Khamis, 26 September 2013

Part 1 : Bercuti di Ipoh **hotel review**

Link ke Part seterusnye:
Part 2 : Bercuti di Ipoh **jalanjalan cari makan** (klik sini)
Part 3 : Bercuti di Ipoh **Japanese Garden** (klik sini)
Part 4 : BErcuti di Ipoh **hubee back to school** (klik sini)

Selesai menghadiri jemputan kawin di Ipoh
Perjalanan diteruskan seperti yg dirancang
Menuju ke hotel yang telah di tempah 

Hotel bajet sudahhh... Hotel Fair Park
Pilihan hotel bajet kitorg masih bermaruah kay 
Kalo nak menginap di hotel bajet tu tidak ada salahnya 
Keselesaan harus dititik beratkan terlebih dahulu 
Walaupun tarafnya hanya hotel bajet
Tapi hotel ini bertaraf hotel 3 bintang

Dan pernah dianugerahkan sebagai 
hotel terbaik pelancongan negeri perak 
Lokasi yg baik perantaraan 
Hospital Permaisuri Bainun dan Stadium Ipoh 
Mudah dan senang cari sbb berada di tepi jalan utama
Mcm biasa mana2 hotel pon kena check in kul 3 
time tu ramai gak nak check in
sambil tunggu giliran, kitorg bergambar2 dulu

Receptionist nya sgt friendly 
Mmg benar lah komen di Booking.com 
oleh pelanggan yg pernah menginap di sini 

Dari segi harganya...
Harga pun murah RM99 je 
utk 1 malam termasuk breakfast 
Seblm ni pon ada survey hotel bajet lain 
Tp daripada pandangan sy, Hotel Fair Park ni nampak lebih meyakinkan 
Full payment di buat time check in beserta deposit sebyk RM50 
Masuk je ke bilik hotel.... 
Benda pertama yg sy cari adalah ada water heater? 
Yesss...water heater ada..
Keluasan dari segi bilik sgt memuaskan,besar..
boley tambah 1 lagi katil quuen saiz
Untuk kami yg duduk berdua ni mmg sgt selesa
Wifi...
kemudahan wifi turut disediakan
password boley dapatkan dari kaunter hadapan 
Bukan setakat wifi je, tp kemudahan komputer pOn disediakan
Masa sy main ni tak da orang pOn tak da org berebut 
30 minit pertama free , seterusnya ada caj
Kalo nak buat jahat main sampai ngam2 30 minit
Pastu, 10-15 minit datang semula 
main lagi sampai 30minit dan ulang sampai lebam **jahat tak?**
Astro? 
Disediakan...cuma channel2 yg terpilih saje. 
Yang penting ada channel bola,mmg menepati spek hubee lah
Bagi pandangan dia semuanye baik2 saje
Kattle dan minuman 3 in 1
Bagusss sekali hotel bajet jarang2 nak sediakan kattle
lagi2 minuman  3 in 1, pastu jgn byk bunyi lak...
brand coffee dan tea kurang dikenali **terima je la**
Bosan2 boley bancuh air panas sambil nonton astro
Peti ais? 
Agak terkejut gak bila memasuki hotel
peti ais mini juga disediakan
Memang layak hotel ini dinobatkan anugerah 

Katil
Katil saiz queen yg selesa 
Cadar dan comforter yg wangi 

Kibat
Penanda arah kiblat juga dipamerkan 
mudah bg yg muslim utk menunaikan solat
Air cond? 
Bagus..xda licking
Air cond di bilik kitorg jenis yg melekat kat siling
Bestnye bilik kitorg ada tingkap
Sgt bagus boley tgk2kan kereta kitorg kat car park
Tp tak usah risau,ada security yg sentiasa memantau
Shower? 
Memang puashati tekanan air dia dan lg best sbb ada heater
Puas mandi seperti dlm kebasahan hujan

Toilettries lak..
haa..ni sgt spoil
Nak marah pon x boley
kena la paham2 sbb nama pon hotel bajet
Bab ni pihak hotel x sediakan selengkapnya
Just sediakan sabun liquid dan bertag shower gel & shampoo
Badan dan rambut kan ada beza
So, tak pasti la samada itu sabun badan or rambut
Tak nak ambik sps2 risiko, better pakai je shower gel sendiri
Cafe...
Harga bilik termasuk breakfast sekali
Lokasi terletak di sebelah hotel saje
Makanan yg disediakan biasa2 saje **makanan biasa org malaysia**
Biasa la...Kalo tak da nasi lemak bukan malaysian la kan
Selain tu, mihun, roti bakar ape lagi tak ingat
Yang kitorg ambik sebahagian jer
See.. 


Rating untuk Hotel Fair Park:
Harga :  4/5
Servis :   4/5
Bilik : 4/5
Tempat makan :  3/5
Breakfast  : 3/5
View : 3/5

Buat korg yg mana ada perancangan 
nak bercuti di sekitar Ipoh atau ada kenduri kawin di Ipoh ker
boley la try hotel bajet yg sgt puashati ni
Tempah melalui online pon senang atau call je hotel
Hotel Fair Park
No 85, Jalan Kamaruddin Isa,
31400 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan,
West Malaysia.

: 605-548-8666 (8 Lines)
: 605-545-4988
: contact@fairparkhotel.com
Website : http://www.fairparkhotel.com

Selamat bercuti!~

1 ulasan:

  1. Thanks for the info. Definitely will try this hotel ✌

    BalasPadam

Capri by Fraser, Kuala Lumpur

Kebisingan jentera berhampiran dgn pembangunan yg sdg berjln di sekitar Jalan Kerinchi seolah2 hilang bila selangkah kaki masuk ke lobi ...