Selasa, 17 Julai 2012

IKEA FAMILY **Kad Penggalak Shopping**


Dear kaki shopping di Ikea...
Satu hari tu..di awal Julai 2012
Me n Hubee memang dalam plan nak start deco our hommie
So, Ikea antara tempat yg harus dikunjungi utk shopping

Ikea Family saya
Ikea Family terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu pendaftaran dibuat dan mempunyai nombor talian handphone.

Anda cuma perlu pergi ke Ikea dan mendaftar terus sebagai Ikea Family melalui kiosk yang disediakan.
 Kemudian, anda akan terima satu kad sementara (temporary card) untuk digunakan bagi mendapatkan mata ganjaran (bonus point) dengan serta-merta serta menikmati diskaun untuk pembelian barangan tertentu. Untuk pemegang kad sementara, anda berpeluang untuk mendapatkan kupon kopi percuma dan kupon diskaun hidangan Family (Family meal coupun) dengan cara swipe / layarkan kad korang pada mesin yang disediakan di Ikea. Walaubagaimanapun ianya hanya terhad pada hari pendaftaran sahaja.

Sebagai pemegang kad sementara,anda  dikehendaki berbelanja sekurang-kurangnya RM200.00 dalam jangkamasa setahun bagi mengaktifkan kad Ikea Family dan menikmati kemudahan sebagai ahli Ikea Family yang sebenar sepenuhnya. Bagi memastikan setiap transaksi yang anda buat, direkodkan ke dalam sistem.

 Keistimewaan Kad Ikea Family
1. Membeli barangan tertentu pada harga rendah.
2. Menikmati bonus ganjaran dan penebusan baucer dengan nilai RM5.00 bagi 500 mata ganjaran yang dikumpulkan (setiap mata ganjaran hanya boleh dikumpulkan selama 2 tahun sehingga 31 Disember).
3. Menerima kupon minuman kopi percuma (terhad hanya 10 kali setiap tahun) dan diskaun ke atas hidangan Family.
4. Jemputan ke Pembukaan Jualan Murah (Sale Preview) dan sebarang acara istimewa yang diadakan di Ikea.
5. Menerima Ikea Family newsletter.

Google | Isi borang online mcm amoi ni yer
Google| Temporary card


1 ulasan:

  1. salam kenal ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...

    BalasPadam

Capri by Fraser, Kuala Lumpur

Kebisingan jentera berhampiran dgn pembangunan yg sdg berjln di sekitar Jalan Kerinchi seolah2 hilang bila selangkah kaki masuk ke lobi ...