Jumaat, 19 Februari 2010

Dumb Cooking | Kuey Teow Sup

Menu yg saya nak share ini
sesuai sgt utk mereka yg menjage kalori
di dlm badan ye
Memandangkan saya dah boring mkn nasi
maka terhasil la Kuey Teow Sup versi Dahlia

Kuey Teow Sup~

Bawang Goreng | Sambal Kicap | Ayam | Sawi


Resepi untuk ( 2 org makan )

Bahan-bahan untuk membuat sup

  • 1 ekor rangka ayam - dikerat-kerat
  • 1 kiub ayam
  • 4 ulas bawanh merah - ditumbuk
  • 6 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 3cm halia - ditumbuk
  • 1 batang kayu manis
  • 3 biji buah pelaga - diketuk
  • 1 batang serai – dititek
  • 1 ½ biji limau nipis 
  • 1 sudu kecil lada sula- ditumbuk
  • Segenggam daun sup
  •  5 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa 

Cara-cara

  1. Tumis bahan2 yg telah ditumbuk tadi hingga naik bau.
  2. Masukkan kayu manis dan buah pelaga. Kemudian masukkan serai. Kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan air. dan kiub ayam.Tunggu hingga sup mendidih. Baru masuk tulang2 rangka ayam. Masak dlm 5minit dgn api yg besar. Biarkan tulang2 ayam tu kuarkan rasa ayam.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Bahan-bahan untuk membuat sambal kicap

  • 10 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 ½ biji limau nipis 
  • Gula secukupnya
  • Kicap Kipas Udang (merah)

Cara-cara

  1. Blender/tumbuk cili api, cili merah, bwg putih.dan sedikit gula
  2. Keluarkan bahan2 yg telah di blander/ditumbuk ke dlm mangkuk
  3. Perahkan limau dan bubuhkan kicap. Siap dahh...

Bahan-bahan (isi ayam)

  • 500gm isi ayam - dipotong kecil 
  • Garam
  • Lada sula - ditumbuk

Cara-cara

  1. Masukkan isi ayam ke dalam kuali. Di gorong tanpa minyak.
  2. Masukkan garam dan lada sula. Kacau2 hingga isi ayam tadi masak.

Bahan-bahan lain

  • 4 sudu bwg grg - siap beli jer..
  • 1 cekak Sawi - di potong dan di rebus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Capri by Fraser, Kuala Lumpur

Kebisingan jentera berhampiran dgn pembangunan yg sdg berjln di sekitar Jalan Kerinchi seolah2 hilang bila selangkah kaki masuk ke lobi ...