Jumaat, 22 November 2013

Bercuti di Melaka | Hotel Review : Euro Rich Hotel & Jalan2 Santai

Salam bertemu kembali...
Seperti yg dijanjikan di entry Jalan2 Perak
saya ada bagitau yg saya nak ke Melaka
hujung bulan September yg lalu

Percutian ini adalah percutian yg dirancang
Merancang sejak bulan Ogos yg lepas lagi
Tengok!~ Betapa excited nye sy
Block tarikh supaya sy tak berebut dgn boss husband sy
Boss cha ya nun alip tu asyik sgt nak rebut hubee sy
Persiapan awal seperti membooking hotel telah di buat
Persiapan awl dari segi aktiviti dan survey tempat makan
yg best2 especially yg pernah masuk jjcm
Perkara2 seperti ini perlu di buat sebab
nanti tak da la kita membazir masa
Masa tu la terhegeh2 nak mencari , baru nak google
Bab2 google mmg serah pada saya

Percutian selama 2 hari 1 malam di Melaka
adalah suatu percutian yg pendek
Serius mmg tak dapat nak pulun semua tempat
Paling tidak 3 hari 2 malam patutnya
Memandangkan hubee tak leh cuti lama setakat 2D1N je lah

Percutian kami 2D 1N yg boleh kami kongsikan
Kawan2 opis dan tidak terkecuali kawan fb yg tgk pic kami
setelah diupload di fb ramai yg tanya hotel mana yg kami check in
Sebab deco hotel tu sgt menarik perhatian mata yg melihatnya
Okay..kalo tak percaya layan la pic2 kami


Euro Rich Hotel adalah kategori hotel bajet
Bertaraf 3 bintang**hotel bajet yg bermaruah**
Seperti biasa, sy akan mencari hotel bajet kalo
tujuan percutian kami hanya utk berjalan2 dan makan2
Kalo duduk hotel mewah2 pon apa guna sbb
masa kita pOn byk habis dgn aktiviti di luar
Kalo feeling nak honeymoon booking hotel yg mewah kit kay

Untuk mencari hotel ni sgt la senang
Walaupon senang kami still guna GPS gak 
sbb tak biasa dgn Melaka
Lokasi di Bandar Hilir , sgt strategik. 
Boley jalan kaki ke Menara Taming Sari
Landmark ; belakang Holiday Inn

Melangkah kami memasuki hotel
Kami di sambut oleh pakcik merah ni 

Receptionist nya sgt friendly 
Staff dia ramai malay gal yg bertudung
Bercakap pasal harga utk 1 malam
Kalo booking ke website hotel ni harga adalah $190
Jauh lebih murah...
Kalo booking online di Booking.com harga berbeza2
Time sy booking tu dapat $70++
Ada date lain yg sy tgk $60++ pOn ada
Murah sgt...puashati juga hotel ni
So, rebut la peluang yg ada ni 
Hotel ini berada di bangunan rumah kedai
Tapi 1 deret rumah kedai tu dia saje yg beli
Parking percuma hotel siap2 bagi kad parking utk letak pd dashboard 
Seperti biasa, bergambar2 adalah wajib bagi sy di hadapan hotel
Environment di sekitar hotel pOn bersih dan tenang
Hubee pOn nak gak bergambar2 mcm sy. Nasib dapat suami yg suka bergambar. Ada setengah org laki ni tak suka bila gambarnya di publised dlm internet kan
Again! Unik sangat. Setelah diamati, sy tgk setiap sudut... Patung ni telah diubahsuai. Di kepala patung ni digerudikan dan diletakkan lampu. 2 in 1, penyambut tetamu boley..lampu pon boley
Suka tgk design dan warna sofa ni
Sofa yg selesa
Ruang menunggu yg selesa
Deco
Katil King saiz okay..mana nak dapat dgn harga $70++





Rating untuk Euro Rich Hotel:
Harga :  4/5
Servis :   4/5
Bilik : 4/5
Tempat makan :  4/5
Makanan  : 3/5
View : 1/5

Okay settel bab hotel review... kalo hati tertawan nak menginap di Euro Rich Hotel sy recommanded tempat ni. Silakan...Bersih dan selesa, tp harap maklum hotel ni hotel bajet sajo... Rating utk hotel ni telah pon sy beri. Seterusnye...pasni kita citer bab jalan2 pulak ya.

Antara tempat yg sempat kami lawayi

1-Menara Taming Sari
Lokasi berada di tengah2 Bandar Hilir Melaka. Mula operasi start dari kul 10 pagi sampai 10 malam. So, sapa yg suka naik malam tengok panorama Bandar Melaka di waktu malam korg boleh la naik time malam. Harga tiket masuk bagi dewasa RM20 dan kanak2 RM10. Adoiii...macam mahal je kan...tp jgn risau utk warganegara Malaysia korg diberikan diskaun sehingga 50%. Daripada pengalaman yg sy dpt pas naik Menara Taming Sari ni, yg menariknya...menara ini berputar 360 darjah melihat panorama pemandangan Bandar Melaka yg indah sambil duduk.Di sini juga disediakan kemudahan photoshoot family.Ada jurugambar di situ, korg cuma bayar harga upah yg dikenakan. Sebelum balik jgn lupa singgah kedai cenderamata, boleh beli key chain ker...fridge magnet utk kenangan.
Untuk masuk ke Menara Taming Sari, kena jumpa dulu bangunan ini.
Tempat beli tiket masuk
Okay dah  beli tiket.Sedia utk naik
Kerusi menunggu sementara tunggu turn naik. Kami dtg pagi tak ramai lagi. Tak perlu menunggu
Pemandangan Bandaraya Melaka
Sekali sekala layan bandaraya Melaka..sbb dah selalu sgt tgk KL
Kami diketinggian 800 meter
Pusing2 360 darjah...selama 7 minit mcm tu

2.Melaka Duck Tours
Antara salah satu tarikan pelancong juga ni kalo ke Melaka. Mmg klaasss la kalo gi Melaka naik Duck Tours. Try la..korg mesti dapat pengalaman yg baru utk dikongsikan bersama kawan2. Kaunter membeli tiket Duck Tour berhampiran dengan Menara Taming Sari jugak. Harga untuk org dewasa RM38, manakala kanak2 bawah 18tahun RM27 dan kanak bawah 12tahun pulak RM22. Haaa...gitu ler harganya yg berbeza2.Bagi sy harganye boleh tahan mahal, tp utk mencari pengalaman baru apa salahnya.

Duck Tours ni sebuah kenderaan dua alam yg boleh bergerak di darat dan juga di dalam air. Korg boleh naik Duck Tour di depan Menara Taming Sari. Duck Tours akan berjalan di atas jalan raya selama 15minit dan seterusnya akan menusuri di dalam air di lautan Selat Melaka. Klaasss tak dgn menaiki kenderaan dua alam ni. Masa kami naik mmg penuh...dalam satu masa Duck Tours ni boleh angkut dalam 33 org mcm tu.

Dalam pada leka2 naik Duck Tours yg jalannye tak berapa laju dalam 20km/jam, ada tour guide yg akan membebel2 dalam bahasa omputeh, dia citer ler pasal sejarah melaka...pasal bangunan di kiri-kanan korg...Tak da la boring bila siap diakhir penerangannya tour guide akan bagi soalan quiz. Sapa betul jawab dapat hadiah...Haaa..best kan!~
Utk ketahui lebih lanjut boleh tgk websitenye...kalo nak call direct sila call di nombor tersebut
Tadddarr....Pengambaraan menaiki Duck Tours
Waahhh...rasa tak sabar
Ni tangga utk naik ats Duck Tours.Jgn lupa bawak bekalan jajan.Sambil jalan2 boleh mkn jajan
Tour guide yg memberi penerangan
Dah nak masuk dahh...
waaahhh....masuk air...hebat tak Duck Tours ni
Ternyata boleh jalan dalam air ler....hebatnye
MAsjid Selat Melaka yg juga kelihatan tatkala berDuck Tours
Mmg best pengalaman ni..


3. Round Round
Antara tempat jalan2 yg percuma kami lawati...sekitar Bandar Melaka
Malam tu pulak...jalan2 kat Jonker Walk. Nak tgk suasana kat Jonker Walk tu mcm mana? Ada macam2 jual..tp lebih kepada peniaga Cha Ya Nun Alip. 
Jonker Walk di waktu malam penuh sesak
Meriah lagi2 kalo ada show kat Hard Rock Cafe. Masa kami dtg ada Ramli Sarip buat show
Meredah kesibukan Jonker Walk
Di waktu malam..byk beca yg berhias dgn lampu lip-lap-lip-lap
Cantiknye bahtera yg besar ni...tertonggok kat atas. Apa jadah la idea sapa yg gi tonggok ats tu
Ni salah satu kawasan kat Jonker Walk. Di sini ada kemudahan tandas.Dah penat2 jalan mesti nak terkucil punyakan...
Org kuat..nak kuatmcm dia  telan la majun
kami bersama org kuat
Tenang n sunyi kat kawasan ni...tapi
...dgn adanye uncle ni yg bermain alat muziknye memecah kesunyian. Sedap alunan muziknya..sambil2 tu boleh derma utk uncle ni.


Tempat makan mavellous yg kami try

1-Hajjah Monah Asam Pedas
Lokasi berada di Taman Kota Laksamana. Punya la susah nak cari Kedai Hajah Monah Asam Pedas ni...sesat mencarinye.mcm ni la bila org KL cari, sesat manjang.Tempatnye korg jgn la jangka kat sebuat restorant atau kedai ya...tp mak monah ni dah kasi renovate rumah corner lot dia ni jadi kedai makan. Susah kalo tak perasan. Senang2 korg cari je la Hotel Casa del Rio Melaka, betol2 berhadapan. Pada sy taste asam pedas hajjah monah ni ada citarasanye yg tersendiri. Kami suka!~  lain sikit rasanya dgn asam2 pedas yg kami makan sebelum ni. rasa masamnye agak kuat. taste nye tak da la terlalu teruk. Problem kat sini, parking susah. Terpaksa la parking tepi2 jalan. Kalo org tak ramai senang la kot.
BErgambar dulu seblm makan bersama signboard Hajah Monah.Alamat n no. phone semua ada, per2 korg boleh phone n cari
Asam pedas tetel
Begini menu hidangannya
Sedap ya bang...?
Mcm ni la kawasan kedai Hajah Monah. Coner lot rumah je pOn

2.Ikan Bakar Alai Melaka

Di Melaka ni banyak tempat ikan bakar antaranta Muara Sg Duyong, Umbai ada...Alai ada...Tapi yg paling dekat dgn hotel kami Ikan Bakar Alai. Memandangkan kami gi pOn dah malam, nak mencari jalan pOn menggagau guna GPS pOn signal hilang2 so tak berani sgt nak gi jauh2. Sepanjang jalan pOn gelap tak da lampu jalan. Kami paln nak gi yg dekat2 je..di Alai. Kawasan Ikan Bakar Alai ni terletak di dalam. Di kawasan perumahan, nak mencari just ikut signboard je..cuma simpang nak masuk dari jalan besar tu kalo tak perasan mmg terlepas plus dgn malam yg gelap. Bila sampai mmg ramai org sgt2. Tapi ada 1 kedai tu nama nya Ala Kasim tu mmg favourite org ramai kot..sbb rmai yg amat makan kat situ. So, rasa tak sanggup lak nak nunggu. Pada teori sy, kedai yg ramai org tu maknanya masakan di sedap la kot kan..
Jd, kami gi je la kedai sebelah nye...org pOn tak berapa ramai,kami duduk dan order. 
Kedai pilihan kami...main terjah je..
Banyak pilihan
Pilih je..tp tgk2 gak ler harga yg tertera.
Bila da sampai Ikan bakar...mcm ni je..tawar weihh...
Pepahat masak cili..tak sedap sbb sambal cili tak masak , pepahat pon liat.spoil sungguh
Sotong goreng tepong yg tawar tp rangup.pencicah tak sedap
Ni namanye kangkung kedekut belacan
Pepahat tak habisss..rugi.
Ok ker tak ya harga nye??Bayar je la..
Senyum je la..walaupon makan tadi tak berapa puashati.Sedih sbb nikmat makan tu tak da!~
Selesai makan..apa yg kami nak kata..makanan kat kedai ni sy nak bagi rating 4 /10  je la... Tak boleh repeat lagi...nak komen sikit la...Ikan bakar dia tawar pastu kulit ikan tak siang, pepahat masak cili dia pulak..cili tak masak pastu pepahat tu masih liat tak masak lagi, sotong goreng tepong rasa tawar tp nasib baik rangup. Sayur kangkung belacan tak berapa sedap sbb rasa belacang tak rasa, ala..kedukut belacan kot padahal kat Melaka tu belambak belacan. Patut la org tak ramai makan kat kedai ni. Mmg tak kan repeat lagi ler...

3. Hentian Kuih Kampung

Lokasi terakhir sebelum balik...mmg nak lepas hajat makan kuih muih di Hentian Kuih KAmpung. Pernah masuk JJCM. Masa tgk JJMC hari tu mmg dah tanam niat nak ke sini. Just tapaw je..makan dalam keter sepanjang perjalanan balik KL.Alamakkk lupa sungguh nak tangkap gambar kuih muih yg kami beli. Mmg tak sempat..terus ngaappp...Paling sedap Popiah Kukus dia. Rasa nak nangis bila dah habis. Okay nnt nak repeat lagi kalo dtg Melaka lagi. Bersebelahan Perhentian Kuih Kampong ni ada 1 hotel. Lagi bagus kalo sewa hotel situ je...Hotel tu pOn nampak menarik. InsyaAllah 1 day nnt nak stay kat hotel tu n makan2 sampai puas di sini.**kalo tak silap nak hotel tu Arena Delux Hotel**
Pagi2 dah sampai..org tak ramai tp kuih dari masuk pintu hingga ke hujung meja.Meriah!~
Pernah masuk JJCM


Sebelum balik, jangan lupa beli ole2 dari Melaka untuk keluarga dan kawan2 opis..
Kalo pusing2 Melaka still tak tahu nak beli ole2 Melaka kt mana , korg boleh la singgah di Pahlawan Walk Market. Lokasi berhadapan dgn Menara Taming Jaya.
Di sini..Landmark Pahlawan Walk Street
Suasan di belakang lorong
Ada kedai makan, masa kami smp tak bukak sbb pagi sgt
Nak beli t shirt ada di sini
Belacan...dodol..cincaluk...pes asam pedas dan mcm2 lagi ada di sini
Lagi macam2
Beli macam2...utk sayang2ku di KL
Kami..tangkap la gambar gak berdua..

Selesai sudah citer kami bercuti di Melaka. Okay pada korg yg sedang bercadang utk ke Melaka boleh jadikan travelog sy ni sbg panduan utk dapatkan sedikit info. WalaupOn tak banyak tapi dapat membantu.


5 ulasan:

  1. Salam... Nak tanya la..hotel ni ada lif ke? Sbb sy plan nk bcuti ke melaka gak ujg bln nnt.. :)

    BalasPadam
  2. misz | ada yunk....lift dia pon best....

    BalasPadam
  3. Cik Anne Cherry | sekali dgn breakfast yunk...knp? nak gi ker?

    BalasPadam

Capri by Fraser, Kuala Lumpur

Kebisingan jentera berhampiran dgn pembangunan yg sdg berjln di sekitar Jalan Kerinchi seolah2 hilang bila selangkah kaki masuk ke lobi ...