Memaparkan catatan dengan label Ikea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ikea. Papar semua catatan

Rabu, 17 Julai 2013

Ikea family yg awesome

Entah knp pikiran ni tetiba teringat kat Ikea??
Maybe kes malam tadi
Tgh iron alas dining, pastu teringin nak tukar raya tahun ni
Sy lebih suka guna alas meja makan daripada kain langir
Sebab?? pilihan kain langsir lagi cantik2
Pastu tak banyak kerawangnye
Sebab lain, material kain langsir lagi best, murah pOn murah
Meja dining sy adalah jenis kopitiam style
Kalo beli kain langsir buat alas dining 1.5 meter je
Alas dining raya 2 tahun lepas yg menggunakan kain langsir
Beli kat Nilai, tak sure per nama kedainye
Korg pOn tahu kat Nilai mmg byk kedai
Raya tahun ni nak beli alas dining kain langsir Ikea le pulak
Kalo jadi beli nanti sy citer kay **kalo jadi**

Pagi ni tgk Ikea Malaysia kat fb
Time2 Ramadan ni Ikea ada buat bufet ramadan
Craving nye juadah yg disediakan
Gambar2 yg mungkin boleh membuatkan korg terasa nak gi
Tak berniat nak bg korg meleleh air liur **jom layan**
Untuk makluman
Harga hidangan Bufet Istimewa IKEA adalah:
RM50 untuk dewasa
RM25 untuk kanak-kanak
Ahli IKEA FAMILY RM30
Ahli småles RM15


Okay nampak tak harga Ahli Ikea Family
Besar2 dah highlight merah tu
Sape2 yg tak tahu atau dah tahu tapi buat2 tak nk tahu sebelum ni
Meh la rebut peluang untuk jadi ahli Ikea Family
Kawan2 opis sy pOn ramai je tak tahu
Masa shopping dgn diorg
diorg ada tanya mcm mana nak jd ahli Ikea family
Kunjungi saje ke kios Ikea pendaftaran secara walk-in
Kalo anda telah menjadi ahli Ikea Family
Layaklah untuk dapatkan harga Rm30 tu
Berbaloinya hanya RM30 dapat salmon, western food yg lain dll

Jika antara korg yg dah pon miliki Ikea Family
Jgn lupa tgk point yg telah dikumpul
Semakin banyak point korg
Itu bermakna semakin byk la pelaburan korg kat Ikea **hehehe**
Ingat!~point tu semua ada expired nya
sebelum expired kena reedem
Di bawah adalah manual akaun Ikea Family yg ingin sy share
Masuk website Ikea Malaysia
Klik Log masuk Family
Ikea family saya . Nama penuh beserta no. kad Ikea Family

masukan no. kad ikea family seperti di ats kad. Password anda.

Paparan seperti ini akan keluar. Boley la semak point anda setakat ke hari ini.Ok selesai.Senangkan..
Banyak keistimewaan yg ditawarkan kpd ahli kad Ikea Family

me and pren yg awesome
Lagi gaya yg awesome
Santai kami yg awesome sgt

Korg yg dah ada Ikea family meh leh share dgn saya
Yg plan nak buat tu pOn leh la tanya2
atau korg antara golongan yg suka gi ikea pon leh berciter2 kt sini

ok bye..

Khamis, 11 Julai 2013

Cuci mata kat Ikea

Sape suka gi Ikea??
Angkat dua2 belah tangan korang dgn excited nya...??
Dalam Malaysia ni cuma ada 1 jer Ikea kan
Jgn mimpi ler Ikea nak bukak cawangan
Kalo ada sila lapor pd saya

Bulan lepas gi Ikea dgn kawan
Beli barang utk cabutan bertuah semperna meeting koperasi
Kita ni window shopping jer lah...cuci2 mata...
Pastu pasang angan2 nak beli itu..nak beli ini
Berangan nak deco mcm ni....nak deco mcm tu
aaarrrrr..byk nye berangan!~
Tak per!~ sepanjang sy berangan semuanya tercapai
Itulah namanye impian **Menuju sejuta impian**

Antara benda2 yg menarik minat sy seperti....
Suka lady bird sbb nampak ceria.Dan juga comel
Hubee sy tanya, knp suka carpet ni? Jawapan sy, entah la...sekali tgk terus suka.
Ni pOn suka. Kalo hias ats meja console mesti chantek + menarik
Suka juga yg ini. Nak hias ruangan yard kat rumah.

Hokey..mcm mane?? best tak??
cuci mata n berangan mmg free
Selesai shopping pas bayar kat kaunter
korang perasan tak Ikea ni ada jual Ais Krim yg lazat lg best
Haaaa....sape yg tak perasan tu mesti menonong je terus balik
Sbb tak sabar kan nak balik rumah hias barang Ikea korg
Pas penat shopping singgah dulu melepaskan lega tekak
alangkah nikmatnye pas shopping penat2 dpt makan ais krim Ikea
Korg leh rujuk gambar kat bawah ni
Cara2 nak dapatkan ais krim Ikea yg lazat ni


Mula2 beratur kat kaunter yg jual karipap gergasi Ikea tu
Dapat kon ais krim
Dapat token cam ni
Letak kon pada case dia
Masukkan token
Case tu akan naik.
Tadaaarrr......nah ais krim.
Nyum..nyum..nyummm..sedapppp~Nikmat dunia ni namanya

Selasa, 17 Julai 2012

IKEA FAMILY **Kad Penggalak Shopping**


Dear kaki shopping di Ikea...
Satu hari tu..di awal Julai 2012
Me n Hubee memang dalam plan nak start deco our hommie
So, Ikea antara tempat yg harus dikunjungi utk shopping

Ikea Family saya
Ikea Family terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu pendaftaran dibuat dan mempunyai nombor talian handphone.

Anda cuma perlu pergi ke Ikea dan mendaftar terus sebagai Ikea Family melalui kiosk yang disediakan.
 Kemudian, anda akan terima satu kad sementara (temporary card) untuk digunakan bagi mendapatkan mata ganjaran (bonus point) dengan serta-merta serta menikmati diskaun untuk pembelian barangan tertentu. Untuk pemegang kad sementara, anda berpeluang untuk mendapatkan kupon kopi percuma dan kupon diskaun hidangan Family (Family meal coupun) dengan cara swipe / layarkan kad korang pada mesin yang disediakan di Ikea. Walaubagaimanapun ianya hanya terhad pada hari pendaftaran sahaja.

Sebagai pemegang kad sementara,anda  dikehendaki berbelanja sekurang-kurangnya RM200.00 dalam jangkamasa setahun bagi mengaktifkan kad Ikea Family dan menikmati kemudahan sebagai ahli Ikea Family yang sebenar sepenuhnya. Bagi memastikan setiap transaksi yang anda buat, direkodkan ke dalam sistem.

 Keistimewaan Kad Ikea Family
1. Membeli barangan tertentu pada harga rendah.
2. Menikmati bonus ganjaran dan penebusan baucer dengan nilai RM5.00 bagi 500 mata ganjaran yang dikumpulkan (setiap mata ganjaran hanya boleh dikumpulkan selama 2 tahun sehingga 31 Disember).
3. Menerima kupon minuman kopi percuma (terhad hanya 10 kali setiap tahun) dan diskaun ke atas hidangan Family.
4. Jemputan ke Pembukaan Jualan Murah (Sale Preview) dan sebarang acara istimewa yang diadakan di Ikea.
5. Menerima Ikea Family newsletter.

Google | Isi borang online mcm amoi ni yer
Google| Temporary card


Capri by Fraser, Kuala Lumpur

Kebisingan jentera berhampiran dgn pembangunan yg sdg berjln di sekitar Jalan Kerinchi seolah2 hilang bila selangkah kaki masuk ke lobi ...