Rabu, 16 April 2014

Bercuti di Cameron Highland | Feeling2 Romantika

Walaupon dah seminggu yg lepas bercuti di Cameron Highland,
Hati masih mekar mewangi lagi dan masih teringat lg kenangan manis saat2 bercuti berdua di sana
Kalau nak tahu apa manisnye,baca smp habis
Sebelum kenangan itu lenyap macam tu je... baik citer kt blog...dpt diabadikan dan korg yg sedang mencari info sedikit sebyk dpt bantu korg juga nnt kan..?

Maaf ya,entry percutian ke Cameron Highland ni sy tak buat Part 1,Part 2, mahupun Part 3 dan ia akan menjadi panjang nak mampss Sebab sy tak reti nak berpart2 ni dan sy malas. Okay...kita pulun kasi habis cerita sekaligusss...senang citer..hahahhaha..

Bermula...
Perjalanan kami bermula dr Seri Kembangan --- Cameron Highland
Bertolak dari rumah dlm jam 7.00 pagi
Sampai Cameron dalam kul 10.00 pagi
Melalui highway utara-selatan
Kemudian exit Tapah **alternatif jln lain boley exit Simpang Pulai**

Plan nak gi bercuti saje2 ke Cameron Highland dah dirancang setahun yg lepas daripada tarikh yg kitorg booked hotel. Dasyattt tak dasyat persediaan rapi kitorg ni? Hahahaha...Nak dapat harga murah mcm kami dpt ni, rajin2 la tgk Booking.com ya... bukan senang nak dpt harga promosi murah nak nangis ni.
3 hari 2 malam cuma RM156.00 . hotel bajet mcm ni mmg tak da breakfast**harap maklum ya**

Okay saya mulakan dgn citer hotel review dulu ya..
Percutian selama 3 hari 2 malam di Hotel Silverstar, Bringchang. Hotel Silverstar ni dikategorikan sbg hotel bajet saje. Tp kan...yg menariknye dgn hotel ni furniture yg disediakan semua baru2 dan berjenama.
Tilam Vono, Panasonic, Cornell, Johnson Suite, Ikea,Joven. Peerrgghhh...klassss tak klaass jenama2 yg sy nyatakan?? Pilihan hotel bajet kami ni boleh kata hotel bajet yg masih bermaruah lagi. Tak da copak-capik yaaa... teruskan dgn pembacaan korg smp habis ya...nnt diakhir entry ni pasti membuatkan korg rasa lagi x percaya dgn hotel ni.hihihihi.... Mehhh...layan tgk gambar2 yg diambil sy ni, mana tahu korg2 yg baca ni leh mendorong korg utk try stay di hotel ni apabila bercuti di Cameron Highland.
Flat Screen Panasonic. Klasss tak?? Hotel bajet je pOn...Tapi channel RTM sajo utk makluman. Maybe akan dtg diorg akan improve. Hopefully.... Okay maybe 2nd time nnt kalo sy stay sini harap2 ada perubahannya...
Vono. Klassss ko!~ menjaga tulang belakang anda.. tilam yg hempukkk...Habis dah siap lenjan :P
Joven... walaupon hotel bajet tp ada pemanas air. Air panas yg disalurkan pon sekata je panasnya..Kat rumah den pon jenama cikai sajor..
Johnson Suisse...Belum tentu lagi hotel 3 bintang pOn guna jenama ni
Lagi Johnson Suisse kannnn...dah kata tadi
Haa...ni sy tahu!~ Ikea punya. Sbb setiap kali gi Ikea mmg nampak para2 ni
Cornell... bagus yeahh..boleh masak air but maggie
Panasonic..kipas yg menghasilkan angin yg cukup kencang. Sejukkkk satu bilik.


Lagi satu perkara menarik tentang lokasinya
Lokasi Hotel Silverstar, Brinchang ni sgt la bagus pada saya..
Terletak di tengah2 antara Tanah Rata dan Tringkap
Selain tu, utk mencari kedai makan di sekitar berhampiran hotel ni pon senang.
Ada KFC, medan selera, kedai tom yam dan steamboat org melayu, restoran mamak, kedai runcit dan juga org jual burger.

Ada beberapa perkara yg membuatkan sy tak suka tentang hotel ni.

1- Receptionist tak mesra alam langsung. Since kat KL lg time sy call utk comfirmkan tarikh booking bilik kami. Biasa la nyonya Cha Ya Nun Alif mmg tersgt hampeh. Ok tak per..perasaan itu kita ketepikan sbb kita pon bukan nak tidor dgn nyonya tu kan...Janji dpt bilik murah sudaahhh :-)

2- Tiada siaran television yg clear. Yg dapat RTM tv2 je. Mmg kat rumah jarang sekali tgk RTM tv2, time kt cameron hari tu try n paksa tgk gak,alih2 tutup tv terus sbb bosan nak mampss!! Ok tak per... bagus gak x da siaran ASTRO...kalo tak hubee ni asyik layan bola je lgsg x fedulik wifey dia kat sebelah. So, malam tu mmg kitorg hanyut.. @#$!&@#&*@ hakahakhak... 18sx ko!

3- Di tingkat bawah hotel ni ada restoran steamboat Cha Ya Nun Alip, bau-bauan asap tu mmg naik la masuk bilik.. Ok tak per...Nasib baik baunye sedap, cuma lemas sikit la lubang hidung ni.

Day 1 | 6/4/2014 (Ahad)

Otw nak naik Cameron Highland kalo melalui Tapah, korg akan jumpa Lata Iskandar. Kitorg turun bergambar2 kejap. Main air kat gigi air je. Sejuk gile air nye.. suasana pon nyaman sgt. Dah terasa sejuk2 udara cameron. Hubee cuci muka. Rehat2 kejap sebelum teruskan perjalanan. Tak sabar nak sampai puncak!!
Cuci muka sat dgn air gunung..nak bagi segar2 muka
Haaa.....nampak tak batang terjulur kuar tu...Tu la monopod kami...Beli murah je kat fb. RM40 sampai depan rumah. brader tu yg murah setakat ni pada sy. Korang2..kalo dapat lagi murah meh kabar. Sy nak bgtau kawan2 sy
Jualan di tepi jalan di Lata Iskandar. Meriah dgn barang2 jualannya...Tapi tak singgah pOn..

Destinasi pertama yg mula2 kami jumpa dan singgah di Cameron Highland adalah Bharat Cameron Highland.

Seronok sgt tgk pemandangan ladang teh terbentang yg menghijau. Kat Bharat Cameron Highland ni kami makan yg lite2 je..Hubee order Chocolate tea, nugget tempura, sardin puff... Harga RM11.95 semuanya. Hati meronta2 nak turun cepat ke ladang teh smp ke bawah sbb view sgt cantik. Untuk meneruskan pembacaan, layan dulu gambar kami berdua yg sakan bergambar. Rasa2 nak muntah boleh scroll cepat2 ke bawah kay...tiada paksaan!
Sy bergambar di depan Tea House dia... Kat dalam tu ada jual souvenir / cenderamata dan juga teh dan juga fridge magnet (fm). Terlupa sgt2 nak beli FM dia...**nyesal sgt2**
Ini la ghupa pintu gerbang Bharat Cameron Highland. Pastikan korg berada di tempat yg betol ya...Yg ni Pintu pertama . Pintu kedua korg kena teruskan jalan sikit..dalam 200meter mcm tu
Murah ker mahal?? mcm ni RM11.95... boley la...
Mata menghijau.. Dah lama mata ni tak pandang pemandangan yg luas mcm ni.
Syok rasanye duduk lama kat sini..layan2 pemandangan
Gigih kan jua utk turn ke bawah...nasib baik pkai sandal jenis wages... **heel sila elakan**
Bergambor2 otw nak turun ke bawah
Misi berjaya!~ Bukti ni kitorg turun sampai bawah. Tgk cafe **color putih** kat ats tempat kitorg mkn td...kecik je kan...Jauh tau.. tak per mcm sy dah biasa workout hari2.. InsyaAllah kepenatan dapat diatasi dgn senyuman..
Ok ni antara my lovely collection pic sepanjang di Cameron. Puji asben sbb dia yg snap bg nampak comey gini "Pandai abg tangkap pic Lia"
Separuh jalan...sebelum meneruskan pendakian..lagi sejengkal je nak ke atas. Kami short-cut lalu celah2 pokok teh.

Kat luar Bharat Cameron Highland ada tempat jual2. Kitorg tak beli apa pOn..masih kemut duit lagi. Kita beli apa yg perlu sahaja.


Destinasi seterusnya...kami ke BOH Tea Centre Sungei Palas.Namapk tak mainan kami di sini?? Seharian kitorg pulun jalan2 pasal teh dulu kann... Mengade2 nak gi gak sebab teringat shooting Ombak Rindu buat kat sini.

Ya ampunnnn...1st time dtg BOH Tea Centre ni tak tahu lak jalan nak ke ats tu sehala. Gile....tobat rasanye..Hubee yg relax wifey dia yg gelabah lebih. Dah la time peak hour dlm kul 12 tengahari hari ahad mcm tu kitorg naik. Bertembung dgn kereta yg nak turun lagi...fuuhhh...mencabar betol! Setiap selekoh kena bunyikan HON!! menyanyi2 kereta kita di buatnya...sikit2 HON...hokey,itu utk keselamatan juga.

Bila dah sampai atas....mmg berbaloi! Cantik tempatnya...nyaman.. rugi sgt kalo tak bergambar2 ikut kretivity sendiri kaann...monopod mmg kitorg guna sentiasa.

Kat BOH Tea Centre, Sungei Palas ni kami tak makan atau beli apa2 sgt pon. Sebab perut masih kenyang lagi. Just beli teh boh 10paket comel2 utk kawan opis yg rapat saje. Boleh la buat ole2 utk kawan.

Kat kawasan BOH Tea Centre, Sungei Palas ni ada kilang teh yg mana pengunjung dibenarkan masuk dan boleh lihat sendiri melalui dinding kaca **transparent** secara live bagaimana serbuk teh diproses.

Untuk meneruskan pembacaan, layan dulu gambar kami berdua yg sakan bergambar sekitar di BOH Tea Centre, Sungei Palas. Rasa2 nak muntah boleh scroll cepat2 ke bawah ya...tiada paksaan!
My asben ~ Tengok tu....dah macam semut tgk..org mendaki utk terus sampi ke Boh Tea Centre smp ke puncaknya
Wajib ya bagi korg yg dah sampai...penat2 daki tak kan tak tangkap gambar mcm ni

Me pOn nak gak...bukti dah sampai..hehehhe..
Suka tgk cafe dia yg berkaca tu...nampak luxury..
Lentok gedix..
Suka sgt dgn wall susur gajah di sini...unik! sebab tu bergambar kan...
Biasa la...bila guna monopod mcm ni perkataan pon jadi terbalik mcm tu...Boh ada Ummphhh...terus jadi HOB ker ape tah pas tu??!~
Sekai pandang mcm grand piano..hakhakhakhak...
Konon2 bersandar kat grand piano la...Padahal mesin proses teh zaman dulu.
Ini di kilang teh..pengunjung dibenarkan masuk..Percuma. Tak da yg menarik cuma nak tahu tu boleh la...Daripada langsung tak tahu mcm mana kan...Sbb dok hari2 telan air teh...mcm ni la teh di proses
last point dalam kilang...Kebanyakan pekerja di kilang ni India. tgk aci tu...bz buat kerja, dah la time tu hari Ahad. Maknanye, kilang ni beroperasi setiap hari la ya...maybe..?
Di Boh Tea Centre ni korg boleh la borong teh yg pelbagai perisa....yg tak da kat pasaran pon ada jual di sini. Harga dia ada mahal sikit kalo nak compare yg kita beli kat supermaket. Biasa la..tempat pelancongan
Paket teh comel2 ni kami beli utk ole2..saje2 je..
Ini utk kitorg punya...
Macam2 ada..set combo pon ada. pilih la mana berkenan
Pilih yg terbaik
Ini utk kawan2

Motif snap pic ni?? entah...Ingat nak suruh asben berlakon kena sedut dalam lubang lohong tu...tapi asben tak nak..snap je la without him ...Sekali tgk benda ni mcm Ada Ong maaa...

Dalam jam 2.30 petang turun dr BOH Tea Centre, Sungei Palas
Hotel pun belum check-in lagi
Tepat jam 3.00 petang check-in hotel
Just letak bag dan tgk bilik kejap
Perut mula berdangdut..lagi2 tgh sejuk2 lagi la berdouble2 terasa laparnya.
Tanpa pikir panjang...terus terjah KFC yg berhampiran dgn hotel kitorg stay.
Try Zingers..asben snack plate
Nom..nom...nom..

Selesai makan2 di KFC, balik ke hotel
Baru nak explore bilik hotel kitorg tu
Ternyata puashati dgn harga yg dibayar utk 3 hari 2 malam.

Aktiviti seterusnya adalah rehat ,mandi, solat & tidor
Mmg workout betol seharian
Naik bukit-turun bukit kt ladang teh

Dalam jam 6.30petang mcm tu
Pusing2 kat Kea Farm
Sasaran pada petang tu hanya utk membeli makanan utk malam tu saje
Tengok2 harga dulu mushroom, strawberry, limau, jagung dan sayuran lain sebab ramai kata kat Kea Farm ni jauh lebih murah dari kat tempat lain. Last day seblm balik nanti baru beli.
roti sardin sejuk...
Jagung bakar sejuk..
Kamcha grg..mushroon grg...brokoli grg...semua sejuk tp sedap sbb tgh lapar

Malam tiada aktiviti...
Melainkan main fb dan tgk RTM tv2 secara paksaan..

Day 2 | 7/4/2014 (Isnin)

Bangun, mandi dan solat subuh seawl pagi spt rutin harian nak gi kerja. Sebab dah terbiasa..
Keluar breakfast dlm kul 8.00pagi
Tekak ni terasa nak makan tosai dan teh tarik, alamatnye menuju ke kedai mamak la jawabnya..nasib dekat je dari hotel kami stay tu.
Tosai dia biasa2 jer...restoran mamak di Bringchang
Teh tarik cepat sejuk..

Plan hari ke-2 berada di Cameron Highland adalah gi Lavender Garden,Rose Valley, Cactus , Strawberry.

Dah tgk website Lavender Garden waktu operasi start dari jam 9.00pagi. Lepas je breakfast terus menuju ke Lavender Garden yg terletak di Tringkap. Tiket masuk berharga RM5 per pax. Dah bayar mahal2 harus la bergambar dan possing2 bagai. Seronok bila dikelilingi dgn bunga2 lavender dan daisy dgn wangian bunga yg terbau2 dihujung hidung.

Okay...kat Lavender Garden ni nnt ada bangla tukang tangkap gambar guna DSLR. Nnt seblm melangkah keluar dari gate tu ada bangla yg akan tny korg sama da nak beli tak gambar yg ditangkap td. Diorg akan print dan framekan kalo korg setuju nak beli. Mcm kitorg beli pakej yg paling murah sekali..yg beharga RM15.Saje2 beli sbb bukan selalu pon dtg situ.
Cahaya pagi di Lanvender Garden seawal pagi
Bergambar2 dahulu seblm Lavebder Garden bukak...customer No. 1 tau...
Me...di Lavender Garden
Masuk RM5 per pax untuk dewasa.
Waktu operasi
Banyak tempat yg boleh dilawati sepjg berada di Lavender Garden

Trandmark Lavebder Garden
Boleh tak possing cam ni...Ada sape2 nak marah tak?? Peduli haper...
Asben
Suka tgk setting cafe di lavebder Garden ni
Me :)
Kitorg tak makan pon kat cafe dia..sebab tak teringin
Possing mcm ni pulak...
Dah penuh gerbang ucapan ni..Kat sini korg boleh tulis kata2 semangat, cinta, harapan dll
Pernah tak buat macam ni tekap telinga kat dinding sbb nak dgr jiran sebelah borak apa?? Okay...baik mengaku cepat!!!
Nampak tak kereta mini putih tu...famous tau kalo tak tangkap gambar dgn kereta mini tu
Comel kan...badan polkadot
Puashati la asben dapat bergambar dgn kereta mini putih ni
Selain tgk bunga lavender boleh petik strawberry. tp pagi2 tu ladang strawberry tak bukak
Jumpa daisy2ku...wanginyeee....
Waaahhhh..bahagianye hati dikelilingi bunga2 daisy...
Warna-warni bunga...
Me~Lovely pic..Puji asben, "pandai abg tangkap pic lia"
Kitorgg...
Laluan di Lavender Garden
Nyaman je sepjg laluan ni
Boot kreatif kan...
Kincir air pun ada...
kitorg lagi...
Comel rasanye bila dapat bergambar di buaian berlatar belakangkan ladang daisy
Asben pon nak gak..
Possing macam ni boleh??

guna monopod lagi...btg terjulur..
me
Macam bang brahim dalam citer P. Ramlee
hallo bee
Ini kedai cenderamata dia..nak beli apa2 boleh di sini
me
wangi shampoo dia
antara cartoon di sini
ni la frame gambar yg sy maksudkan tadi..sy beli yg paling murah sekali...RM15
Good bye Lavender Garden..kalo dtg lagi singgah lagi

Teruskan dgn bacaan selagi terdaya utk membaca ya..Selagi tak meluat meh layan gambar kitorg...Scroll laju2 kalo xnak tgk pic..hihihihi...

Khatam 1 dah bab Lavender Garden... teruskan dgn misi utk ke Rose Valley. Rose Valley ni tak masuk buku pon antara tempat utk dilawati. Kebetulan pagi2 tu bos hubee call sbb nk kirim madu tualang,last2 dia pesan kata jgn lupa gi ke Rose Valley. So, termakan kata2nya...termelencong terus ke Rose Valley. Lagi pon satu jalan gak...

Masuk ke Rose Valley dgn bayaran sebyk RM4 per pax. Banyak bunga ros la...nama pon Rose Valley. Biasa2 je taman bunga ros ni. Taman ni besar..tak larat nak mendaki tinggi2.. pastu taman ros ni sejuk semacam tau..udara kt situ lebih segar.

Selagi mata korg larat nak layan gambar kitorg sepjg berada di Ros Valley silakan.. Agak2 bosan boleh scroll laju2 ya..tq :-)tiada paksaan
Enteance
Bayar RM4 per pax
Patung maharaja cina pon ada..Mana diorg kutip pun tak tahu ler..
me dgn patung boneka apa tah??layann..
me..dgn sang kancil

Geramnye tgk labu air ni..
Kuda putih...cha ya nun alip suka kuda putih
Masuk muzium rose
Jom masuk..boring sebenarnye tapi nak jalan2 boleh la..
Permaisuri purba namanye ni
Sultan purba kott...
Itik emas la konon..padahal itik kuning, Sila abaikan patung yg seksi maut dibelakang tu..
Nampak tak labu air yg dah kering
Bentuk punga ni mcm kasut
Cuba perhati...mcm kasut kan..
cantiknye di bawah rinbunan bunga heel
nice caption for pic
bersama snow white dan org kerdil
Cinderella pon hidup aman dgn putera raja
hokey jgn terkejut..kat sini dah macam taman kanak2..
Ikan emas
Add caption
menung bila dah penat round Rose Valley
Goodbye..

Khatam lagi 1 bab Rose Valley
Teruskan misi mencari dan membeli cactus

Okay, kami ke Cactus Point..jalan otw nak ke hotel kitorg. Murah2 gak cactus yg di jual... patut gile2 org beli kalo berkunjung ke sini. Murah yg dimaksudkan tu beli 5 percuma 1 dgn harga RM10. Murah la kan...??!!

Gambar sy kat Cactus Point x da pon. Sbb dah letih teramat sgt.mood nak senyum pon dah ke laut. Tangkap aje pic hubee sorg.

Layan je la gambar...kalo x layan menyesal korang sbb gambar cactus ni semua cantik2 tau...
Untuk di bawa pulang..shopping di cactus point RM27

Bila tiba tenghari automatik tekak ni nak KFC lagi..maybe sbb malas nak pikir nak makan apa?

Selesai makan balik ke hotel, berehat dan tido. Terasa penat selepas berworkout naik bukit-turun bukit.

Petang2 dalam jam 3.00petang misi utk mkn strawberry terus dari ladang. Kita teruskan perjalanan ke KFH Strawberry dan Jem yg terletak di Taman Sedia. Ini kawasan org melayu kita. Hati ni teruja sgt nak gi ke tempat drama Adam Hawa shooting. Episode brp?scent yg mana? Jangan tanya sbb sy kurang ingataan...sorry..kalo anda ingat mmg tahniah buat anda ya..

Di KFH Strawberry & Jem mmg terkenal dgn ice cream,scone dan jem nye..kalo tak percaya sila dtg dan try..mmg tidak mengecewakan.

Untuk meneruskan pembacaan, layan dulu gambar kami berdua yg sakan bergambar. Rasa2 nak muntah boleh scroll cepat2 ke bawah kay...tiada paksaan!
Strawberry chocolate. Wajib makan bila dah sampai Cameron Highland. Baru betol khatam namanye..
English scone namanye...paling sedap di alam semesta. Kat KFH ni paling famous
Sebelum lenyap kita tangkap gambar mcm ni ya
Ngap..Ngapp...
Ice Cream dia terbaik sgt..buatan org melayu. Halal!~
Sedap sgt..nak repeat lagi
Hari biasa...org mmg tak da..bahagianye hanya kami berdua sahaja...
Menurut pekerja KFH di sini tempat shooting drama Adam dan Hawa

Hari ke-2 berada di Cameron Highland..
Masih feeling2 romantika lagi hokeeyy...
Ada perkara yg asben buat yg bini dia ni tak tahu
Pandai asben simpan rahsia
Happy giler tak terhingga..
Terharu sangat2 apa yg huBee buat...

Teruskan scroll ke bawah utk tgk gambar2 romatika kitorg..
Okay, tak paksa pun kalo tak nak tgk...
boleh teruskan dgn bacaan yg kini hampir sampai ke penghujungnya

Inilah yg saya katakan...
Korang tak kan percaya hotel bajet ni mampu utk menyediakan servis begini
Ni surprise dari asben...dia sendiri deal dgn pihak hotel..dgn florist...
Alangkah terkejutnya sy..sbb tak pernah2 pOn dia buat mcm ni sepjg 4 thn kawin


**************************ok tu saje***************************

Belah malam tiada sebarang aktiviti
Malam just tapau masakan panas yg kami order di kedai tom yam berhampiran hotel kitorg stay.
Pastu tgk RTM tv2 secara paksaan lagi...hihihiiii

Day 3 | 8/4/14 (Selasa)

Adalah hari terakhir di Cameron Highland
Pagi2 dah keluar terus menuju ke Kea Farm
Sebab di Kea Farm murah2 la kat hasil tanaman yg dijual 
Aktiviti jual-beli di Kea Farm telah bermula seawal jam 8.00pagi lagi.
Memborong strawberry..sayur...buah limau...coklat...
Arrgghh...rambang mata di buatnya

Okay setakat ini shj entry berkenaan percutian di Cameran Highland kami
selama 3 hari 2 malam kitorg..
Happy sgt sbb ada bab terkejut beruk surprise gile dari huBee

Disini saya akan kongsikan tentang perbelanjaan kitorg sepkg bercuti 3 hari 2 mlm di Cameron

Bagi korg yg ingin atau plan nak ke Cameron Highland
bercuti bersama family mahupon feeling2 romatika mcm kitorg ni
Semoga entry sy ni sedikit sebanyak boleh memberi gambaran sebelum ke sana ya..

Selamat bercuti yaa....

Rating untuk Hotel Sliver Star Brinchang, Cameron Highland:
Harga :  4/5
Servis :   1/5
Bilik : 4/5
View : 3/5


18 ulasan:

  1. hee..kita scroll perlahan2..sbb kita ske tgk korang sweet2 camtu..heheh
    last kita pergi CH, x jln habis..lavendar n rose valley pun x singgah..
    then yg surprise tu husben yg buat sndiri ke atau dia suh org hotel yg deko kan?? so sweetttt..hehehe.. sue plak snyum sorang2 :P

    BalasPadam
  2. lama dah x p cameron, last pegi masa belum kawin dulu, lagi dah anak dua hehe...anyway Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

    BalasPadam
  3. rindu cameron lahaiiiiiiiiiii

    BalasPadam
  4. ihikk..saje tau
    baca ni buat hati meronta ronta nak ke cameron

    BalasPadam
  5. Yg surprise tu romantik giler..mcm citer nora ellena la pulak kan...

    BalasPadam
  6. cameron highland..teringin nak makan salad fresh kat sana..nyum nyum..

    http://www.tonexpress.com/mytoneworld

    BalasPadam
  7. @kak sal : sebenarnye asben sy tak romantik pOn org nye tp dia ni giler2..tu suka suprise benda2 yg kita tak ready.

    BalasPadam
  8. @mama_iera : boleh je makan salad fresh kat cameron. beli 1 bunga dulu pastu makan kat restoran time lunch ker..dinner ker...hihihihi...

    BalasPadam
  9. @nor suhada : best rupanye cameron ni...feeling2 romantik pOn boley...pergi tau time tgh musim stawberry.

    BalasPadam
  10. :: Eida :: Rindu yeahhh....apa lagi jom gi laggiiii...

    BalasPadam
  11. Rose Azadir : Plan dgn asben awk.. kat sana byk dah hotel baru yg didirikan. nampak semuanya pOn mcm byk dah berubah.

    BalasPadam
  12. Suwaibah YS : hotel deko kan . asben kata hotel panggil org yg jual bunga buat kan..haaa...mcm tu la..citer nye.

    BalasPadam
  13. Dahllia..sis baca n scroll slow2 sgt best cerita cuti2 CH korg. Pndai text story akk syok baca..dgn selingan gmbo yg sgt menarik n cun3!! Buatkn akk rase nk pi CH skrg jgk!!
    Muahahhahaaa.. thanx sgt dpt sket byk info yg bmanfaat.. cap jempol!!

    BalasPadam
  14. Bestnya tengok pasangan sejoli ni jenjalan kat Cameron Highland.
    Some of the places saya dah pergi tapi x banyak gambar yang saya snap.
    So, tumpang tengok gambar sis lah :)

    BalasPadam
  15. bestnya...insyaallah 1 hari nanti akan ku jejak jua

    BalasPadam
  16. Salam..trip bajet ke bandung!
    Jom pegi bandung only RM235 per person for 4day 3 night (*included hotel and transport)

    Tentative Program
    Day1
    *Tiba kat Bandung
    *Pasar Baru trade center
    *Lunch & Check in Hotel
    *Toko Tiga ( Branded Jeans )
    *D'fashion factory outlet kain potong
    *Membeli-belah di Factory Outlet
    At Jalan Riau (Heritage,
    Cascades,The Summit, For Men, The Stamp,Terminal Tas, dan The
    Secret )
    *Dinner dan kembali ke Hotel

    Day2
    *Gunung Tangkuban Parahu
    *Ciater Hot Spring
    *Kebun Strawberry and tea park
    *Membeli-belah di di Rumah Mode & Cihampelas Jeans Centre
    *Membeli-belah di Jalan Dago (Grande, Episode, Edward Forrer, gossip,level, etc)

    Day3
    *kawah putih crater/trans studio indor themes park
    *rumah kain sulam kat taman kopo
    * cibaduyut-shoes and jacket leather original
    *factory outlet area riau street macam the secret, heritage,oases, etc

    Day4
    *check out hotel
    *Oleh-oleh Bandung (cake Lapis, Brownies, Kartika Sari and Amanda)
    *paris van java shopping mall
    *Airport transfer

    Hotel facilities:
    -Aircond
    -Free Hot spot / wifi
    -TV cable
    -Free Breakfast Buffet
    -Hot & cold water
    -Free parking

    * room deluxe ~king bed size hotel 2star also include free buffet breakfast

    transport facilities:
    * bole di gunakan dari pukul 8 pagi hingga pukul 10 malam
    * include petrol / minyak
    * include parkir
    * include driver berpengalaman dan bisa bahasa melayu

    *we dont need deposit~all payment at last day in bandung

    Group yang sudah kami layani
    -CIMB Group Company From Malaysia
    -Tv 3 malaysia
    -My bank group company
    -Petronas Company
    -Family trip
    -Pelajar Trip
    -Back pac trip
    -Dan lain-lain

    Service insya allah memuaskan
    Your comfort is our priority

    Term and condition :
    *included transportation for 4day3night type kereta 7seater all included
    *included 3 room deluxe ~king bed size hotel 3star also include free buffet breakfast
    *rate is not included entrance fee
    *Tentative bersifat Free & Easy, program boleh diubah mengikut keadaan semasa
    *rate 6 pax~235rm per person
    kalau 4 pax~275rm per person
    kalau 2pax~395rm per person
    *not included lunch and dinner
    *not included ticket flight and airport tax
    *we dont need deposit~all payment at last day in bandung

    sila contact jika ada sebarang pertanyaan di :
    email : touramanahbandung@yahoo.com
    call : +62 88 12057848
    whatsapp +62 838 2178 9103
    bandung-indah.blogspot.com
    facebook page : Bandung Amanah Tours & Transport

    BalasPadam
  17. puas hati baca!rasa macam pergi sendiri lak...-sebelum saya gi CH last month, memang tersinggah blog ni pun cari idea...tq eh atas info yang padat...hehehe

    BalasPadam
  18. untung laa tuan tanah... lepas ni kemana pulak ye? :)

    BalasPadam

Capri by Fraser, Kuala Lumpur

Kebisingan jentera berhampiran dgn pembangunan yg sdg berjln di sekitar Jalan Kerinchi seolah2 hilang bila selangkah kaki masuk ke lobi ...