Jumaat, 26 Disember 2014

Misteri dan Sejarah Kellie's Castle


**kata ganti nama dalam entry berubah mengikut mood buat masa ni kalo sebelum ni saya, tapi kali ni aku, korg jgn pelikss ya**

Selamat membaca dan berblogwalking!

Kita hampir mengakhiri tahun 2014
Sebelum mengakhiri tahun 2014...aku akan cuba utk bermaraton
cerita jalan2 aku dan asben sepjg thn 2014 yg masih tertunggak
Citer Kellie's Castle
Citer Honeymoon di Philea Resort Ayer Keroh
Citer bersuka ria di USS
aarrgghhhh....byknye...cepat cepat..sebelum memori tu hilang
Ni pon takut ada scent2 yg terlupa

Gile tak sempat nak berblog
Rugi oiiii kalo tak sharedlm blog
Satu lg mmg aku buat koleksi citer jalan2 aku kt ruangan belah kiri
Lagi...setiap detik2 perjalanan tu kan ada kenangannya
Lagipon aku ni jenis spesis yg sgt menghargai setiap kenangan yg aku lalui
Ini tempat wajib ambik gambar kalo dah sampai Kellie's Castle

Citer jalan2 ke Kellie's Castle
Itu hari...tp tak ingat bulan berapa..aku dan asben jalan2 ke Kellie's Castle
Sebenarnya lawatan  ala2 sambil belajar ni mmg dirancang awal
Kebetulan ada kenduri kawin kat Gopeng masa tu
Selesai menterdarah kt kenduri kawin kitorg terus gi ke Kellie's Castle
Mujur la loksinya tidak berapa jauh dari rumah pengantin

Nak masuk ke Kellie's Castle ada bayarannya. Harganya RM4.00 seorg
KS ni dah jd tempat tarikan pelancong dari dalam mahupon luar negara
Masa kitorg sampai tu ada 3 bas pelancong dari Taiwan
Cuaca ketika itu sgt baik,
Melihat di sekeliling KS ni ada keistimewaan dan ceritatera nya yg tersendiri
Yg aku tahu KS ni tempat nye agak scary disamping ada sejarahnya

Penunjuk arah utk ke Istana Kellie
Istana yg tersergam indah
Antara tempat menarik yg menjadi tarikan pelancong di Prak

Runag tamu yg masih dikekealkan sehingga kini
  
Rumah lama seblm Kellie's Castle dibina

The bear hugging a tree...ini salah satu keunikan pokok yg terdapat di Kellie's Castle. Suka tgk chomel
Bagi kaki2 camera DSLR samada yg pro mahupon amatur
Tidak terkecuali kaki bergambar mcm aku yg hanya menggunakan camera dr smartphone
Aku tgk dlm tenet ni ramai gak buat outdoor wedding kat KS ni
Oiittt...kome tak takut ker weihhh...dah le pengantin baru, takut benda follow balik je
Biasa la...ni semua memenuhi kehendak pengantin, cameraman on je per2 jd kome yg tanggung
Mmg tak dpt dinafikan lagi...struktur seni bina bangunannya agak unik
Kalo ambil gambar dari setiap sudut mmg gambar korg rare...
Ditambah lagi dgn edit-mengedit..lagi la WOWwww effect pic korg tu kan

Aku suka potrait ni. Tgk lah seni bina Kellie's Castle . Hasilnye mmg Wowww...ni baru pkai smartphone. Kalo DSLR...lagi la rare
Kalo org tanya aku temtang KS ni apa yg aku tahu...
Mmg tak la tahu 100% keseluruhan citer di KS ni

KS ni tempat peninggalan sejarah ,
Aku ni tak suka sejarah tp ada la dengar2 citer dan baca blog org tth KS
Kalo nak tahu details boleh taip kat wikipedia ya (klik sini)
Serba sedikit tentang KS yg aku tahu
Ok jom serba sedikit dan secara basicnya aku nk citer
KS ni sebuah istana yg penuh misteri
Lokasinya di Batu Gajah , Perak
Tuan tanah dan pemilik istana KS adalah milik William Kellie Smith
Pembinaan KS adalah ibarat kisah pembinaan Taj Mahal
KS dibina atas dasar rasa cinta sang suami kpd isterinya
Kannn...sama kan dgn sebab dan asbab Taj Mahal tu dibina
Pembinaan KS sgt bernilai..strukturnya yg cantik dan unik
Yg aku tahu batu marmar import dari India, jubin import dr Itali
Kayu kayan yg digunakan dr yg berkualiti iaitu kayu cengal
campuran simen di adun dgn putih telur itik...ulang sekali lagi TELUR ITIK **brp byk itik nk bertelor**
selain tu campuran simen yg dicampurkan juga dgn gula merah dan madu **mcm bahan nk buat kek**
Lagi keunikan pembinaan KS adalah langsung tidak menggunakan sebarang paku dan besi
KS juga bangunan yg pertama yg mempunyai lif di Malaya pd masa itu
Pembinaan KS sgt lengkap dgn ruang bilik yg luas, tangga kecemasan, ruang udara,
koridor, bilik simpanan arak, terowong bawah tanah
Seni bina yg memukau
 
Ini kat bahagian runag lapag yg teletaktingkat 2.Nampak tak ada org kat ats roof top tu..tu la tingkat paling ats

No sure kawasan lapang ats roof ni digunakan utk apa pd masa dulu. Bila berdiri ats roof ni nampak kelapa sawit menghijau di sekeliling Kellie's Castle

Cuaca masa ni agak panas tapi nyaman

memang nyaman sekali...bukti cuba tgk bendera Malaysia berkibar

Aku yg patriotik kah..?

Bagi yg berminat utk merasai misteri KS borg boleh join Aktiviti Paranormal
Aktiviti Paranormal di KS didatagkan dgn pelbagai pakej
Untuk keterangan lanjut korg boleh hubungi terus di pejabat pengurusan
Kalo korg melawat KS ni,  setiap bilik dan koridor ada citer misterinya
Korg boleh baca penerangan kat board yg dipamerkan
Nak tak nak je baca...
Aku mmg tak baca habis pon sbb meremang bulu roma
Bila baca tu mcm ada benda yg memerhati kita
Bergambar dalam versi kembar siam

Bergambar lagi...kat belakang tu ada jual cenderamata. Beli la jugak utk kenangan. Tp hamya sekadar fridge magnet je
Bergambar buat sekian kalinya...suka suasanan, dekorasi cafe nye pun mencuri pandangan aku


Okay tu je la pengalaman aku ke KS
lawatan sambil belajar ala2 Kelab Sejarah kann...
At least aku dah sampai ke Kellie's Castle yg penuh dengan keunikan, sejarah dan misterinya yg tersendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Capri by Fraser, Kuala Lumpur

Kebisingan jentera berhampiran dgn pembangunan yg sdg berjln di sekitar Jalan Kerinchi seolah2 hilang bila selangkah kaki masuk ke lobi ...