Memaparkan catatan dengan label Shopping. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shopping. Papar semua catatan

Jumaat, 5 April 2013

Beli barang dapur


Apa ya aktiviti minggu lepas??
Dah gaji kan...
Semangat memenuhkan fridge & cabinet dapur
Shopping2 barang dapur
Biasanya beli stok makanan  utk 2 minggu je

Pagi2 dah bangun awl
HuBee ajak makan luar
Nak pekena roti canai & teh tarik
Feveret sy kat mamak lak, tosai & nescafe
Ada satu kedai mamak yg kami suka gi
Kat Alif Bistro area C180 Cheras Selatan
Suka suasan kedai mamak ni **moden**

Pastu gi Aeon BiG kat Bandar Tun Husein Onn, Cheras
Beli mana yg patut je utk stock 2 minggu ni
Tak puas berjalan kat satu tempat jer...
Gi Jusco Cheras Selatan lak nak cari salmon yg segar2
Beli stock utk 2 minggu cukuplah

Selasa, 17 Julai 2012

IKEA FAMILY **Kad Penggalak Shopping**


Dear kaki shopping di Ikea...
Satu hari tu..di awal Julai 2012
Me n Hubee memang dalam plan nak start deco our hommie
So, Ikea antara tempat yg harus dikunjungi utk shopping

Ikea Family saya
Ikea Family terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu pendaftaran dibuat dan mempunyai nombor talian handphone.

Anda cuma perlu pergi ke Ikea dan mendaftar terus sebagai Ikea Family melalui kiosk yang disediakan.
 Kemudian, anda akan terima satu kad sementara (temporary card) untuk digunakan bagi mendapatkan mata ganjaran (bonus point) dengan serta-merta serta menikmati diskaun untuk pembelian barangan tertentu. Untuk pemegang kad sementara, anda berpeluang untuk mendapatkan kupon kopi percuma dan kupon diskaun hidangan Family (Family meal coupun) dengan cara swipe / layarkan kad korang pada mesin yang disediakan di Ikea. Walaubagaimanapun ianya hanya terhad pada hari pendaftaran sahaja.

Sebagai pemegang kad sementara,anda  dikehendaki berbelanja sekurang-kurangnya RM200.00 dalam jangkamasa setahun bagi mengaktifkan kad Ikea Family dan menikmati kemudahan sebagai ahli Ikea Family yang sebenar sepenuhnya. Bagi memastikan setiap transaksi yang anda buat, direkodkan ke dalam sistem.

 Keistimewaan Kad Ikea Family
1. Membeli barangan tertentu pada harga rendah.
2. Menikmati bonus ganjaran dan penebusan baucer dengan nilai RM5.00 bagi 500 mata ganjaran yang dikumpulkan (setiap mata ganjaran hanya boleh dikumpulkan selama 2 tahun sehingga 31 Disember).
3. Menerima kupon minuman kopi percuma (terhad hanya 10 kali setiap tahun) dan diskaun ke atas hidangan Family.
4. Jemputan ke Pembukaan Jualan Murah (Sale Preview) dan sebarang acara istimewa yang diadakan di Ikea.
5. Menerima Ikea Family newsletter.

Google | Isi borang online mcm amoi ni yer
Google| Temporary card


Sabtu, 4 Jun 2011

Bila Saya & Ibu Kuar Berdating~


Ya Allah....Seriusly!
Dah lama betul saya
tak kuar berdating dgn ibu tersyg
since kawin 14 Nov 2009 yg lepas...

Maka dgn kesempatan masa yg ada
Kami kuar berdating..makan2..shopping2...
**Dating yer...without husband masing2**

Saya dan ibu adalah anak beranak yg sgt rapat...
Perangai sama...citarasa sama...
Bergurau-senda..Gaduh-manje...
ITULAH KAMI!~

Our 1st destination adalah menuju ke Sogo...
 Pantang jer tergantung kain rentang
SALE 50%....SALE 70%
cepat2 masuk.....
Kira normal kan kalo kaum wanita begitu~

 Jom ke MAC~
 Sedang diberi pendapat dan cadangan~

 My Ibu sedang membuat pilihan~

 Ini lah ibu tersyg...

 Suka2..snap 4 memories.
-----------------------------------------------------------------------------
 2nd destination adalah
makan..makan....
**no pixar to publish + story .so sorry blogger**
---------------------------------------------------------------------------
3rd destination adalah...
Shopping..Shopping...
Just membeli kain utk persiapan raya nanti .

Antara pilihan kain di Jakel, Jln TAR .
Ramah2 + manis mulut sggh promoter di Jakel.
Kalo tak kuat iman sure nak borong kain.
Tips : Kuatkan iman anda semasa bershopping

Ibu...pilih kain cantik2

Saya nak yg itu!~

Seharian berdating dgn ibu adalah sesuatu yg menyeronokkan.
En Hubby + My Bapak sure jeles bile tgk dua beranak ini
pulang dgn beg shopping kiri-kanan tangan.
Masa ini, En Hubby ada di rumah bersama My Bapak.




Capri by Fraser, Kuala Lumpur

Kebisingan jentera berhampiran dgn pembangunan yg sdg berjln di sekitar Jalan Kerinchi seolah2 hilang bila selangkah kaki masuk ke lobi ...