Isnin, 22 Julai 2013

Diary Ramadan Dahlia # 11

Di Ramadan ke SeBeLaS

**Kemeriahan berbuka bersama family**

Memang dah book hubee awal2 lagi
Asyik berebut dgn boss dia je
So, huBee pOn kerja halfDay Seawal minggu lepas lg dah book
Sebab??
My ALong wassup nak berbuka ramai2 kat rumah ibu
Bawak sekali  juadah berbuka nanti
Menu adalah bebas

Memang dah terbayang2
Nak makan masakan ibu puas2
Masakan air tangan ibu adalah yg paling bestttt
Sebenarnya yg paling nikmat adalah bila dpt kumpul sefamily
Meriah tak usah ckp la...Dgn riuh rendah anak2 buah lagiiii

Juadah yg sempat sy buat cuma roti jala
Kuah kari roti jala mmg tak dan takot nak buat
Tak dan atau tak mau ambik risiko
Bulan2 puasa nak masak gulai kari mmg out surrender lah awal2 lg
LagipOn abg ipar kata dia nak bawak ikan masak kari
So, boley tak tumpang sekali sapa2 nak buat cicah

Lauk pauk yg ibu masak di atas permintaan anak2nya
Yg kami mintak pOn tak heavy sbb kami tau ibu yg akan masak sorg
So, ibu tak da la bingung nak masak ape kan
Kami minta ikan keli bakar cicah budu, sayur masak lemak putih,
Kerabu babat, lauk tambahan abg ipar bawak ikan mayong msk kari
Ibu saya adalah pakar membuat kuih cara berlauk
Hobi dia buat cara berlauk
Hari2 hantar kat kedai2 makan dan pasar settiap pagi
Org masjid ker , org buat kenduri ker byk tempah kat ibu
So, sy memang rindu nak makan kuih cara berlauk ibu

Sekitar majlis berbuka di rumah
Kemeriahan dapat berkumpul adik beradik semua
My lil yg paling kecik ni pOn nak berbuka sekali
Nama dia Allesya Hanna
Hai Hanna!~ Dah mcm makcik2 dah kamu yaa..
Gaya kaki kamu lipat tu mcm makcik2 rewang kat dapor
Hahahahahha....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Capri by Fraser, Kuala Lumpur

Kebisingan jentera berhampiran dgn pembangunan yg sdg berjln di sekitar Jalan Kerinchi seolah2 hilang bila selangkah kaki masuk ke lobi ...