Semalam...Ahad adalah hari lunjur2 kaki sedunia...
Aktiviti terbaik kami adalah menonton wayang...
Citer yg diperkatakan org....Iklan besar2an...
Maka dgn itu, saya + En Hubby sgt tergoda utk
menonton Nur Kasih The Movie (NKTM)
**movie yg ke 4 kami tonton dlm tahun 2011**
Dialog yg sering terngiyang-ngiyang di telinga:
"Selagi abang masih hidup, abang akan sentiasa ada di sisi Nur" - Aidil
Tgk wayang di TGV Jusco Cheras Selatan
Pagi2 kul 10.30 dah beratur...tu pOn sgt ramai...
ke belakang juga la di buatnye..namun tabahkan hati.
Sampai kaunter beli tiket dlm kul 11 pagi masa tu...
Nasib baik waktu taygan kul 11.20pagi. sempat lagi tu
Beli 2 tiket dewasa dgn harga RM9 setiap satu..
- Nur Kasih The Movie telah ditayangkan di pawagam pada 19hb Mei lalu
- Lanjutan dari drama Nur Kasih yang ditonton 4.3 juta orang dengan durasi 40 tahun cerita kisah cinta Nur Amanina dan Adam.
- Trailer yang sungguh hebat dengan pemandangan di Timur Tengah
- Filem Nur Kasih dikatakan lebih meruntun jiwa dan mampu membuatkan penonton mengalirkan air mata. **bagi saya TIDAK**
- Sentuhan pengarah yang cukup hebat , kalau bukan Khabir Batia. Walaupun pengarah cuba merahsiakan jalan ceritanya, ramai yang makin tak sabar sabar nak tau sinopsis dan jalan cerita Nur Kasih The Movie ni.
Jom kita ikuti jalan cerita serba sedikit Nur Kasih The Movie
Jalan cerita Nur Kasih the movie dimulakan dengan pemandangan di padang pasir di Jordan, kelihatan dua orang arab Badwi sedang berjalan jalan, dan tiba tiba dikejutkan dengan kemalangan ngeri sebuah keretapi berlanggar dengan sebuah kenderaan. Kemudian penonton dibiarkan suspen dengan scene tadi.
Jalan cerita diteruskan di kampung tempat Nur Amanina dan Adam dengan kenangan kenangan nostalgia mereka masa dulu.
Isteri Aidil iaitu Aliya telah meninggal dunia disebabkan kemalangan dan dia meninggalkan dua anak iaitu Ilyas, 7 tahun dan Maryam 5 tahun . Aidil yang kematian isteri dilanda kesedihan dan kemurungan dan dia jadi bapa tunggal terpaksa membesarkan anak sendirian
Isteri Aidil iaitu Aliya telah meninggal dunia disebabkan kemalangan dan dia meninggalkan dua anak iaitu Ilyas, 7 tahun dan Maryam 5 tahun . Aidil yang kematian isteri dilanda kesedihan dan kemurungan dan dia jadi bapa tunggal terpaksa membesarkan anak sendirian
Rating:
3.0/5.0
Tiada ulasan:
Catat Ulasan