Memaparkan catatan dengan label Holiday. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Holiday. Papar semua catatan

Isnin, 7 Mac 2016

My Dream Carnival | Movie Animation Park Studios , Ipoh Perak


Meh..Aku nak review sikit pasal kota keriangan yang bakal di buka
Di mana??
Hah!! ~
Kat Ipoh Perak, Malaysia jer weihhh
Maju oiiii Perak kita ni
Siapa sangka tahun 2016 ni Perak makin maju
Tu tandanya banyak la pemaju akan melabur
berjuta..juta lemon..hihhihihihihii

Baru2 ni pada 27 Feb 2016 aku gi sebab ada karnival
Ramai kawai2 tanya mcm mana aku tahu tentang karnival ni?
for the first tu aku tahu pon dari instagram, pastu aku pon follow la ig MAPS
Karnival ni diberi nama MY DREAM CARNIVAL
Masa aku gi tu dah tengahari, org tak ramai mana pon
Maybe ramai tak tahu kan...bila aku up dlm fb pon ramai tertanya2
Ada member kat Perak pon tak tahu kewujudan MAPS

Tujuan aku ke My DREAM  CARNIVAL  atas tujuan
Untuk dapatkan tiket Pass Perak
My asben dapat harga RM180 setahun
So brp byk kali masuk dalam setahun tu pon boleh
Kalo golongan kita2 yg biasa2 ni (public ticket) harga tiketnya adalah RM155 per entry ya
Haaaa..kan byk bezanya tu. Begitu istimewa yeah org Perak.
Uolsss sgt berhuntOng..

MAPS ni belum siap lagi
adalah dalam 80% siap
Dijangka Julai ini akan buka pada public
Jangan ketinggalan uolss
Hotel yg berhampiran dgn MAPS ni yg aku nmpk Casuarina je setakat ni
Tp dont worry, kat belah2 area Casuarina Hotel tu ada rumah shop lot
Mesti byk la nnt bajet2 hotel akan buka

Serba sedikit tentang MAPS yg boleh aku kongsikan
MAPS terbahagi kepada 6 zon
Zon yg pertama, ada pintu masuk dan Lake Zone.
Zon yg kedua, ada  Animation Square
Zon yang ketiga, Blast Off Zone
Zon keempat, Fantasy Forest
Zon kelima, ada Libe Action Zone
Zone keenam, merupakan zon terbesar di MAPS, dipanggil Dreamwork Zone

Dalam zon-zon yg tertentu, iaitu 6 zon di MAPS
ada lebih kurang 40 tarikan
termasuk 23 permainan
dan selebihnya adalah tarikan
Banyakkan..menabjubkan sangat!!!

Di MAPS juga ada program untuk pertunjukan dan persembahan di keseluruan zon
Aku tahu...macam di USS
Sapa pernah gi USS mmg dapat bayang  MAPS tu seakan2 USS juga kan

Actually projek pembunaannya bermula sejak 2014 lagi
Cehhh...macam mana la aku tak leh perasan projek ni
Eh..korg pon tak perasan kan...Org Perak pon baru tahu akan kewujudan MAPS ni
..dan dijangka mula beroperasi sepenuhnya sekitar pertengahan 2016
InsyaAllah Julai nanti

MAPS bekerjasama dgn Dreamworks dan juga Animonsta Studio pemilik Boboiboy
Byk teknologi digunakan di MAPS utk memjadikan satu satu tarikan itu
Untuk kepuasan pengunjung yang akan datang nnt
Teknologi yg digunakan, berdasarkan kepada filem animasi yg telah ditayangkan di wayang
Terutamamya sepertu Dreamworks, berkaitan dengan filem animasi seperti
Croods, Casper, Peabody dan Sherman dan juga Megamind

Pengunjung yg datang di MAPS akan dapat merasa seolah-olahberada di dalam
situasi telah ditayangkan di wayang
Kalau korang nak tahu taman tema MAPS ini macam mana,
ia seperti Uiversal Studio di Singapura tu la..
Tapi MAPS lepbih kepada konsep filem animasi
yg lbh dkt dgn hati ibu bapa dan ank2 yg dtg berkunjumg

Bangunan2 yg ada dlm MAPS berlatar belakangkan animasi
dan juga konsep2 yg telah ditayangkan
seperti filem2 yg ditayangkan oleh Dreamwork spt Smurf.
MAPS memberikan satu kelainan daripada  apa yg berada di luar sana
Selain meggunakan teknologi 4D sebagai tarikan
MAPS juga menggunakan 'state of the art Q Smart Mobile queuing system'
tujuan nya adalah bagi memudahkan pengunjung untuk tidak
beratur panjang dan menjimatkan masa

MAPS berkeluasan 52 ekar
terbahagi kepada 2 bahagian
Bahagian pertama, ada entrance building ataupun
pintu masuk utama dan juga tempat letak kereta
Bahagian kedua, ada keseluruhan taman tema
Kemudahan asas yg ada di MAPS, selain daripada permainan dan tarikan
MAPS ada perkhidmtan seperti restoran yg mengikut konsep tema
dan juga kedai2  untuk membeli cenderhati jenama2 tertentu,
berkaitan dgn produk yg akan ada di MAPS nnt.

MAPS adalah gabungan idea anak tempatan dan juga luar negara iaitu
En Ramelle Ramli dan Darren McLean
ternyata membuahkan hasil apabila daripada impian,menjadi kenyataan
Aku pasti MAPS adalah produk yg mmg akan menjdi
tarikan pelancomg dlm dan luar negara
MAPS bukan sahaja memberikan peluang kepada keluarga
utk mengamalami pengalaman yg menyeronokan,
malah mampu membuka peluang pekerjaan kpd ank2 tempatan

Okay serba sedikit gambaran ttg MAPS yg boleh aku kongsi

Korg layan la gambar2 kt bawah ni..
Sekitar My Dream Carnival yg baru2 ni aku gi




























Selasa, 23 Februari 2016

Eco Majestic Semenyih


Tempat comeyyy...cantik..masuk FREE lak tu.Harus la ramai org. Org ramai mcm ulat. Td jumpa org mai dr utara, nak tgk tempat ni ,semlm lg dah bertolak. Hazaabb gak beratur time ambik wristband. Jika anda seorg yg penyabar dan tahan panas, boleh teruskan hajat anda ke Eco Majestic Semenyih

Sapa kaki gambar mmg seronok la layan photoshoot kat sini. Mcm2 gaya aku tgk.Yg ada camera dslr tu jgn simpan dlm almari saje ye,bwk la sini boley asah skill. Td tgk ramaiiii yg bawak camera mahal masing2.




Kadang2 kita suami isteri saling berbeza pendapat..namun kita haruslah mencari persefahaman dan kesepakatan antara satu sama lain. Agar rumahtangga aman bahagia. Sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri.

Selasa, 2 Februari 2016

Bercuti di The Pines Hotel Melaka



Relaxing gateway..1 Feb 2016

Percutian pertama dalam tahun 2016
Mengambil kesempatan Cuti Hari Wilayah
Memang aman hiway sebab KL dan wilayah sekutunya je yg cuti
Pasni nak jadikan setiapkali setiap tahun Hari Wilayah je aku nak cuti
Nak jalan2 makan angin

80% menghabiskan masa kat hotel je.
Sunny day + nice view + ohsem place = perfect combo

Melaka...
Sebut je Melaka semestinya percutian yg perfect...
Makan...holiday..makan..holiday..makan...holiday
Memang terbaik kedengarannya

Sejak akhir2 ni Melaka ada few tempat stay yang best untuk di try
Ada few hotel di Melaka yg buat aku teringin nak stay

Pernah ternampak sekali imbas time scroll2 di fb, ada yg review pasal hotel ni tp yg geramnye tak bgtau pon nama hotel, just cakap di Melaka je

Walaupon seimbas lalu dan di secretkan oleh tukang review  tp melalui pencarian di google aku berjaya juga cari nama hotel tu...

Seyess...menarik sgt hotel nya
Pada aku kalo bilik hotel kat Malaysia yg boleh excess swimming pool dari bilik sgt2 limited
Tapi di Melaka ada SATU!!!
Hotel ni pon baru lagi...
Hotel yg dimaksudkan  adalah The Pines Melaka

Then, tangan ni mulakan kerja2 pencarian di google..
Aku adalah spesis yg suka study or kaji tempat dahulu sebelum pergi
Dari situ kita boleh lihat samada berbaloi or tidak
selain tu tgk environment atau bayangan sebelum ke sesuatu tempat

Sedih rasanya bila belum ada lagi blogger yg review pasal The Pines Melaka. Hotel barukan..memang la takda yg tahu.

Try search di Youtube pulak..Ada la 2-3 kerat video holiday pengunjung dari Singapore yg berjaya aku tgk sempat di rakamkan dan dimuatnaik di Youtube

Aku try instagram pulak...saje2 main search #thepinesmelaka #thepines , ada la 10 kerat gambar yg di up oleh IGer yg pernah stay di The Pines Melaka

Nampaknya hasil pencarian aku di google,youtube dan ig setakat itu je, maybe hotel ni masih baru lagi.

Setelah riki melalui jarak jauh dengan bantuan google, Youtube , instagram
Akhirnya...aku dan asben decide utk stay selama 2hari 1malam
Jenis bilik adalah Suite King Tepi Kolam Renang (poolside suite king) termasuk sarapan dengan harga RM468 tidak termasuk GST dan cukai lain2

Pada aku agak mahal ..tp its ok. since ia hotel baru , jd aku expect semuanye baru2 belaka je la


Booking via Booking.com


Staycation selama 2 hari 1 malam di The Pines Melaka
Bilik kami terletak di aras 7..stay di Poolside suite. Bilik jenis ini sangat limited. Sbb tu harga nye...agak hurrrmmmm
Seperti sedia maklum..bilik access pool. Si tak sabar nak rasmi. Sedia maklum, hotel dlm Malaysia, bilik hotel access pool sgt limited. Yang smua maklum, Hardrock Penang. Lagi...? The Pines Melaka ni
Dari sudut ini...nmpk tak ada kerusi rehat di situ, itu adalah ruang balkoni. Dpn balkoni tu..pool.
Ada sofa utk santai2 tgk tv. 
Tv...tgh2 alam dlm bilik. Yang bestnye tv ni boleh adjust n pusing2 360 darjah. Agak2 nak tgk ats katil,korg kasi je pusing
Dari sudut lain..ada simple kitchen
See...agak2 nk tgk tv ats sofa adjust je..pusing je..
Sebelum pulang ke KL singgah ke MPO. Terjumpa lanskap ni...terus tak ketinggalan pose ikut trend terkini.
Sweet je tempat ni...so pose la ikut suka.
Selesai sudah staycation ke Melaka.

Khamis, 31 Disember 2015

Bercuti di Cameron Highland & BBQ night yg ohSem moShem

Percutian ke Cameron Highland 2015
Kali pertama join family day opis asben
So far so good dpt berkenalan dgn diorg
Percutian 2 hari 1 malam aje
Masa yg digunakan agak semaksimum
Dah cukup memadai..

Penginapan di Autheruim Apartment Tanah Rata
Menginap di homestay beramai2 sesuatu pengalaman baru buat aku
Harga utk 1 malam kat sini dalam RM250
Nak cakap perkara best kat sini adalah
Di Autherium Apartment ini, disediakan tempat utk berBBQ
Bannnyyaakkkk dan selesa
So, malam2 korg leh la berpesta BBQ
Tu yg syok gi ramai2 tempat mcm ni

BBQ kitorg tak usah cakap la...
Banyak giler...mmg buat sampai breakfast kesudahnya
makan sampai tersandar..
Pastu tak larat nak naik tangga
Agak ketar lutut gak la bila masing2 kekenyangan
Menapak naik anak tangga ke apartment

Citer perkara yg tak berapa nak best pd aku
Sedang asyik berBBQ tak ingat dunia ketika itu
Aku cuba ditakut2kan oleh kawan2 asben
Asben & kawan2 dah tahu sejak siang
Ada kubur kat sebelah kawasan BBQ tu
Yang memisahkan tempat BBQ dgn kubur tu
Pagar jaring2 dan kebun sayur
Teruk tak aku ni? Aku mmg fobia pd kubur
Macam2 aku imaginasi...mungkin sering dimomok2kan

Actually korg boleh pilih port BBQ ni
Ada 2 kawasan BBQ kalo tak silap
Kawasan yg lagi 1 tu mmg jauh dari pandangan kubur
Yg tu dikelilingi dgn block2 apartment
Yang tu aku rasa lagi best
So, korg leh buat pilihan kawasan BBQ tu

Ok pada sapa yg inginkan kelainan percutian di Cameron Highland
Boleh la try port sini pulak...
Korg bayangkan la..cuaca malam yg sejuk
then boleh layan bakar2 ayam..seafood bagai...jagung fresh cameron
Memang heaven.. enjoy habis
 
 Keesokan harinya..
Aktiviti mendaki dgn gigihnye ke ladang teh
Buat pengetahuan ladang Teh yg famous kat Cameron ada 3 ya
Baru aku tahu!
Pertama yg tepi jalan tu..Bharat Tea, pastu Ladang Teh Sg Palas,
Yang ke3 ni la aku gi...Boh Tea Platation, Habu
Maknanye aku dah gi dan merasa suasana ketiga2 ladang teh
Pd aku Boh Tea Plantation Habu ni agak tinggi weihh
Curah giler.. Mmg tak lepas peluang itu
Gagahkan jua kaki yg tembam ni utk naik sampai puncak
Apa ko dapat??
Penat la oiii... 
Oh tidakk...benda yg ko dapat paling berharga adalah pengalaman
daripada pengalaman ko dapat kenangan yg begitu berharga
melihat cipta Allah..masyaAllah....cantiknye pemandangan kat Boh Tea Platation, Habu

Then, gi ke Ladang Teh Sg Palas yg ramai org mcm nak mammss...Eerrkkk..
Semua nak feeling Ombak Rindu kan..
Ini kali ke2 la aku ke Ladang Teh Sg Palas yg menjadi kegilaan org bila dtg Cameron

Seterusnya...
Entah kedai strawberry cina mana tah kitorg behenti
Behenti membeli strawberry, jagung, sayur2 bagai
Kedai kawan boss asben..So, dapat la harga murah
Huntungkann,.....

Ok tu je la nak share
Kalo nak bertanya sila tanya di ruangan komen





 

 



Capri by Fraser, Kuala Lumpur

Kebisingan jentera berhampiran dgn pembangunan yg sdg berjln di sekitar Jalan Kerinchi seolah2 hilang bila selangkah kaki masuk ke lobi ...