Khamis, 7 Julai 2011

Al-kisah ~Cicak makhluk yg dasYat~


  Pixar | Cicak yg melekat pada cermin kereta kami...Menggelikan bile dapat tgk secara dekat 

Saya tejumpa beberapa kenyataan tentang perkara ini.

1.      Riwayat dari Ummu Syarik:
"Sesungguhnya nabi  s.a.w menyuruhnya membunuh cicak"
2.      Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya:
"Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah (penjahat kecil)"
3.      Riwayat dari Abi Hurairah dari nabi s.a.w:
"Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan
membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan, kebajikannya kurang dari yang kedua"
 
4.      Ibn Majah pula di dalam sunannya meriwayatkan:
“Daripada Sanibah Maulah al-Fakih ibn al-Mughairah yang menemui ‘Aisyah di dalam rumahnya, lalu beliau melihat di dalam rumah ‘Aisyah (isteri Nabi S.A.W.) ada lembing, lalu dia bertanya: Wahai Umm al-Mukminin apa yang anda lakukan dengan lembing ini?” jawab ‘Aisyah R.A.: “Kami gunakannya untuk membunuh cicak-cicak, kerana Nabi S.A.W. menceritakan kepada kami, Nabi Ibrahim ketika dicampakkan ke dalam api, tidak ada binatang yang melata di muka bumi semuanya berusaha untuk memadamkannya melainkan cicak, ia meniup (utk menyemarakkan api) ke atas Nabi Ibrahim, lalu Nabi S.A.W, menyuruh kami membunuhnya.” (HR Ibn Majah 3222, di dalam al-Zawaid dinyatakan: Isnad hadith ‘Aisyah ini sahih dan rijalnya thiqaat)

Kenyataan no 1 & 2

Terdapat 3,800 spesis cicak dalam dunia ini (http://eduscapes.com/nature/lizard/index2.htm) Cicak yang mana satu sunat dibunuh?.
 
Iguana dan Dhab (biawak pasir - Uromastyx aegyptius microlepis) spesis cicak. Sanggupkah pencinta haiwan membunuh Iguana? Yang paling mencuit hati saya adalah spesis cicak bernama Dhab digalakkan makan  kerana kononnya boleh menguatkan tenaga bathin.

Khalid AlWalid Jeneral tentera Islam yang juga dikenali "Saifullah" atau Pedang Tuhan yang sangat digeruni, disegani dan diigaui oleh musuh-musuh Islam satu ketika dahulu juga pernah makan spesis cicak ini dihadapan nabi! Adussss…

Daripada Ibnu Abbas r.a Berkata :Telah memasuki aku dan Khalid bin al-walid bersama Rasullullah s.a.w dalam rumah Maimunah isteri Baginda .Maka kami di hidangkan dengan daging dhab maka Rasullullah s.a.w menjamahnya.Maka didatangi oleh wanita di rumah maimunah dengan mengkhabarkan kepada Baginda saw dengan menunjukkan bahawa makanan itu adalah dhab lalu Baginda melepaskan tangannya,lalu Rasulullah saw di tanya adakah haram dhab? lalu Rasulullah berkata tidak akan terjadi di bumi kaumku perkara bermanfaat dimaafkan .berkata khalid maka aku memakannya dan Baginda melihatnya.

Ada pula segelintir pengumpul barangan mistik sanggup membeli cicak ekor bercabang dengan harga yang mahal yang kononnya boleh dibuat sebagai pelaris?
 

Kenyataan no 3

Bayangkan wajah seseorang yang cuba membunuh cicak dengan sekali pukulan semata-mata inginkan pahala 100 kebajikan.

Bayangkan pula wajahnya ketika  membunuh cicak tersebut pukulan kali kedua kerana gagal membunuhnya kali pertama. Pada ketika ini, saya rasa niatnya untuk mendapatkan pahala 50 kebajikan tersasar sedikit kerana ‘geram’ cicak tu tak mati  lagi!

Bayangkan lagi jika cicak itu tak mati-mati walaupun dah kena pukul 4 kali. (pukulan pada ekor cicak yang terputus tetapi masih bergerak pun nak kena kira juga pukulannya)
 

Kenyataan nombor 4

Macam manalah agaknya rupa muka cicak yang menghembuskan  api yang sedang panas membara dan berapa jauhkah agaknya jarak untuk cicak tersebut menyemarakkan api. Mungkin cicak zaman dulu besar macam harimau kot! Agak-agaklah bro..
 
Kalau ada masa kita sambung perbincangan Islam digalakkan membunuh haiwan seperti ular, anjing, kalajengking, gagak, rajawali dan tikus. (Adalah lebih baik jikalau sahabat-sahabat dilaman ini yang ulaskan)

Antara burung dan cicak (kisah Nabi Ibrahim)

Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, ‘buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.’
Lalu dijawab oleh burung tersebut, ‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak‘.
Dan janganlah kita menjadi seperti cicak (yang terbang), yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)
Anbiyaa [69] Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.
Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :”Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…”


SELAMAT BERAMAL

**mudahnye kita sbg hamba Allah ni nak dapatkan pahala**

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Capri by Fraser, Kuala Lumpur

Kebisingan jentera berhampiran dgn pembangunan yg sdg berjln di sekitar Jalan Kerinchi seolah2 hilang bila selangkah kaki masuk ke lobi ...