Khamis, 31 Disember 2015

Bercuti di Cameron Highland & BBQ night yg ohSem moShem

Percutian ke Cameron Highland 2015
Kali pertama join family day opis asben
So far so good dpt berkenalan dgn diorg
Percutian 2 hari 1 malam aje
Masa yg digunakan agak semaksimum
Dah cukup memadai..

Penginapan di Autheruim Apartment Tanah Rata
Menginap di homestay beramai2 sesuatu pengalaman baru buat aku
Harga utk 1 malam kat sini dalam RM250
Nak cakap perkara best kat sini adalah
Di Autherium Apartment ini, disediakan tempat utk berBBQ
Bannnyyaakkkk dan selesa
So, malam2 korg leh la berpesta BBQ
Tu yg syok gi ramai2 tempat mcm ni

BBQ kitorg tak usah cakap la...
Banyak giler...mmg buat sampai breakfast kesudahnya
makan sampai tersandar..
Pastu tak larat nak naik tangga
Agak ketar lutut gak la bila masing2 kekenyangan
Menapak naik anak tangga ke apartment

Citer perkara yg tak berapa nak best pd aku
Sedang asyik berBBQ tak ingat dunia ketika itu
Aku cuba ditakut2kan oleh kawan2 asben
Asben & kawan2 dah tahu sejak siang
Ada kubur kat sebelah kawasan BBQ tu
Yang memisahkan tempat BBQ dgn kubur tu
Pagar jaring2 dan kebun sayur
Teruk tak aku ni? Aku mmg fobia pd kubur
Macam2 aku imaginasi...mungkin sering dimomok2kan

Actually korg boleh pilih port BBQ ni
Ada 2 kawasan BBQ kalo tak silap
Kawasan yg lagi 1 tu mmg jauh dari pandangan kubur
Yg tu dikelilingi dgn block2 apartment
Yang tu aku rasa lagi best
So, korg leh buat pilihan kawasan BBQ tu

Ok pada sapa yg inginkan kelainan percutian di Cameron Highland
Boleh la try port sini pulak...
Korg bayangkan la..cuaca malam yg sejuk
then boleh layan bakar2 ayam..seafood bagai...jagung fresh cameron
Memang heaven.. enjoy habis
 
 Keesokan harinya..
Aktiviti mendaki dgn gigihnye ke ladang teh
Buat pengetahuan ladang Teh yg famous kat Cameron ada 3 ya
Baru aku tahu!
Pertama yg tepi jalan tu..Bharat Tea, pastu Ladang Teh Sg Palas,
Yang ke3 ni la aku gi...Boh Tea Platation, Habu
Maknanye aku dah gi dan merasa suasana ketiga2 ladang teh
Pd aku Boh Tea Plantation Habu ni agak tinggi weihh
Curah giler.. Mmg tak lepas peluang itu
Gagahkan jua kaki yg tembam ni utk naik sampai puncak
Apa ko dapat??
Penat la oiii... 
Oh tidakk...benda yg ko dapat paling berharga adalah pengalaman
daripada pengalaman ko dapat kenangan yg begitu berharga
melihat cipta Allah..masyaAllah....cantiknye pemandangan kat Boh Tea Platation, Habu

Then, gi ke Ladang Teh Sg Palas yg ramai org mcm nak mammss...Eerrkkk..
Semua nak feeling Ombak Rindu kan..
Ini kali ke2 la aku ke Ladang Teh Sg Palas yg menjadi kegilaan org bila dtg Cameron

Seterusnya...
Entah kedai strawberry cina mana tah kitorg behenti
Behenti membeli strawberry, jagung, sayur2 bagai
Kedai kawan boss asben..So, dapat la harga murah
Huntungkann,.....

Ok tu je la nak share
Kalo nak bertanya sila tanya di ruangan komen





 

 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Capri by Fraser, Kuala Lumpur

Kebisingan jentera berhampiran dgn pembangunan yg sdg berjln di sekitar Jalan Kerinchi seolah2 hilang bila selangkah kaki masuk ke lobi ...