Rabu, 4 September 2013

Part 1 | Percutian di Pulau Redang

Link ke Part seterusnye:
Part 2 : Percutian Ke Pulau Redang (klik sini)
Part 3: Percutian ke Pulau Redang (klik sini)


**Entry tertunggak setelah 11 hari dari tarikh balik bercuti**

Kitorang baru je balik dari bercuti di Pulau Redang...
Entry percutian ke Redang ini saya akan
ceritakan secara journal sahaja tp padat ya. 
Lagi mudah utk di baca dan tidak meleret.   
Percutian selama 3 hari 2 malam di Redang Lagoon
dgn menaiki Air Asia tiket promo pergi-balik.
Percutian secara group yg terdiri daripada
mak orang-dhenu , isteri2 org  - sy + zah dan 2 org masih single – finas + priya
Okay jom berkenalan dgn kitorg dulu
ok ni tuan empunya blog **saya lah**
Ni zah
ni Dhenu
Ni Finas
dan..ni kawan kpd Dhenu..nama dia Priya
Segala perancangan  dan pembahagian tugasan telah di buat awl.
Dhenu- logistic dan checklist, saya – cari pakej percutian ,  zah  - urus tiket flight,  Finas – urus transport dan check-in flight.
Jadi, dengan cara macam ni perancangan percutian kitorg boleh berjalan dengan lancar. Kalo ada terkurang tu normal la kan
Sebelum gi bercuti ada juga tanya dpt nasihat dari Sue kawan yg dah biasa gi Redang sebelum ini.

Bajet dalam tangan  RM600

  • Tiket Flight Promo Pergi - Balik = RM167
  • Pakej Redang Lagoon = RM280
  • Tambang bas dari KL Sentral - LCCT = RM10
  • Tambang bas dari LCCT -  KL Sentral = RM8
  • Day 1 : Breakfast di McD KL Sentral = RM7
  • Air mineral 500ml di LCCT = RM1.80
  • Maggie Cup = RM3
  • Day 1 : Makan tengahari di Pasar Payang = RM7
  • Sewa mask + life jacket utk snorkeling = RM20
  • Souvenior FM beli di Redang = RM13.80
  • Ole2 buah tangan beli di Pasar Payang = RM37.50
  • Tambang shuttle dari Jeti Shahbandar - Airport KT = RM10
  • Day 3 : Minum2 di airport seblm naik flight = RM3
  •  Rest & Go Osim di aiport = RM2

    Jumlah perbelanjaan = RM570.10                              Baki = RM29.90 (duit spare jika berlaku emergency)


Day 1 | 23/8/13 (Jumaat)

  • Bangun pagi kul 5.30 pagi seawal  macam nak pergi kerja .
  • Hubby hantar ke KL Sentral. Tungga Zah dan Finas. Dhenu, husband dia hantar terus ke LCCT. Sementara tgg Zah & Finas sampai baca blog2 mereka yg dah gi Redang supaya dapat menggambarkan Redang tu mcm mane,
  • Kitorg siap2 beli breakfast di McD KL Sentral nanti boleh makan kat LCCT

     
  • Ambik bas express menuju ke LCCT dgn tambang RM10 . Bas bertolak kul 8.45pagi. Perjalanan selama sejam lebih sebab otw tu ada accident.Sampai kat LCCT dalam kul 10.00pagi.
  • Sampai saje di LCCT teruskan dgn urusan check-in
    Check in kat kaunter
    Nama staff kat kaunter check in kitorg...mesra org nye
    Tgh tunggu yg lain check in
    Okay, jadual penerbangan kitorg ke Kuala Terengganu
    Masing2 dah dapat boarding pass....yaaahhoo...
    Balai Perlepasan Domestik
    Yeaahhh...Asia Asia inilah kapatebang yg kitorg nye
    Inilah pandangan dalam flight dari kedudukan tempat sy


  • Flight  berlepas  tepat kul 12 tengahari , Bau menu dlm flight telah menggamit hidung kitorg. Bersungguh2 nak order nasi lemak yg korg canang dlm blog sgt sedap tu kan.Frust bile pilot annouce ''sila pasang tali pinggan anda, pesawat akan mendarat tidak lama lagi'' terasa sekejap sgt, nak order nasi lemak pOn tak sempat.
    Flight berlepas tepat jam 12 tengahari
    Buku menu AA
    Menu betol2 menggamit nafsu..padahal dah makan McD dh td
    Pic wajib..tangkap gambar dlm flight. Kitorg berempat je..Priyakt dpn
    Lagi satu..pic wajib adalah sayap kapatebang
    Keadaan cuaca time kami dari KL ke Terengganu
     

  • Touchdown di KT jam 12.45tengahari. 
  • Selamat sampai dgn alhamdulillah
    Bergambar dulu di Airport
  • Mula2 plan nak ambik jer teksi terus ke jeti Shahbandar tp abg ipar Zah yg kerja kat KT ni dgn baik hatinya jemput kitorg semua. Lima2 sumbat dlm Saga BLM utk 1 trip. Lowed sih!
  • Sampai di Jeti Shahbandar jam 1.15petang.terus ke kaunter sejahtera. Macam mana tahu? Sbb admin Redang Lagoon dah kabar siap2 masa kat KL lg time berhubung dgn diorg melalui emel. Time kitorg dtg tu waktu rehat diorg.Kaunter akan di buka semula jam 2petang. Perut pon dh berdangdut, cari makan kat foodcourt pasar payang. Malas nak pikir makan apa,terus order nasi ayam dan fresh orange. Belanja lunch RM7.

Dkt dgn Jeti Shahbandar ada Pasar Payang
  • Makan kat foodcourt dia je la
    Nasi Ayam versi Terengganu RM7 termasuk air
  • Menuju ke kaunter siap2 ambik tiket feri pergi-balik. Tiket balik tu simpan la elok2 sampai hari ke3.
  • Urusan tiket feri
  •  Tepat jam 3 petang baru feri berlepas. Feri yg kitorg naik dari Jeti Shahbandar ni berair-cond. Best!
  • Tempat menunggu
    Tunggu feri jam 3 ptg punya
  • Perjalanan ambil masa 1 jam menuju ke Jeti **nama tak sure** Di Jeti ini kitorg kena tukar feri lain utk sampai ke Redang Lagoon. Feri ni open air ya…Splashing ok air ombak. Seronok! Perjalanan ambil masa 30 minit.
  • Laluan menuju ke Feri
    Feri yg kitorg naik
    Happy masing2 dpt naik feri dah
    Penat sebenarnya time ni
    Layan pemandangan kat luar
    Possing dgn topi baru katanye
  • Tepat jam 5.00 petang - Sampai di pesisiran pantai, ada wakil dari Redang Lagoon yg jemput. Chalet kitorg dekat sgt. Kedudukan berada ditengah2. So, jalan kaki aje ler…mcm chalet n resort lain yg jauh2 diorg naik tram.
  •  
    Inilah chalet yg kitorg stay sepang di Redang selama 3 Hari 2 Malam
  • Urus check-in bilik atas nama saya….bayar full payment balance RM1,320 . Grand total – RM1,420 tolak deposit RM100 untuk 3 Hari 2 Malam. Pastu terus hi-tea. Hi-tea yg disediakan hari pertama cucur jagung dan bubur kacang hijau.
    Sampai je di chalet mmg time hi tea. time tu diorg sediakan cekodok pisang
  • Actually, kitorg kira burn la mkn lunch n snorkeling pertama disebabkan tak follow jadual yg diberikan. Lepas check-in bersiap2 tukar pakaian mandi sbb hati dah tak sabar nak terjun laut. Sejak dari atas bot lagi kot hati ni nak terjun mandi laut. Sbb geram n excited tgk kejernihan air laut  Redang. 
  • Blue crystal yg menggila. nak terjun weihhh
  • Sebelum mandi bergambar2 dulu dgn keadaan baju masih tak basah, kang dah basah tak cun! Mandi manda sampai tak ingat dunia…Terjun laut Redang!~ Heaven nya rasa…Cuma Zah jer yg tak mandi laut sbb dia tak teringin lagi kot. That’why kitorg berempat yg lain ada gambar mandi laut sambil bermain ombak , tukang tangkap gambar time ni Zah.
  • Hari pertama mandi depan chalet. Air laut diaaa....subhanallah
    Masing2 happy tahap cipai weihhh...
  • Sebelum jam 7.00petang dah balik bilik. Bersiap2 nak gi makan malam. Kebetulan malam pertama tu, kitorg dapat makan BBQ. Kebiasaannya, di Redang Lagoon akan buat BBQ 2 hari sekali. BBQ yg disediakan biasa2 jer…jgn la high expectation kay BBQ korg tu mcm BBQ kat Seoul Garden. Pastu, jgn pulak buat muka terkejut beruk sbb korg sendiri yg akan masak. Baru la feel!~ Panas kot duk bawah bangsal, mcm sauna tau. Time BBQ ada pekerja yg memantau dan membantu kita nanti. Kalo tak da mereka, pasti rentong ataupOn  overcooked atau kurang masak. Sy tahu, korg pOn x pro buat BBQ kannn….
  • Aktiviti malam kitorg, jalan2 tepi pantai…melawat2 chalet dan resort2 sekitar Redang beli cenderamata.Wajib beli fridge magnet..sy sambar 2 fm.. harga range RM5.90 – 7.90. Tak sah kalo tak bergambar2 dgn 4 segal2 ku ini di malam hari.
  • Menurut tokei redang Lagoon, aktiviti malam di Redang adalah finding blue sand. Dengar mcm teruja kan!~ Blue Sand atau kalo diterjemahkan Pasir Biru?? Dah terbayang2  pasir biru tatkala berada di tangan. Lokasi pencarian blue sand berada di hujung kanan pantai yg terletak di Reef Redang. Actually ada cara nak cari blue sand . Menurut abg BayWatch kat situ cakap, kalo nak gi dtglah sebelum bulan muncul. Pastu kuis2 pasir, plz jgn korek mcm sy buat. Sampai bile pOn blue sand tu tetap jadi white sand. LOL!
  • Lepas putus asa dan hampa x dpt cari blue sand, kitorg balik. Sy, zah , finas jer balik bilik. Dhenu n priya layan pub kat tepi pantai Redang. Pub kat Redang tu ada open hari Jumaat. Dhenu kata waktu operasi sampai 12 tengah malam.
  • Sebelum lelap mata, borak2 dengan zah sampai kul 11.10 malam. Tidak lupa pada huBee, call dulu Tanya kabar.  Finas dah selamat tidor. Mata pon dah ngantok. Badan pOn dah letih perjalanan yg panjang. Dah le sambil memikul bag baju yg berat. Malam yg indah…Pagi yg indah di Redang bakal menjelang keesokan hari nya. Sgt tak sabar! 
Bersambung....

Link ke Part seterusnye:
Part 2 : Percutian Ke Pulau Redang (klik sini)
Part 3: Percutian ke Pulau Redang (klik sini)


3 ulasan:

  1. Balasan
    1. Berminat bercuti di p,redang bleh call/wasap no ini:
      0179799773 atau lawat fb page;
      Holiday runner

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Capri by Fraser, Kuala Lumpur

Kebisingan jentera berhampiran dgn pembangunan yg sdg berjln di sekitar Jalan Kerinchi seolah2 hilang bila selangkah kaki masuk ke lobi ...