#alwaystravelicious EAT TRAVEL LOVE

Isnin, 23 September 2013

Jalan-jalan Perak | Menara Condong Teluk Intan

Cuti2 Hari Malaysia yg lalu
 Saya akan ceritakan step-by-step destinasi yg kitorg kunjungi dan tujuan kami bercuti sepanjang cuti Hari Malaysia baru2 ni

Seperti yang dirancang
Rancangan awal adalah untuk attend wedding
kawan huBee di Ipoh,Perak
Seminggu sebelum nak gi baru terperasan pd kad kawin
Kendurinya 15hb. September hari Ahad
16hb. September tu lak cuti Hari Malaysia
Setelah discuss husband and wife
akhirnya, kitorg buat keputusan nak cuti2 Malaysia
Tugas sy adalah book hotel menerusi Booking.com
senang dan mudah dan jimat masa
Selesai tempehan hotel di buat
Sy call hotel berkenaan utk double comfirm
Semak nama sy dan tarikh tersebut 
samada telah masuk dlm list mereka atau tidak **penting**
Then, request la per2 yg patut
Mcm sy, request utk katil 1 large double (queen size)
Kalo tak request maybe diorg akan bagi ikut suka
Kalo tdo hotel ber-2 husband-wife  lebih elok dpt katil queen size kan? hihihik
Selesai semuanya!

14hb September - Sabtu
Memulakan p'jlnan dgn mengisi minyak RON 95 Shell di Taming Jaya sebyk RM50
Malam pertama bermalam di rumah mertua di Teluk Intan 
Dari rumah di Seri Kembangan ke Teluk Intan sejauh 186km

Melalui Jalan Duta - Latar - Jalan lama Sabak Bernam
Lalu jalan lama sangat menenagkan hati
Kereta tak banyak..pastu tak terasa nak berlumba2 sgtdgn kereta lain
Kanan-kiri sepjg p'jlnan leh tgk kampung2,ladang sawit,swh padi
Kalau lapar boley berhenti byk kedai makan yg sedap2 di sepjg jalan
Kuala Selangor-Tanjung Karang-Pasir Penambang-Sabak Bernam
Perjalanan mengambil masa selama 3 jam tanpa henti
Sampai di Teluk Intan jam 1 petang
Ngam2 sampai perut pOn dah lapar

Perut kitorg mmg automatik kul 1 je mintak makan
Makan tengahari di Medan Selera Menara Condong
Atau lebih dikenali sebagai Bumbung Biru
Lokasi berhadapan dgn Menara Condong Teluk Intan
Hubee kata, makanan yg di jual di Bumbung Biru ni murah + sedap2
Belanja makan untuk tenghari kitorg hanya RM10.50
Mee goreng.....$3.50
Kew Teow goreng....$3.50
Air Laici Kang....$2.50
Air Limau suam....$1.00
      **masih tak sangka zaman skrg ada lg harga mee & kew teow 3.50**

Perut pon dah kenyang...badan pOn dah letih
Sebelum balik ke rumah mertua singgah dulu Menara Condong Teluk Intan
Menara Condong adalah mercu tanda kemegahan Teluk Intan
Sapa yg datang jgn lupa tangkap gambar kay

Apa yang huBee citer sikit2 pasal Menera Condong Teluk Intan ni..
Kecondongannya mirip menara pisa yg berada di Itali
Reka bentuknya berkonsepkan seperti pagoda
Pd masa kini, ia merupakan menara jam
setiap sejam ia akan berbunyi
Dahulunya ia adalah rumah pam air
Ketinggian hanya 3 tingkat bangunan dan
mempunyai 110 anak tangga
Secara tak langsung tahu la serba sedikit pasal
menara condong teluk intan ni ketika
berjalan2 berpimpin tangan

Nak masuk Menara Condong Teluk Intan ni percuma je
Cuma tulis nama di guessbook yg disediakan
Kitorg naik sampai tingkat 1 je
Pastu mcm malas nak naik sampai atas
Bergambar2 sikit buat kenangan kami
Hubee yg ank jati Teluk Intan baru pertama kali naik
Kiranya, dia nak tunggu sy gak baru nak naik sama2 kan..



Pada belah malam....round2 pekan Teluk Intan
Pekan Teluk Intan tak sibuk mane pon...
Meriah dgn lampu2 i-city nyer...
Meriah di downtown nye... 
Meriah dgn lampu di menara condong boley tukar2 color
Sape tak seronok tgk lampu lip-lap2 boley tukar colour
Dah puas bergambar2
Masa utk cari makan di sekitar pekan Teluk Intan
Sape2 yg datang Teluk Intan wajib cari makan kat bumbung biru
Bumbung biru yg sama maksudkan tu Medan Selera Menara Condong
Paling sedap kat sini dia punya popiah basah dan satay

Menurut hubee satay dan popiah kat sini adalah resepi asli
Malam tu hubee makan, rasa dia tak lari pOn, sama mcm kecik2 dulu
Belanja makan malam kat bumbung biru....$15 saje
Popiah basah....$3.50
Satay (10cucuk) ........$6
Nasi ayam.....$3.50
Air asam boi dan cincau....$2
Selepas makan kitorg jalan2 kat downtown Teluk Intan pulak
Barang2 yg di jual sama je mcm kat KL
Biasa la....baju, tudung, seluar jeans, permainan kanak2 dll
Pastu beli makanan ringan utk tapaw makan balik rumah
Mana tahu malam2 nanti lapar
Belanja makan utk tapaw......$8.40
Burger daging....$2.30
Oblong....$3.60
Spring Potato...$2.50
 
Perkara yg jarang kita buat apabila kita buat
kita akan rasa happy plus best **teluk intan yg sonok**
Pasni tiapkali balik rumah mertua boley la makan kt bumbung biru
Dah 3 tahun kawin, ini la kali pertama saya rasa nak jalan2 T.Intan
Semuanya hanya di Teluk Intan
Semoga berjumpa lagi

2 ulasan:

  1. Cantikkan kalu time mlm.. berlampu2 menara condong..huhu

    BalasPadam
  2. Wow... good review utk sape2 yang belom penah sampai teluk intan. hehehe. Keep it up!!

    *Jom singgah blog kami.
    http://vitaminformeandyou.blogspot.com/2013/12/cash-on-delivery-cod-produk-shaklee-di.html

    BalasPadam