Selasa, 18 November 2014

Part 2: Teambuilding di Eagle Ranch Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan

Part 1 : Hotel review | Eagle Ranch Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan


Salam
Ini cerita basi sy yg nak di share kan...Dah sebulan lepas kot
Mungkin ia amat berguna bagi yg sedang mencari2 info pasal teambuilding
Korang kena pergi kah??? hahahahaha....sila tepuk tangan

Bila dah masuk alam pekerjaan
Jangan harap korg selamat daripada jalani aktiviti extreme yg mencabar giler
Bermakna korg tak kan terlepas dari pergi berteambuilding
Tak kisah la korg kerja gomen ker...private ker...
Nak tahu knp teambuilding harus diadakan di sesebuah organisasi?
Sila tekan sini utk pembacaan 

Okay..di sini sy nak share pengalaman sy berteambuilding di Eagle Ranch Resort,PD
selama 3 hari 2 malam sudah cukup dan memadai
Penat dapat...happy pOn dapat
pada mulanye, rasa mcm tak suka je..nak gi teambuilding
Tapi bila dah da kat sana dan bersama kwn2 opis mood bertukar happy
Tak tahu la sape yg lukis karikatu ni..Maybe Consultan.Tahu2 masuk dewan dah da

Okay ini serba sedikit tentang teambuilding kami
Organisasi : Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam
Short form: PPSPPA atau SWCorp
Bertempat di : Eagle Ranch Resort , Port Disckson, Negeri Sembilan
Pada : 1 Okt -3 Okt 2014
Jumlah  : 50 orang peserta
Consultan : Success Touch

Program Team Building Siri 7/2014 PPSPPA Dirasmikan oleh Datuk KPE

Day 1 | 1 Okt 2014 (Rabu)

Sila ambil satu dan tulis nama glamour anda!
Ni nama2 glamour kitorg...Glamour la sangatttt!~
Kasi tayang sikit
Bagi can kanwan lak yg tayang
Check in dalam kul 11 pagi...
lepak2 dalam bilik sementara tgg jam 2.30ptg
2.30 - 3.00 ptg  pendaftaran..
bersiap sedia utk ambil tempat dalam dewan
Dalam jam 3.00 petang ada ice breaking sampai ke petang
Ini Datuk KPE kitorg...Datuk Ab Rahim B. Md. Noor sedang bagi penerangan sikit pasal CSR yg akan diadakan pada petang tu
Wajib bergambar walaupOn aktiviti CSR sedang berjalan

CSR yg diadakan adalah kutip sampah di sekitar Pantai PD

Petang2 kit ada CSR kena gi ke pantai Port Dickson 
Aktiviti membersihkan kawasan pantai.iaitu kutip sampah beramai2

Pada sebelah malam nye..
Perasmian oleh Datuk CEO 
Habis perasmian aktiviti seterusnya spt dlm jadual
Kena kawad kat tengah padang
Kawad dalam 1 jam mcm tu la...
Yg ajar kami kawad pOn askar....Garang siot!
Habis kawad kami ada game perang2

Aktiviti War Flag kalo tak silap la nama game ni
Dibahagikan kpd 2 group (Group 1 dan Group 2)
Pusingan Pertama 
Group 1 jadi Pihak Pertahanan , Group 2 jd Pihak Lawan
Dimana aktiviti ni pihak lawan akan menawan kubu pihak pertahanan
Pihak lawan akan memadamkan 5 lilin tersebut
Pihak pertahanan hanya dibekalkan lampu suluh 
sbg senjata utk mematikan pergerakan pihak lawan.
Pihak lawan diberikan masa selama 20 minit utk mematikan lilin pihak pertahanan
dalam permainan ini segala strategi harus diatur

Selfie malam2 jam 1 pagi sedang muka dicelorengkan. mmg Rare!
Ini group kitorg , entah mana dak2 laki. Group yg hebat2 ni

dan seterusnya....
Pusingan Kedua , Group 2 jadi Pihak Pertahanan , Group 1 jd Pihak Lawan

Kedua2 pusingan group sy MENANG!~
memang seronok tak kata apalah... 

Dalam jam 1 pagi permainan tamat
Malam tu tidor dalam kul 2 pagi gak la lepas mandi dan solat
Penat giler weihhh.... 
Esk pagi kul 6.00pagi dah kena ada kat padang
Tidor lena malam tu sbb kepenatan ZZZzzzzZZzzzz...

**Menunggu hari esk nye**.

Day 2 | 2 Okt 2014 (Khamis)

Lepas subuh..dengan tak sempat mandinya
seawal pagi dalam kul 6.00 pagi dah kena ada kat padang
Aktiviti senaman plus aktiviti berkumpulan
Kul 7.30 pagi baru sarapan dalam peluh2 & busuk2 tu
Masuk dewan semula dlm jam 9.00pagi
Sempat la nak mandi dan tukar baju baru yg lebih wangi

Geng makan yg penuh meriah
Aktiviti di hari kedua...
Buat dalam dewan je..Masih aktiviti dlm kumpulan lagi
Aktiviti tarian Waka Waka
Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan tarian Waka Waka
mengikut kretiviti tersendiri sehingga membuatkan kumpulan lain tercabar dan tergugat

Aktiviti seterusnya..adalah Sea Rafting
Memandangkan Eagle Ranch Resort berhampiran dgn pantai..
Kesemua peserta dikehendaki utk berjalan kaki saje menuju ke pantai
Jarak lebih kurang 500 meter mcm tu melalui denai tanah merah turun naik bukit

Sebelum aktiviti bermula
Peserta dikehendaki utk membuat rakit secara berkumpulan
Peserta dibekalkan buluh panjang dan pendek, tali utk ikat dan tong
Jgn risau..korg akan diajar oleh jurulatih di situ

OTW ke pantai..kena lalu denai tanah merah, turun naik bukit. Jalan beramai2 tak terasa sgt penatnya

Inilah ikatan utk membuat rakit
Ini jurulatih yg akan ajar mcm mana ikat rakit dgn kemas dan betul. Belajar betul2 supaya bila buat nanti tak kan ada kesilapan.
Buluh dan tali yg dibekalkan

Wajib bergambar. Time ni 50% rakit dah siap. Tinggal psang tong je..

Proses ikat rakit dgn betul dan kemas. Ikat ketat2 ya bang

Geng2 group saya ni..Hebat2 semuanye

Selepas rakit disiapkan..
ARAHAN...!Bertindak mengikut arahan juga
Kesemua kumpulan harus menukar rakit dari kumpulan lain
Masa ni agak terkejut juga bila jurulatih bgtau mcm tu
Contoh Kumpulan 1 punya rakit bagi pada kumpulan 2
Kumpulan 2 punya rakit bagi kumpulan 3
dan seterusnya......Kumpulan sy dapat rakit Kumpulan 1
**menyirap masa ni**

Dalam akiviti Sea Rafting ni
Peserta di lepaskan di laut mengikut sempadan yg ditetapkan
Peserta dikehendaki mengambil bendera kumpulan masing2
Kemudian, rakit perlu mematah balik ke pesisiran pantai
dalam aktiviti Sea Rafting ni, Kumpulan 5 iaitu kumpulan sy dapat No. 1
Giler happy tak terkata..
Tip nya adalah
kerjasama dalam pasukan dan dengar betul2 arahan dari ketua

Peserta dilepaskan
Semakin menghampiri garisan penamat
Happy giler dapat No.1


 Hari kedua...selepas makan tengahari  dan solat Zohor
Aktiviti sebelah petangnya..Formula 1,Tenis & Ring ,
Ini geng makan dari HQ.
Time ni game Formula 1. Gambar ni je sempat ambik.Gambar time main tak sempat snap sbb kalut. Masing2 nak menang. Masa ni kumpulan sy dapat No.3. Kecundang

Dalam game Formula One ni ia bertujuan dan mengajar kita
untuk mengenalpasti sesebuah tindakan yg dilakukan
menjurus kepada kecekapan disamping kualiti yg dihasilkan
Jangan buat kerja cepat tapi tak berkualiti
Kalau apply situasi ini dalam kerja  kita seharian di opis
Kita tak boleh buat kerja cepat dan membabi buta, then byk error
sebaliknya....
Kita kena buat kerja cepat dan berkualiti, meminimumkan kesilapan dlm tugas
Lebih kurang mcm tu la tujuan game ni diadakan berdasarkan penerangan  sy spt di ats
Paham tak? Kalo tak paham sudah...Kalo paham anda sgt hebat org nya

Seterusnya...Game Web Spider
Game ni giler la..betol2 buat sy cuak
Setiap kumpulan dibekalkan dgn sebiji bola tenis, ring file , 12 benang bulu
Setiap peserta dikehendaki mengikatkan benang tersebut di ring file
Kemudian, benang yg diikat td dibiarkan dlm keadaan tegang
Ketua akan meletakan bola tenis td di atas ring file
Bila keadaan dah stabil
Web Spider td hendaklah di bawa sambil berjln dgn berhati2 secara berkumpulan
Dan terus menuju ke Astaka yg terletak di padang
Andaikata, dlm otw tu bola tenis td jatuh...group tu perlu start dari garisan awal
Syukurlah..group kami buat dgn slow but steady **takmo gelojoh nak menang**
Akhirnya sampai di Astaka kawasan padang
Web spider dgn benang yg tegang dan bola tenis di atas ring file
Berhati2 bawak bola tenis
Semua sepakat...sy tetap cuak
Bila dah sampai di Astaka
Tak bermakna game habis disitu saje...
Belum lagi....
Semua kumpulan di kehendaki meletakan bola tenis masing2 di atas batang paip
Time ni segala strategi harus diatur
Supaya tiada bola atau batang paip yg jatuh
Andai kata batang paip 4 penjuru tu jatuh kesemua kumpulan akan
memulakan game ini dari awal....Giler tak giler...
nak menjinjing bola tenis dalam Web Spider yg seram tu plus dgn cuaca panas
memang tak laarrr....!

Dalam situasi tersebut
Semua group harus bekerjasama antara satu sama lain
Menang atau kalah belakang kira
Yang penting adalah BERSATU di bawah satu payung
Iaitu matlamat yang sama. Kan....Paham kan knp game ni diadakan
Berselirat oiiii web spider group 1 dgn group 2
Atur stategi dan ikut arahan ketua kumpulan
Nampaknye group 1 dan group 2 dah berjaya letak bola tenis pd batang paip dgn seimbang
Akhirnye..gile hebat organisasi PPSPPA consultan ni bagi tahu...dapat buat dengan cemerlang weihh...tak jatuh pOn batang paip tu.

Muka bangga saya!~

Aktiviti seterusnya.... Rope Activity
Cantik kan...Rope Course. Menurut pihak ERR yg bagi tahu, Rope Course di sini adalah antara yg paling mencabar di Malaysia.
Rope Course di ERR tercatat dalam Malaysia Book og Record
Beginilah aktiviti rope
Wajib selfie dgn kawan2ku


Tamat aktiviti di hari ke 2 berteambuilding....Penat gile weihh...
Apa lagi..aktiviti bebas la utk kami..
Kalo korg datang ERR jgn lupa berjakuzi ya..
Dah penat2 dan berpeluh bagai...time to enjoy
Jakuzi time...
Giler tak seronok..?? Seronok sanggatatt!! Heaven enjoy dgn geng2
Sakan!
Enjoy!
Lupa masalah serabut kat opis
Lupa diri jap!

Malam tu ada aktiviti ninja warior
Aktiviti dalam dewan saje
Tak dapat nak tangkap gambar 
Sbb suasana gelap
Tak dapat nak gambarkan betapa bestnye aktiviti pada malam tu
Asyik gelak je...
Suasana semasa aktiviti Ninja Warior ni
Peserta di kehendaki duduk ikut kumpulan masing2
Sifu (jurulatih) berpakaian seperti ninja
Apabila sifu minta salah seorg setiap kumpulan menghantar wakil utk bertanding
Peserta dikehendaki lawan antara sesama sendiri
Bukan lawan guna pedang atau senjata lain
Dalam game ni setiap peserta kena lawan daya ketahanan dan kekuatan spt yg diarahkan

Contohnye..lawan bunyi ular..sape paling lama bunyi ular yg lama dikira sbg pemenang
Contoh lain...lawan berdiri di ats satu kaki, sape dpt bertahan lama, dikira sbg pemenang
Sape menang dapat BINTANG 
Okay korg paham tak sy explain? Kalo paham bagus..kalo tak paham lupakan saje..

Day 3 | 3 Okt 2014 (Jumaat)

Kalau ikut jadual ada aktiviti senam pagi
Memandangkan jurulatih baik, dia tgk kitorg semua kepenatan so pagi tu xda pOn senam pagi
Aktiviti setersnya bermula jam 8.30 pagi selepas breakfast
Aktiviti setersnya...Aktiviti AKU BUKAN DALANG
Agak lupa la dgn aktiviti ni.
So, tak dapat nak explain mcm mana aktiviti ni dijalankan
Adakah ini alasan sy sbb malas nak explain?? Lebih kurang mcm tu la...hahahahha...
Ala..kalo semua aktiviti sy bgtau..nnt tak surprise pulak buat korg yg tgh ready nak berteambuilding ni kan...

Aktiviti tamat...
Seterusnya Penyampian Sijil dan juga Pengumuman Juara Keseluruhan
Group kami dapat tempat ke-2
Hebat la jugakkk. Pastu makan hamper beramai2

Sebelum balik nak meninggalkan ERR
kami satu geng berjalan2...sekitar ERR
Banyak lagi tempat yg tak sempat nak jalan2
Horse Riding cantik sgt tempat ni
Sempat bergambar dgn kuda di sini. Jinak..tak takot org. Kitorg je yg takot kuda.hahahha
Wajib selfie dgn kawan2
Selfie lagi
Cantik tempat ni..Ada Bar
Mural yg menarik
Bergambar lagi..
possing lagi...
last...dan lagi..Happy..tatatata

Setakat itu saje..
Hope sape yg sedang menggoggle pasal teambuilding
harap dpt membantu korg membuat persediaan dari segi mental dan fizikal
Sebenarnya teambuilding tersangat la enjoy...lagi2 kalo dpt gi dgn geng


Tamattttt......

5 ulasan:

  1. ida aim je nak stay hotel nii. sabar sabarrr .. rate die cmne ehh? ade usha hari tu tak ?

    BalasPadam
  2. Part rakit tu yang cuak sket.. salah ikat kalau tak kuat mau bersepai di tengah2 laut hahahhaa :D

    by the way well done..!!!!

    BalasPadam
  3. bestnyaaaa! hebat2 belaka!

    Jemput singgah BLOG saya. Ada tips dan perkongsian tentang bisnes dari rumah :)

    BalasPadam
  4. Wahhh.. cantiknya tempat ni.. saya pernah jugak join team building, tapi di Port Dickson :) memang pengalaman yang tak dapat dilupakan.. jemput baca entry saya..

    http://miaqaisarah.com/2015/04/21/team-building-supermom-di-port-dickson-day-2-of-2/

    BalasPadam
  5. Eagle ni memang best. Byk aktiviti yg boleh dibuat bila team building kat sini. Perancangan awal penting 😄

    BalasPadam

Capri by Fraser, Kuala Lumpur

Kebisingan jentera berhampiran dgn pembangunan yg sdg berjln di sekitar Jalan Kerinchi seolah2 hilang bila selangkah kaki masuk ke lobi ...