Isnin, 6 Jun 2011

Malam ber'KARAK'


Dear blogger...
Malam ber'KARAK' di buatnyer...
Malam tadi sy + Hubby layan Filem KARAK...
Fuhhhhh!~ Berdebar Ketak ooOoOOOoooo....
Saje nak menguji perasaan ni...
Sememangnye saya adalah seorg yg kecuttt..hehehhe...

Jom ikuti sinopsis Filem Karak
yg sememangnye diceduk disini



Berdasarkan kisah legenda dan penampakan yang mengerikan di sepanjang jalan raya Karak, ‘Karak’ merupakan filem keluaran Kru Studios yang bakal membawa anda ke dalam dunia filem seram dan diarahkan oleh pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim.

Barisan pelakon yang membintangi filem seram ini ialah Shahir AF8, Sheera Aiyob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussin. Filem ini akan ditayangkan pada 26 Mei 2011.

Empat pelajar kolej sedang menuju kembali ke Kuantan selepas bermalam di KL dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang Karak Highway.

Oleh kerana mereka mempunyai kelas pada keesokan awal paginya, mereka membuat keputusan untuk keluar dari lebuhraya dan meneruskan perjalanan mereka menggunakan jalan lama. Mereka tidak mengetahui bahawa keputusan ini akan mengubah hidup mereka selamanya.

Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.
 

Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

Antara watak2 Entiti/Hantu yg digunakan dan dilakonkan.....dlm filem karak.
10 jenis hantu seperti langsuir, hantu budak sekolah, hantu nenek tua, hantu tiga kepala, hantu kebaya dan banyak lagi. Jenis hantu ini memang selalu diperkatakan di Jalan Karak lama...jadi hantu-hantu inilah yg Yusri KRU masukkan dlm Filem KARAK ni...

 Menakutkan sggh budak sekolah ni....

Seram...Langsuir~

Paling seram~

Rating:
4.0/5.0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Capri by Fraser, Kuala Lumpur

Kebisingan jentera berhampiran dgn pembangunan yg sdg berjln di sekitar Jalan Kerinchi seolah2 hilang bila selangkah kaki masuk ke lobi ...