Jumaat, 11 Ogos 2017

Capri by Fraser, Kuala Lumpur


Kebisingan jentera berhampiran dgn pembangunan yg sdg berjln di sekitar Jalan Kerinchi seolah2 hilang bila selangkah kaki masuk ke lobi hotel  Capri by Fraser, Kuala Lumpur.


Pandangan Pertama

Disambut oleh penyambut tetamu yg murah dgn senyuman, terubat sikit keserabutan jem disekitar laluan jalan sewaktu menuju ke Hotel Capri by Fraser, Kuala Lumpur.

Sewaktu melangkah masuk teruja dengan dekorasi ID di ruang lobi. Simple but Wowww.. Di bahagian lobi sebelah kiri, turut disediakan kemudahan  ruangan workstation dengan komputer iMac yg begitu canggih buat tetamu hotel. Dan bahagian kanan lobi pula terdapat Caprilicious merupakan satu2nya cafe yg berada di hotel ini.

Buat pengetahuan, Hotel Capri by Fraser, Kuala Lumpur mula beroperasi sejak April 2014 yg lalu. Berkonsepkan hotel resident. 34 tingkat keseluruhannya. Jenis bilik hotel yg ada di sini termasuk studio deluxe, 1 bilik deluxe dan 3 bilik deluxe. Seriusly ,konsep hotel ini betol2 buat kita seperti berada di rumah.

Pengalaman yg aku nak kongsi time menghabiskan selama 2hari 1 malam di sini terbukti memberikan suatu kenangan yg indah buat kitorg.



Bilik Hotel

Kitorg stay di studio deluxe,sudah cukup memadai buat kitorg berdua. Keluasan 60 meter per segi. Sangat2 lengkap pd keseluruhannya kemudahan yg ada pd dlm bilik. 

Nak bercakap pasal bilik, tak ada satu benda pun  yg negetif di mata aku. Setiap ruang dan inci pada aku semua nye perfecto. Tahniah...Capri by Fraser, Kuala Lumpur.

Studio deluxe yg kitorg stay terbahagi kepada 3 section. Masuk je dari pintu bilik merupakan section pertama, di mana section ini adalah ruang dapur. Dilengkapi dengan meja makan,peti ais, dapur elektrik,microwave, pinggan mangkuk,perkakasan memasak, sinki dan almari berkabinet. Kemudian, section ke2 dimana terletaknya bath room dan juga ruangan almari baju. Di ruangan ini jugalah tempat aktiviti iron-mengiron dan lebih sesuai dikategorikan sebagai tempat persalinan. Section ke3- ruang cozy...di sinilah ruangan privacy. Ada katil king size dan tv flat dgn bermcm2 pilihan channel. Ruangan ini agak besar, boleh bentang satu toto kat bawah depan tv.

Studio deluxe ini jenis berbalkoni. Sudah pasti tetamu seperti aku yg begitu teruja lagi2 stay di bilik tingkat 25 ingin menikmati suasana panorama city view. Lantas ingin membuka sliding door  lalu berkunci la pulak. Cehhhh.... Capai telefon dan telan "0" ingin berckp dgn operator bertanyakan hal sliding door. Ohhh...setelah dimaklumkan ,pihak hotel mempunyai polisi. Pihak hotel akan membuka kunci sliding door sekiranya ada permintaan dari pelanggannye sahaja setelah polisi tersebut ditandatangani. Mungkin pihak hotel tak nak ambik apa2 risiko dan dikhutiri boleh mengundang kepada perkara yang tidak diingini berlaku. 


Caprilicious

Di Caprilicious merupakan cafe tempat bagi tetamu hotel menikmati sarapan dengan aneka makanan. Sarapan pagi yg disediakan terdiri dari Malay Cuisine dan english breakfast. Di cafe ini dapat memuatkan 90 orang pada suatu2 masa. 

Masa kitorg datang seawal jam 8.00 pagi untuk sarapan, suasana cafe sgt tenang, makanan pon still byk dan penuh cantik dalam bekas. 15 -30 minit kemudian,majoriti semua pulun serbu cafe. So,keadaan cafe pun jd tak tenang.Makanan banyak habis dan lambat direfill. Mujur la kitorg dapat merasa.














Infinity Swimming Pool dan Jet PoolHotel In

Salah satu perkara yg best ada pada hotel ini adalah infinity pool di roof top nya beserta extra bonus city view yg ohsem  dan aku pasti tidak mengecewakan kepada sesiapa yg melihatnya.

Lagi satu perkara yg aku suka dgn hotel ni adalah Jet Pool dia. Terletak di aras paling atas sekali.Ingatkan infinity pool dah paling atas kan... ?? bagi yg suka privacy lebih2 lagi sweet couple , jet pool adalah pilihan yg tepattt..Kepada muslimah2 sekalian yg memeluhara aurat juga,  jet pool ini sgt sesuai utk kalian kerana dilengkapi dengan tirai. Jadinye, tiada masalah sekiranya muslimah sekalian nk mandi sambil free-hair. Diingatkan, di jet pool ini korang tidak dibenarkan membawa sebarang sabun sama ada dalam bentuk cecair mahupun ketul. 





Fasility Lain

Sejak hari pertama menjejakan kaki di sini, kitorg dah explore fasility2 yang disediakan. Wahhhh...macam2 ada. Sudah tentu ada gym, gym dia besar giler..byk peralatan untuk exercise. Sapa yg nak try kick boxing pon turut disediakan. Paling best games room. Disini disediakan tempat bermain play station. Tempat ini sesuai sangat utk aktiviti indoor bersantai-santai bersama family. Selain tu, steam dan sauna area kesukaan kita2 yang pompuan ni. Terletak di tingkat atas dalam washroom. Sangat selesa. Bagi anak2 kecik pula, kid playroom turut disediakan untuk bermain. Lagi satu perkara yg aku suka adalah, wifi dia lajjuuu...

Jangan lepaskan peluang ini untuk menggunakan kemudahan dan fasiliti yang diberikan kepada kita sebagai tetamu. 2hari 1 malam di sini tak sempat untuk kitorg menggunakan fasiliti semua ini. Hanya sekadar swimming pool dan jet pool saje. Lebih ingin menghabiskan masa di dalam bilik dengan aktiviti golek2, kerana katil dan tilamnya tersangatlah best dan selesa..empukk..


Overall

Overall, puashati dengan percutian ini. Bilik yang besar,bersih, menghadap city view, boleh menikmati panorama sunset di KL. Bagi korang yang tak da idea utk shortvacay terutama sekali di sekitar KL atau Lembah Klang, boleh cuba di sini.

Meh nak belanja pic lomantik el amor dari kitorg. Kan dah kata...tempat ni best.





Tempahan

Untuk tempahan boleh hubungi 
0323860888

 atau 
membuat tempahan melalui 
Booking.com ,
 Agoda 

atau

 terus ke website hotel Capri by Fraser, Kuala Lumpur.












Khamis, 10 Ogos 2017

Family Gathering | Omah Liren Sungai Besar, Selangor


Sweet moment..
Family Gathering di Omah Liren , Sungai Besar Selangor - Cuti Cuti Hari Raya Aidiladha

Perjalanan dari KL, semua adik beradik berkumpul di rumah mak
Konvoi beramai2 naik 4 buah kereta
Dari KL ke Sungai Besar ambil masa dalam 1jam 30minit..
bergantung juge pd trafik ketika itu

Plan dgn adik beradik utk 
buat family gathering dan aktiviti Bbq
Segala urusan penempatan, diuruskan oleh aku dari A to Z. Family pon x kisah mana2 asalkan tempatnye menarik
So,google to google terjumpa Omah Liren ni
Nama nye mungkin agak asing pd korg
Kalau tak salah tu bahasa jawa
Sesuai la dgn tema nama chalet
lokasinye pun dlm lingkungan masyarakat  jawa 

Sesampai je di Omah Liren
Agak teruja dgn reka binaan rumah ini
Aku nak kelas kan rumah persinggahan ini sebagai apa ya? 
Mungkin chalet...? 
mahupun villa?

Anak2 buah aku paling tak sabar
Bila terlihat swimming pool
Kedengaran air pancut yg dtgnye 
dari arah tepi chalet ini
Masing2 nak rendam kaki
Sikit lagi tu nak terjun pool

Bergambar2 dgn kanak2 semua.. suka tgk anak2 buah happy
Small celebration utk birthday adik ipar
My Donut...syok oOooo....
Aktiviti BBQ di tepi pool
Aktiviti BBQ secara berjemaah
Okay nak tunjuk ini laluan n view dari tepi jalan
Potrait berdua utk diabadikan. 
Family Potrait..masa ni Hari Raya Aidiladha

Isnin, 31 Julai 2017

Alwaystravelicious | Osaka Japan



Ingin aku katakan di sini....
Impian aku kini sudah menjadi kenyataan
Betapa happy nye aku
Impian aku nak ke Jepun sejak kecil telah menjadi kenyataan
Entah kenapa? Impian ingin ke Jepun sejak kecil telah menjd wishlist aku tanpa disedari
Mungkin aku di besarkan dgn cerite kartun Doraemon?? Hahahaha


Sambungan...

Blog tertunggak.... Tunggu je la cerita tera kami..sooooon...






Khamis, 10 Mac 2016

Munafik


Movie time..Tahniah Syamsul Yusof.Munafik wajib tgk.Good story line,bukan sekadar seram semata2. Dr awal citer smp hbs penuh tanda tanya.






Aroma Ikan Bakar, Jeram












Capri by Fraser, Kuala Lumpur

Kebisingan jentera berhampiran dgn pembangunan yg sdg berjln di sekitar Jalan Kerinchi seolah2 hilang bila selangkah kaki masuk ke lobi ...