Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Isnin, 10 Disember 2012

Simpan Perfume

DAHLIA NOIR

Cara Penyimpanan Perfume yang betul

  • anda kena simpan perfume anda ditempat yang sejuk dan gelap seperti tempat simpanan khas ataupun dalam laci.
  • Jangan sekali-kali biarkan perfume anda terdedah kepada cahaya matahari.
  • Elakan dari menyimpan perfume anda di dalam bilik air. Ini kerana bilik air selepas mandi aka jadi panas dan berwap yang akan merosakan molekul perfume.
  • Ada yang menyatakan simpan perfume di dalam peti ais dapat tahan lebih lama, tetapi sebenarnya tidak kerana kelembapan yg melampau dapat merosakan chemical reaction perfume.


Selasa, 17 Julai 2012

IKEA FAMILY **Kad Penggalak Shopping**


Dear kaki shopping di Ikea...
Satu hari tu..di awal Julai 2012
Me n Hubee memang dalam plan nak start deco our hommie
So, Ikea antara tempat yg harus dikunjungi utk shopping

Ikea Family saya
Ikea Family terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu pendaftaran dibuat dan mempunyai nombor talian handphone.

Anda cuma perlu pergi ke Ikea dan mendaftar terus sebagai Ikea Family melalui kiosk yang disediakan.
 Kemudian, anda akan terima satu kad sementara (temporary card) untuk digunakan bagi mendapatkan mata ganjaran (bonus point) dengan serta-merta serta menikmati diskaun untuk pembelian barangan tertentu. Untuk pemegang kad sementara, anda berpeluang untuk mendapatkan kupon kopi percuma dan kupon diskaun hidangan Family (Family meal coupun) dengan cara swipe / layarkan kad korang pada mesin yang disediakan di Ikea. Walaubagaimanapun ianya hanya terhad pada hari pendaftaran sahaja.

Sebagai pemegang kad sementara,anda  dikehendaki berbelanja sekurang-kurangnya RM200.00 dalam jangkamasa setahun bagi mengaktifkan kad Ikea Family dan menikmati kemudahan sebagai ahli Ikea Family yang sebenar sepenuhnya. Bagi memastikan setiap transaksi yang anda buat, direkodkan ke dalam sistem.

 Keistimewaan Kad Ikea Family
1. Membeli barangan tertentu pada harga rendah.
2. Menikmati bonus ganjaran dan penebusan baucer dengan nilai RM5.00 bagi 500 mata ganjaran yang dikumpulkan (setiap mata ganjaran hanya boleh dikumpulkan selama 2 tahun sehingga 31 Disember).
3. Menerima kupon minuman kopi percuma (terhad hanya 10 kali setiap tahun) dan diskaun ke atas hidangan Family.
4. Jemputan ke Pembukaan Jualan Murah (Sale Preview) dan sebarang acara istimewa yang diadakan di Ikea.
5. Menerima Ikea Family newsletter.

Google | Isi borang online mcm amoi ni yer
Google| Temporary card


Khamis, 12 April 2012

Owwhhh..ada Gempa Bumi di Acheh rupanya....


Kedudukan gempa bumi
Korang tahu tak??
Petang semalam dikabarkan ada gempa bumi di Acheh Indonesia
Tahu pun masa tgk berita tv3
Terkejut la gak bile dgr
Dikabarkan lagi gempa bumi tu berskala 8.7
Katanya kuat...effect juga di Perlis,Kedah,Penang,Perak dan KL
Sesape yg merasai gegaran tu sgt bertuah **insan2 terpilih aje**
Bile org lain sibuk rasa gegar sana gegar sini **sy lgsg x rasa**

Masa kejadian tu...
Tengah cuti hari pertabalan 11 April kan...**aktiviti adalah tido**
Katanya kejadian berlaku dalam kul 6 petang
Masa tu sy sedang kesedapan tidor **penat baru balik shopping**
Tapi terjaga la pulak...
Angin kuat meniup melalui tingkap mengejutkan saya
Masa tu feeling tepi pantai **nyaman**
Tak syak ape2 pOn...gempa ker, tsunami ker
Masa tu dalam hati kata, nak hujan la nih

Isnin, 9 April 2012

Lecithin 1200 by Kordel

Kat opis...
Pagi2 dah merewang kat tempat sorg member ni
Merewang sbb nak tny pasal kerja
Sambil2 tu mata mengular sana-sini
....dan ternampak satu botol besar
**dalam hati**
   ''eh besar nye botol supplement dia ni''
Google
Mulut yg gatal ni bertanya...
  '' H**** , ko makan supplement brand ape tu? Kordel ker''
H**** jawab....
     '' Yer..Kordel Lecithin, utk kuruskan badan. Makanla... elok ni sbb boley meningkatkan metabolisma badan. Dari metabolisma rendah kepada tinggi. Kalo tinggi boleh la cepat kurus'' **sambil senyum dan ketawa gedik**

Balik ke tempat...
saya terus menggoogle...
Dalam hati ni, ada hati nak try gak...

Khamis, 14 Julai 2011

Apekah ini?

terliur tengak akan kekuningannye.teringin~
Google

Apekah intinye?? mane nak cari ni??
Google

Khamis, 2 Jun 2011

Isnin, 30 Mei 2011

Rahsia DARAH Pasangan Anda


Hari ini....saje nak berkongsi rahsia pasal kumpulan darah~
Pertama kali tahu pasal kumpulan darah
adalah semasa di sekolah rendah.
Masa tu belajar subjek Alam Dan Manusia,
tapi sekakang digantikan dengan subjek Sains.
Tp entry ini tak da kena mengena pOn pasal itu semua.

Jom kita mengenali rahsia peribadi
pasangan kita ataupon sape-sape yg kita rasa nak telek


DARAH A
Jika pasangan kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘A’,ini bererti dia tergolong dlm lingkungan individu yg serius dan berusaha untuk membina kesempurnaan diri.Umumnya ,golongan ini amat baik terhadap kaum wanita.Setelah mendirikan rumah tangga,dia akan menyayangi isterinya sepenuh hati..Bak kata org tu,segala2nya dicurahkan kpd isterinya.Bahkan setiap kali kluar rumah,dia selalu ingat kpd anak dan isterinya di rumah.Berbahagialah kamu krn dia akan berusaha menjadi pasangan hidup kamu yg baik dan sangat bertanggungjawab.Mereka yg tergolong dlm kolompok ini merupakan individu yg ‘gentleman’.Namun kamu harus sedar pasangan kamu itu juga mengharapkan sesuatu dari kamu.Mereka juga berkeinginan untuk memiliki pasangan hidup yg sempurna.Si dia mungkin naik angina sekiranya bila pulang ke rumah dan melihat keadaan yg tidak terurus.Lantas dia beranggapan kamu tidak mampu menjadi ibu yg baik.Dia cenderung bertindak selaku ketua di rumah.Berkemungkinan juga,sekiranya dia terlalu sibuk di pejabat dan mengalami tekanan,dia akan melampiaskan kemarahannya itu pada pasangannya sendiri.Wow!! Bahaya juga tu

DARAH B
‘Big Boy’ mungkin itulah interpretasi pertama kamu apabila berhadapan dgn individu yg terdiri dari kalangan darah jenis ‘B’.Dia hanya melakukan perkara yg dia mahu saja.Kadangkala sbg pasangannya kamu pula menjadi bingung.Contohnya,ketika kamu telah bersusah payah menyiapkan masakan,tetapi si dia pula asyik leka berhibur bersama teman2 hingga larut malam.Berhati2 sekiranya si dia mempunyai hobi tertentu.Biasanya individu yg tergolong dlm kelompok ini akan lebih mengutamakan minatnya sendiri berbanding keluarga.Apa yg diinginkannya ialah menikmati kehidupan.Tanggungjawab kpd keluarga memang kurg.W/bagaimana pun si dia tidak akan menyusahkan kamu.Kamu perlu ingat,pasangan jenis ini lebih gemar menyendiri dan tidak gemar di perhatikan.Sekiranya korang di kurniakan cahaya mata,berkemungkinan si dia juga boleh timbul rasa iri hati biarpun terhadap anak sendiri.
DARAH O
Sekiranya calon suami kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘O’ ,kamu perlu persiapkan diri kamu dari segi mental.Berkemungkinan besar si dia boleh berubah hati setelah mendirikan rumah tangga nanti.Ketika sedang hangat di lamun cinta si dia mungkin terdiri dari kalangan individu yg romantis dan sering melindungi kamu.Namun setelah mendirikan rumah tangga,biasanya individu ini hanya berbicara dgn kamu berkenaan hal yg penting sahaja.Tapi kamu jangan menuduhnya tidak mencintai kamu kerana sememangnya si dia tidak dapat menguruskan banyak hal dlm satu masa.Jangan bimbang,dia tetap mampu menjadi suami dan bapa yg baik..Jadi kamu masih boleh bergantung hidup pada si dia.Selain itu golongan ini juga terdiri dari individu yg sentiasa bekerja keras.Berhati2 dalam komunikasi korang.jika kamu tidak menghormatinya dan beranggapan si dia itu tidak boleh di harap pasti si dia terus merubah sikapnya kpd seorg yg pemalas!!…
DARAH AB
Beruntung kamu.Individu ini adalah seorg yg prihatin.Ketika kamu sedang sakit,si dia akan merawat kamu dengan baik dan sering menghubungi kamu sama ada telefon atau sms.Namun dia juga mempunyai waktu dan tempat utk dirinya sendiri tanpa ingin gangguan sesiapapun termasuklah kamu.Dia tidak suka org lain mengganggu waktu dan hak peribadinya.Sebagai pasangan,kamu pasti berasa tidak selesa dgn situasi ini.Setelah mendirikan rumah tangga,kamu tidak boleh membincangkan segala hal dengannya.Sesungguhnya, dia seorg yg suka cakap banyak tapi tidak suka bercerita tentang rahsia peribadi dan fikirannya sendiri 


Sabtu, 2 April 2011

Tahukah Anda?? | HARAM!!!~April Fool Day



Blogger,
Saya ingin mengimbas kenangan 1st April
Masih ingat lagi tak masa kita
kecik-kecik dahulu di zaman hingusan?
**Pasti korg semua automatik teringat kan**
Tiba saje 1st April, mesti antara kita akan
''bermain''
mengenakan kengkawan sekelas kita.
itu adalah dipanggil April-Fool-Day

Saya suatu ketika dahulu, siap bermain 
kenakan ibubapak saya...termasuk juga cikgu2 di sekolah
Kecoh Sana-Sini dibuatnye..
noTY ok..mengalahkan Jin noTy

Tahukah kalian semua,
Bila dah besar2 ni baru la saya tahu akan maksud
April-Fool-Day itu sendiri.
HARAM bagi kita yg Islam ni menyambutnya.

Kenapa HARAM yer...?
April Fool ni mula disambut sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Kerajaan Islam sebenarnya dah berkurun bertapak kat Granada, Sepanyol, tapi akhirnya runtuh diserang tentera Kristian. Jadi lepas kejatuhan kerajaan Islam itu, maka penduduk Islam di Sepanyol terpaksa la berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tapi, tentera Kristian masih berasa tak puas hati sebab masi
h ada lagi saki-baki orang Islam di sana, lalu diorang pun berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol melalui taktik kotor.

Penduduk Islam di sana diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar meninggalkan Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. mendengarkan tawaran yang agak menarik itu, maka orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi sendiri ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka pun membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya iaitu pada 1 April, mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tak sempat untuk menaiki kapal kerana semua kapal telah musnah dibakar sejak awal lagi. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya; lelaki, perempuan, malahan kanak-kanak! Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian dengan gembiranya atas kejayaan taktik kotor mereka.

Sejak hari tu, bukan setakat Sepanyol, tapi seluruh dunia merayakan hari itu sebagai April Fool. Yang menyedihkan, ada juga orang-orang Islam meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya MERAYAKAN ULANG TAHUN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI SAUDARA SE-ISLAM MEREKA SENDIRI!
Jadinyer....bile dah tahu akan keharamannye...
Maka haram la jika disambut jua 
oleh kita sesudah kita mengetahui akan sbbnya

Allah akan mengampunkan dosa kita
masa zaman kita bodoh2 alang dahulu
kononnye sambut April Fool Day
yg langsung tak da faedah itu~

Alhamdulillah...
Bila dah besar-besar ni..
Tak da pulak saya dgr kawan2 opis
sambut April Fool Day.
Ini bermakna semuanya dah
matang dan boley berfikir
mana baik dan mana buruk

Jumaat, 18 Februari 2011

Kepale Kambing...eemmbbeeekkkk~


macam pale dinasour la~

 Kawan...
Sekali tgk mcm ape???
Hehehehe....

Ni kepala kambing
Kepale kambing ni adalah dari
majlis Akikah ank buah saya

Ibu saya buat masak kari...
Ada berani makan tak..?
Pernah da pengalaman makan kepala kambing??

 

Capri by Fraser, Kuala Lumpur

Kebisingan jentera berhampiran dgn pembangunan yg sdg berjln di sekitar Jalan Kerinchi seolah2 hilang bila selangkah kaki masuk ke lobi ...