami

Ini baru betul..byr dgn harga 290MYR akhirnya dpt sebijik masa mula2 tempah
Dah siap henyak dulu masa mula2 masuk bilik. Then baru teringat nak ambik gambar
Ok set 3 in 1 ada.. Fridge juga turut ada. Boleh la bawak snack dan segala bagai fresh milk atau jus
Boleh mengeteh or mengopi
Sinki di bilik air
Antara satu perkara yg membuatkan kami nak bercuti di sini..jakuzi hokey!~ Byk2 hotel 5 bintang yg kami gi tak da pun jakuzi mcm ni..setakat bathtub je
Arah kiblat pon ada. tp sejadah tak ada.
Balcony kami besar sbb bilik kami paling hujung. so, dia L shape ler
Pemandangan bila berdiri di balcony. Punyala byk keter...rmai gile org

Selesai check in kami ke Pantai Morib untuk lunch
GCM ke Pantai Morib tak jauh sangat dlm 3 - 4 km je
Cuaca masa tu agak panas tak dan nak tangkap2 gambar
Rasanye sayang lak tak tangkap gambar..
Saya byk kenangan dengan pantai morib masa zaman kanak2
Kampung kat Banting, tiapkali balik kampOng mesti ke pantai
Tp, Pantai Morib dah berubah...
tercari2 gak kat mana tempat mandi masa zaman kecik2 dulu yeah??

Hari pertama sampai rasa tak sabar nak main air
Dari jam 3.30 sampai la 5.00 petang kitorg main kat theme park
Serroonoknyee....
Sebelum mandi manda, wajiblah tangkap2 gambar
Habis semua gelongsor kami main
Untuk kanak2 pun terjah gak...masa kanak2 dulu tak berpeluang nak main mcm ni

Paling rasa enjoy dok berenang2 kat pool diaaa...
Rasa relax sangat2...berenang keliling theme park

Masa mandi masing2 buat hal sendiri...
Sebab nak puas mandi tak toleh kiri-kanan kawan2 yg lain
Kitorg lak nak enjoy laki-bini menikmati mandi

Seperti yg di rancang
Dalam jam 6.30 petang kami bertolak dari GCM ke Pantai Bagan Lalang
Nak gi makan ikan bakar...
Sehari seblm tu dah call utk tempah meja
Kalo tidak mmg tak da tempat..lagi2 org dah gaji..
Ikan Bakar Bagan Lalang memang penuh walaupun byk kedai pilihan
Perjalanan 20 minit dari GCM ke Bagan Lalang
Kami makan di sini Bayu Malam
Antara hidangan kami
Giler sedap..rasa nak pengsan
Kali ke dua makan kat Bagan Lalang
Sebelum ni makan kat Senandung Malam time vacation di Gold Palm Tree
For infomation Senandung Malam n Bayu Malam adalah biz family **abg-adik**
No wonder la rasa dia tak lari jauh **rasa sama**
Info ini diperolehi masa kawan husband gi interview brother yg jaga ikan tu...
Harga dia pun tak mengecewakan...
keseluruhan RM444 bahagi 5 family **RM88.00 per couple**
Ikan siakap bakar
Udang celop tepung..crispy giler
Pepahat masak halia...sedap sgt!~
Sotong goreng tepong...sedap gile, termimpi2..
Kerang rebus yg simple tp sedap
Ketam goreng kunyit..so-so
Balik dari dinner tu...
rakamkan potrait kenangan ssuuwwettt ni....

Day 2
25 Jan - last day di GCM
Pagi tu breakfast di cafe dia
Tempat ambik makanan punya jauh kebelakang
Meja kitorg kat depan...jenuh nak ambik ulang-alik
Suasan dan dekorasi di cafe GCM
Breakfast dah termasuk dgn harga bilik

Lepas breakfast...
Ramai2 terjun pool
Mandi sampai kecut
Puas dah mandi pool, sambung mandi jakuzi dalam bilik pulak
Ngam2 kul 12 tengahari check out
Then masing balik rumah ....
Seronokkk...happy...
Tempat2 mcm ni kalo nak bercuti better gi ramai2, baru best

Ada beberapa perkara yg membuatkan sy rasa tak best :
  • Rata2 sy baca dlm blog org rmai yg kata bila waktu pagi akan terbau udara kurang yg best. macam bau dari kilang proses ayam or kandang vavi. tp, kitorg tak bau pOn..
  • sebenarnya..comfius gak deco GCM ni berkonsepkan apa?? Bali ker? tapi tak nampak pOn kebaliannya.
  • hotel bertaraf 4 bintang tp dari segi penyelenggaraannya mmg out sangat. 
  • actually, nak kata best sgt GCM ni tak da la best mana pon, biasa2 je...tp org mmg tak putus dtg ke sini. iyer la..mana tak nye, promosi dlm internet tak habis..habiss..
  • tiada lif berasingan yg disediakan khas utk ke theme park. campur je dgn lif guest yg nak ke bilik. mmg basah sentiasa je lif tu. kalo hotel di PD ada gak lif berasingan. kalo boleh kena la buat kan..
  • susah nak cari nombor bilik...blok mana, pintu berapa?? nak kena tanya cleaner baru jumpa...
  • Koridor laluan ke bilik agak gelap walaupon waktu siang. Bila malam agak suram sbb lampu yg ada pon rosak.mcm hotel tak bertaraf 4 bintag pon.
  • time breakfast - tempat ambik makanan dia punya la jauh... adakah ini strategi pihak hotel utk tidak menggalakkan tetamu mengambil makanan terlalu byk dan berulang kali. bila dah jauh tu mesti la korg akan pikir 2-3 kali. pastu dgn ramai org lagi nak beratur...
Ada beberapa perkara yg membuatkan sy rasa best :
  • Okay dgn harga 290MYR yg di bayar termasuk breakfast, tiket themepark utk 2 org dewasa dan bilik 
Okay sesape yg bercadang nak gi Gold Coast Morib
Semoga entry ini dapat membantu anda dalam sedikit sebyk gambaran seblm ke sana

10 ulasan:

  1. sue pun teringin nak gi cni... huhuhu

    BalasPadam
  2. Suwaibah | gi ramai2 baru meriah..sonok dapat main air

    BalasPadam
  3. Raudhah anje | dah boleh tempah bilik dah..anak2 mesti gembira...gi la jalan dekat2 ni

    BalasPadam
  4. Hafizah Halim | ok nnt sy baca entry awk ya

    BalasPadam
  5. rasa nak pegi try booking online bayaran kena guna kad kredit plak kad kredit takdo macam mana yee takleh bayar online banking ke mohon pencerahan, first time checkin otel :)

    BalasPadam
  6. Dunia mama | Macam sy booking melalui Booking.com . Sy pOn guna Debit Card je..masuk kan nombor debit card. Nanti dah kuar pengesahan terus print. Pastu boleh call hotel bgtau ada tak nama kita dalm listing mereka. Nanti time check in boleh terus bayar.

    BalasPadam
  7. Cmne nk booking hotel.. pe name hotel.. tq..

    BalasPadam
  8. Sekarang ni tgh lepak2 atas katil GCM dgn anak bini hehe...ni kali ke 2...boleh la, nak kata best sgt x jugak...tp dpt harga murah...booking online (agoda). Mungkin sbb bukan weekend, sbb tu dpt murah sikit..

    BalasPadam
  9. Sy baru nk pergi utk thn 2015 ni. Harga tiket rm35 sama dgn thn lepas lagi la kot ye..

    BalasPadam

Capri by Fraser, Kuala Lumpur

Kebisingan jentera berhampiran dgn pembangunan yg sdg berjln di sekitar Jalan Kerinchi seolah2 hilang bila selangkah kaki masuk ke lobi ...