Sabtu, 9 April 2011

MoviE 2011 | HOP

Kami dating tgk wayang~
Weekday pulak tu, PONTENG haper?
kanTOI sudah...

Filem ketiga saya saya tonton dlm tahun 2011 ini.
HOP adalah sebuah filem komedi yg menghiburkan
dan mula ditayangkan pada 1 April 2011.




Easter Island adalah sebuah pulau yang mempunyai sebuah kilang membuat coklat dan candy khas untuk perayaan Easter yang dimiliki oleh Mr. Easter Bunny.


 Mr. Easter Bunny.mempunyai anak yg bernama E.B. E.B. diharapkan untuk menjadi pewaris kpd Easter Island yang akan edarkan candy dan coklat kepada kanak-kanak diseluruh dunia apabila tiba musim perayaan Easter ~ mcm Santa Clause.

Tetapi apabila tiba masa untuk  Mr. Easter Bunny iaitu bapa kpd E.B. mengumumkan E.B. sebagai penggantinya, E.B. menolak kerana dia mempunyai cita-cita lain. E.B. ingin menjadi drummer. Bapanya tidak izinkan dan akhirnya E.B. melarikan diri ke Hollywood dengan harapan untuk mempunyai sebuah band.


Semasa di Hollywood, E.B. telah bertemu dgn seorang anak muda yg benama Fred O'Hare. Walaupun usia Fred sudah menjangkau 28 tahun, namun masih belum mempunyai pekerjaan. Keluarga Fred sgt memandang hina terhadap Fred termasuklah ibubapa dan adik perempuannya. Walaubagaimanapun, kakaknya sgt bersimpati terhadap Fred lalu mendapatkan kerja buat Fred di sebuah syarikat video games. Kakaknya juga telah meminjamkan rumah bosnya yg sedang bercuti.



Saat-saat Fred dan E.B bertemu sewaktu Fred sedang memandu menuju ke rumah bos kakaknya. Sedang Fred asyik drive tiba2 Fred terlanggar E.B yg sewkt itu dalam kesedihan. Dengan meraih simpati, E.B. setuju untuk dibiarkan tinggal sementara bersama Fred.



Setelah mengetahui E.B. melarikan diri, Easter Bunny menghantar Pink Berets, 3 gadis Bunny aka Royal Guard untuk membawa E.B. pulang. Macam Charlie's Angels plak. ;p Dalam pada E.B. nak mengelak daripada dijumpai oleh Pink Berets, dia telah berjaya dlm satu talent audition yang dikendalikan oleh Mr. Hoff. Dan beberapa hari lagi dia akan dijemput untuk ke rancangan tersebut.

Fred pula mula sedar bahawa apa yang dia inginkan adalah untuk menjadi Human Easter Bunny. Ada memori berkaitan Easter Eve pada waktu kecil yang menyebabkan Fred membuat keputusan tersebut. Setiap hari E.B. melatih Fred supaya menjadi kuat dan layak untuk menjadi Easter Bunny. Malangnya pada hari E.B. pergi ke rancangan talent tersebut, Fred telah ditangkap oleh Pink Berets kerana disangkakan telah membunuh E.B. Carlos iaitu orang kanan Easter Bunny mengambil kesempatan tersebut untuk melaksanakan rancangan rampasan kuasanya.

Berjaya ke plan Carlos dan apa yg terjadi kepada Easter Bunny, E.B dan Fred seterusnya?
Marilah menonton HOP di Cinema yg berdekatan.

Rating:
3.0/5.0


1 ulasan:

  1. musti tonton nih .... sbb ader namer eB la... ;p
    singgah kembali & polo yer :)

    BalasPadam

Capri by Fraser, Kuala Lumpur

Kebisingan jentera berhampiran dgn pembangunan yg sdg berjln di sekitar Jalan Kerinchi seolah2 hilang bila selangkah kaki masuk ke lobi ...