Ahad, 8 April 2012

TIPS Menghias Bilik Tidur Romantik

 
1. Cat menggunakan warna yang romantik seperti warna pink, purple atau peach. Sebaiknya buat satu 'feature wall' supaya kelihatan lebih menyerlah. Jangan pilih warna2 terang seperti merah terang atau orange kerana penggunaan warna memainkan peranan penting pada mood semulajadi manusia. Jika anda menggunakan wall paper, jangan terlalu sarat hingga mengundang rasa... lemas sebaik saja anda melangkah masuk.

2. Warna langsir harus berpadanan dengan warna feature wall anda dan menggunakan material yang jenis lembut dan ringan. Jika anda suka menggunakan motif floral di bilik tidur, gunakan corak yang berbunga kecil.

3. Bangkitkan mood dengan cadar yang sesuai. Jangan pula anda menggunakan cadar bercorak gambar ikan , gajah atau kartun. Pilih cadar yang boleh mebangkitkan mood dan suasana romantik seperti warna-warna yang sekata dengan warna dinding dan langsir. Sembur sedikit pewangi untuk rasa lebih romantik dan nyaman.

4. Gunakan lilin aromaterapi. Jika anda suka anda boleh menggunkan lilin aromaterapi tetapi awas agar tidak terlalu dekat dengan langsir. Dah terbakar nanti susah pulak satu rumah. Kalau tak rajin nak bakar lilin selalu boleh gunakan auto spray yang banyak di jual kerana selain masanya boLeh diselaraskan mengikut kehendak, bilik juga akan sentiasa berbau wangi pada bila-bila masa.

5. Aksesori sebagai pelengkap bilik tidur seperti frame bunga atau frame gambar lukisan anda berdua bersama suami. Frame besar akan menjadi titik tumpu untuk sesebuah bilik. Namun jangan letak disekeliling bilik lebih-lebih lagi pada bilik yang keciL. Letakkan juga seberkas bunga segar untuk lebih ‘hidup'.


Harap dapat membantu~ Selamat berdekorasi...





1 ulasan:

  1. tak sabar nak cat rumah..hati ni dah meronta2...Hubby bz jer tiap hujung minggu....nak upah org sayang nye..sbb benda boleh buat. bile la hubby nak free??

    BalasPadam

Capri by Fraser, Kuala Lumpur

Kebisingan jentera berhampiran dgn pembangunan yg sdg berjln di sekitar Jalan Kerinchi seolah2 hilang bila selangkah kaki masuk ke lobi ...