Memaparkan catatan dengan label Master Chef. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Master Chef. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Jun 2012

Grilled Salmon with sauce garlic & stevia **untuk dikongsi**

Mula2 sekali pemilihan ikan salmon. Salmon da pelbagai jenis. Feveret huBee adalah salmon dari jenis King Salmon. Warna nya cantik...dan rasanye sedap...kurang hayir kalo nak banding jenis yg lain.
Deco : Just deco by me. iaitu black paper and pudina. Like this pixar~
Ingredients : King Salmon | Asparagus | Paprika | Wrapping cream | fresh milk | Black paper |Garlic | Stevia | Pudina |Lemon | Virgin Coconut Oil

My own rating : 9/10 . much fun~

 

Isnin, 25 Jun 2012

MCM2: Audition Master Chef Musim Kedua Dalam Kenangan

Okay..rasanye saya patut berkongsi serba sedikit
tentang audition master chef musim ke 2 baru2 ni
my huBee yg sertai..bukan saya
yang diadakan di Taylor Univercity , Subang Jaya
mungkin boley dijadikan panduan kepada mereka
yg berminat utk menyertainya di masa2 akan datang

Ketika itu...
Start pendaftaran dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang
Kami datang awal dalam jam 9.30pagi
Drive dari Seri Kembangan melalui NPE
ambil masa dlm 30 minit
Sampai jer..disambut oleh signboard ini
Panjang nye nak Q...Kul bape la agaknye mereka sampai??
Hubee sedang Q dgn penuh kesabaran. Punye la ramai, tp tak seramai audition Mentor or AF

Turn HuBee..dapat sekali nombor giliran
Beraksi sebentar. Bib 0103 KL.hehehehe






Taklimat akan diberikan oleh pihak penganjur sebelum masuk ke The Grand Hall. Okay kat sini ada beberapa tips yg hendak disahrekan
Tip-tips:
  1. Selepas anda diberi Bib dinasihatkan jangan merayau-rayau tak tentu pasal. Sila patuhi arahan pendaftar di mana seharusnya tempat anda menunggu.**akibatnya akan terlepas turn** 
  2.  Tidak perlu bawa polesterine tahan panas , coleman cooler/hoter box dan sewaktu dengannya kerana pihak penganjur telah menyediakan microwave utk proses pemanasan makanan anda. **nak hidang kat chef pOn rasa confident**
  3. Segala pisau,gunting,tisu dapur,pinggan,sudu juga turun disedikan **disebabkan saya tidak tahu ketika itu, habis semua peralatan dapur HuBee angkut**
  4. Anda digalakan membawa wet tisu, sbb singki tidak disediakan.
  5. Anda adalah dinasihatkan survey jalan dahulu sebelum datang pada hari berkenaan. **ramai yg mengadu sesat setelah sy interview mereka2 disana**
  6. Sila berpakaian kemas. **T-Shirt tanpa kolar tidak digalakan biarpon t-shirt yg anda pakai itu mencecah ratusan ringgit**
  7. Style yg stylo ala2 DIVA sgt membantu semasa test screen kelak **2nd stage sekiranya terpilih**
  8. Seandaianya anda antara yg terpilih bermakna anda tidak akan keluar di pintu masuk di mana anda masuk tadi.  
  9. Tidak perlu bawa hidangan yang telah siap di plating dari rumah. Anda akan diberi masa 7 minit utk plating  di dewan masak nanti. **Cian sy tengok da 4 org peserta tu dok tatang pinggan plus hidangan yg telah siap di plating dari rumah, rasa payah sgt dia nak bela hidang nye**

**Okay...itu antara tips yg boley dikongsi bersama**

Syukur alhamdulillah....
Hati berbunga2 sebab huBee berjaya ke stage seterusnya
..nxt stage adalah TEST SCREEN

Semasa dalam The Grand Hall
Chef sgt memuji masakan huBee yg di bawa
Grilled Salmon With Sauce Garlic & Stevia

Antara barisan yang berjaya ke stage ke2. See..My huBee..i'm proud of u huBee~
Memu huBee yang mendapat pujian chef. Grilled Salmon with Sauce Garlic and Stevia
my huBee tunggu turn utk 2nd stage...test screen
Ditemu ramah oleh pihak penganjur
Rezeki huBee setakat sini saje...
nasib tidak menyebelahi...
utk huBee ke nxt stage..

Rabu, 13 Jun 2012

MCM2 :To do list #03 **decide**

how to decide
 Mlm tadi berpikir sana..bepikir sini...
Decide camner nak bawak hidangan yg di masak ke audition nnt?
..maksud saya adakah saya akan siap2 hias dari rumah jer..
atau  hias di sana??
now,sgt bercelaru....ok nak start menggoogle 
tanya pada sifu2...atau mereka yg dah berpengalaman.
harap dapat membantu~

MCM2 :To do list #02 **pilih pinggan**

Audition semakin hampir
Kencangnye jantung ku **huBee relax jer**
Knp sy yg lebih2 pulak nih??

List to do #02
Byk pinggan-pinggan cantik habis sy kuarkan
Minta huBee yg pilih nak guna yg mane satu masa audition nnt
Last2 huBee pilih pinggan ni
Ada 3 saiz..large..medium..small **guna salah satu**
2 pinggan utk tempat sauce




 

MCM2 :To do list #01 **survey jalan**

16 Jun 2012...**arrghhh..nervous di buatnya**
huBee yg nak audition sy pulak yg lebih

To do list # 01
Last week dah survey jalan...
start dari rumah di Seri Kembangan
melalui NPE....ambik jer signboard menghala ke Subang Jaya
Lokasi adalah seperti di dalam peta
 Bukti kami dah sampai ke Taylor's Lakeside Campus

huBee..semoga impian kamu tercapai~


MCM 2:Syarat Master Chef Malaysia musim ke-2 **untuk dipatuhi**




TERMA DAN SYARAT

1. BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS

2. WARGANEGARA MALAYSIA ATAU SINGAPURA

3. FASIH DALAM BAHASA MALAYSIA

4. PESERTA MESTILAH MERUPAKAN TUKANG MASAK AMATUR

5. TIDAK MEMPUNYAI PENGALAMAN ATAU PENCAPAIAN PROFESSIONAL DALAM  BIDANG KULINARI ATAU KATERING


HARI PERTAMA (SABTU) : PERINGKAT PERTAMA


Pendaftaran : 9.00 pagi – 2.00 petang

    • Anda diminta membawa hidangan dari rumah dengan gaya persembahan yang hebat untuk dinilai juri professional

    • Jangan lupa untuk membawa gambar berukuran 4R yang akan dikepilkan bersama borang pendaftaran.

PENTING: Sila rujuk syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan untuk menyertai MasterChef Malaysia musim ke 2.

Penerangan Uji bakat:
Di peringkat pertama, anda perlu membawa hidangan menarik disediakan dari rumah yang mencerminkan kebolehan anda dalam bidang memasak. Dan anda perlu mempersembahkan hidangan kepada juri yang menilai sebelum sesi temubual dari aspek personaliti dijalankan.

Jika hidangan anda menjadi pilihan dan memenuhi piawaian pihak produksi, anda akan akan dipanggil kembali untuk berhadapan dengan peringkat kedua pada hari berikutnya.

Jika hidangan anda menjadi pilihan dan memenuhi piawaian pihak produksi, anda akan akan dipanggil kembali untuk berhadapan dengan peringkat kedua pada hari berikutnya.

HARI KEDUA (AHAD) : PERINGKAT KEDUA

Peserta uji bakat yang mara ke peringkat kedua perlu menunjukkan kebolehan dalam memasak. Pihak produksi memberikan masa selama satu jam untuk peserta menyediakan satu hidangan yang menarik dan akan dinilai juri professional.

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN

Pendaftaran : 9.00 pagi – 2.00 petang

    1. Anda mestilah warganegara Malaysia atau Singapura, berumur 18 tahun ke atas.

    2. Fasih dalam Bahasa Malaysia.

    3. Tidak mempunyai pengalaman atau pencapaian professional dalam bidang kulinari (dan juga katering);

    a) Termasuklah bekas pelajar atau graduan dalam kursus kulinari,

    b) ATAU mendapat latihan praktikal dalam penyediaan makanan

    4. Semua peserta uji bakat mestilah merupakan tukang masak amatur. Jika anda mempunyai pengalaman professional atau semi professional dalam dunia kulinari, pihak produksi beranggapan ianya tidak adil buat peserta lain dan anda tidak layak menyertainya.

    5. Panduan bagi aktiviti professional yang tidak diterima untuk anda dipilih menjadi peserta MasterChef Malaysia musim ke 2:

    a. Anda tidak pernah berkerja sepenuh masa di dapur sebagai jurumasak, atau pekerjaan yang melibatkan penyediaan makanan.

    b. Anda tidak pernah mendapat upah/gaji kerana menyediakan makanan/memasak di dapur professional seperti; restoran, kedai makanan segera, kantin selama 6 bulan atau lebih dalam tempoh 15 tahun yang lalu.

    c.Anda tidak pernah mengadakan kelas masakan atau demonstarsi masakan yang melibatkan majlis rasmi dengan kapasiti yang ramai, sama ada kontrak, separuh masa atau sepenuh masa dalam tempoh 15 tahun yang lalu.

    5. Anda mestilah dapat memberikan komitmen sepenuh masa sepanjang tempoh pengambaran, sekiranya anda berjaya dipilih sebagai peserta rancangan ini. Produksi untuk MasterChef Malaysia musim ke 2 memperuntukkan masa dari Julai 2012 sehingga November 2012.

    6. Tidak terlibat dengan jenayah yang serius.

    7. Pihak produksi mungkin tidak akan memilih anda sebagai peserta MasterChef atas sebab-sebab tertentu. Antara kriteria yang dicari dalam pemilihan kali ini adalah bakat, inovasi, cintakan dunia masakan dan semangat untuk mengubah hidup anda.

    8. Keputusan produksi dalam memilih peserta adalah muktamad.


...pada mereka yg punya impian seperti huBee sy, selamat berjaya....

Selasa, 5 Jun 2012

....ini serius... **MASTER CHEF**


Pagi tadi...
masa huBee nak hantar sy gi kerja
dia da bagtau yg dia nak masuk master chef musim ke 2
terkejut saya di buatnye
Besarnye impian dia...
Dia kata bukan suka2..tp minat yg mendalam
masakan tidak di membuka kedai makan **tak gitu**
Dalam hati saya masih ketawa kecil lagi
Betul ker nih??
Biar betul..?
Saya akan memberi semangat yg sepenuhnye pd huBee


Capri by Fraser, Kuala Lumpur

Kebisingan jentera berhampiran dgn pembangunan yg sdg berjln di sekitar Jalan Kerinchi seolah2 hilang bila selangkah kaki masuk ke lobi ...